Tips Travel dengan Bijak dan Menarik!

Selalu tak dengar dan lihat mereka yang selalu travel, kadang-kadang dalam setahun sehingga ke 4-5 kali travel? Tahukah anda travel merupakan satu ketagihan? Sekali anda dah travel, anda akan sentiasa nak travel. Perkara yang paling tak disukai sama ada traveller ataupun backpacker adalah PACKING! Selalunya semakin dekat hari bertolak, masa tu lah baru kelam kabut nak senaraikan barang yang ingin dibawa.

Kali ni kakyan nak kongsikan 10 tips yang dapat membantu agar percutian anda lebih menarik, mudah dan seronok!

1. Gulung baju anda semasa berkemas.

Tips yang semua traveller harus tahu adalah dengan menggulung baju anda semasa menyusun di dalam beg, ia lebih menjimatkan ruang berbanding anda menyusun dengan lipatan biasa.

2. TV = Instant Charger

Masalah apabila anda travel beramai-ramai, ialah  kekurangan plug di dalam hotel. Selalunya semua akan berebut untuk charge handphone dan powerbank  masing-masing. Tips yang wajib anda tahu, ialah anda boleh charge handphone anda menggunakan USB Slot pada TV yang disediakan oleh pihak hotel. 

3. Bawa Basic First Aid

Perkara yang tidak boleh dijangka adalah perkara yang berkaitan dengan kesihatan manusia. Perkara ini juga tidak boleh dielakkan semasa anda travel. Sebagai langkah berjaga-jaga, pastikan anda menyediakan basic first aid dalam beg anda untuk kes-kes kecemasan.


4. Sediakan Baju Ironless

Semasa travel,  penting untuk anda tidak meletakkan high expectation  dalam trip anda. Terutama sekali berkenaan persediaan seperti iron baju. Ada sesetengah hotel tidak menyediakan seterika. Jadi amat penting untuk anda sediakan terus baju yang tidak perlu anda seterika, pertamanya anda tak perlu bergaduh dengan pihak hotel, keduanya, tidak mengganggu mood travel anda kerana terpaksa memakai baju yang seribu kedutan.

5. Sikit tapi Cukup

Keghairahan bagi mereka yang travel, adalah membawa baju melebihi keperluan. Oleh itu penting untuk anda rancang jadual anda dengan bijak. Tak perlu bawa banyak baju, cukup sekadar cukup. Jika percutian anda makan masa berhari-hari, anda boleh ulang pakai baju malam untuk beberapa hari. Jimat ruang untuk beg anda.

6. Bawa Wayar Extension 

Ini juga antara perkara yang wajib bawa untuk mengelakkan bilik anda meletop dek kerana perebutan plug berlaku. hehe. Bawa wayar extension yang mempunyai 3-5 soket. Tak perlu bergaduh, semua boleh charge hp atau powerbank.

7. Letakkan Mindset Anda Sebagai Traveller

Perkara biasa yang selalu sangat berlaku ketika travel adalah SESAT. Apabila anda meletakkan mindset anda sebagai orang baru di sesuatu tempat itu, anda akan tenang menghadapi 'kesesatan' untuk beberapa kali. 

8. Bermesra dengan orang tempatan.

Tips ini sudah tentu anda biasa dengar, tapi anda lakukan atau tidak? Hakikatnya apabila anda beramah mesra dengan orang tempatan, anda boleh belajar banyak tentang tempat yang anda lawati. Selain itu anda juga mungkin akan dapat tahu sesuatu yang anda patut cuba di tempat tersebut.

9. WAJIB cuba makanan setempat.

Jalan-jalan kat negeri ataupun negara orang, sangat tak best kalau kita tak mengenali sungguh tentang tempat tersebut. Antara perkara yang wajib kita cuba sudah semestinya makanan! Boring lah kan, kalau pergi jauh-jauh, tapi kita makan Pizza Hut, KFC, Mcdonald. Semua makanan tu kat tempat anda pun ada. Cuba sesuatu yang dicadangkan oleh penduduk tempatan, atau anda boleh google tempat makanan yang famous di situ.

10. Sediakan Jadual Perjalanan

Jauh atau dekat tempat anda travel, jadual perjalanan sangat-sangat penting. Pertamanya untuk rancang masa anda, keduanya untuk memastikan tiada tempat menarik yang tertinggal, dan ketiga senang untuk merancang untu mengemas pakaian dan keperluan mengikut aktiviti.


Travel itu sangat seronok! kalau sebelum ni anda menganggap travel itu perkara yang membazir, cuba pecahkan tembok pemikiran seperti itu. Cuba, hayati dunia baru, cara perjalanan baru, anda akan suka! 

Tak kira lah cara travel setiap orang mungkin berbeza, ada yang lebih senang dengan cara backpackers, ada yang suka cara santai, ada yang suka cara mewah. Takpe ia terpulang kepada anda sendiri. Pilih yang terbaik dan selamat menikmati dunia yang Allah cipta ini!


0 comments:

Post a Comment