Atasi Kulit Kering dan Kusam dengan Vitamin Shaklee

Kulit kering dan kusam banyak dihadapi oleh manusia, tak kira lah lelaki atau wanita. Tapi sudah tentu kerisauan tentang masalah ini lebih dialami oleh para wanita. Masalah kulit kusam ini terjadi terutamanya bagi mereka yang kerap terdedah dengan aktiviti luar, terdedah dengan sinaran matahari, debu dan pencemaran selama berjam-jam setiap hari. 


Tahukah anda? kulit adalah lapisan utama dari sistem imun yang melindungi tubuh badan anda daripada kuman seperti virus dan bakteria. Seperti organ lain pada tubuh badan anda, sudah semestinya kulit juga boleh menjadi sihat ataupun sakit bergantung pada ia mendapat nutrisi yang baik ataupun kekurangan nutrisi.

Jika ia kekurangan nutrisi, masalah-masalah lain seperti kusam berjerawat, berjerawat pasir, kulit kering dan banyak lagi.

Nutrisi untuk kulit boleh ditambah bergantung pada pemakanan seharian anda, namun ada juga pemakanan yang boleh menyebabkan kulit menjadi teruk, kacang contohnya. Pengambilan makanan tambahan dapat membantu menambahkan nutrisi pada kulit muka kita. Jika kulit kita kekurangan vitamin, ia boleh mengurangkan kekuatan kulit untuk melambatkan proses penuaan. 

VITAMIN SHAKLEE YANG BOLEH MENGATASI MASALAH KULIT KERING DAN KUSAM

1. Vitamin B-Complex




Kekurangan vitamin B-Complex boleh menyebabkan kulit wajah menjadi kusam dan nampak tidak bermaya. Tahukah anda?  Vitamin B terdapat bermacam jenis dan pelbagai fungsi yang dapat membantu kulit anda untuk menjadi lebih sihat. Antara fungsi-fungsi vitamin B adalah:

  • Vitamin B5 dapat membantu mengurangkan masalah jerawat dengan cara ia bertindak memecahkan triglidrid dan kolesterol.
  • Vitamin B5 juga dapat membantu meningkatkan peredaran darah yang menyebabkan kulit menjadi lebih sihat.
  • Vitamin B5 dapat mengurangkan tekanan yang mana tekanan menjadi punca jerawat timbul.
  • Vitamin B12  dapat membantu mengaturkan pengeluaran dan lokasi pigmen kulit yang berfungsi untuk mengelakkan hiperpigmentasi iaitu warna kulit tidak sekata.
  • Vitamin B3 & B5 membantu mengekalkan kelembapan kulit dan melambatkan proses penuaan kulit
Maka, pengambilan Vitamin B-Complex dapat mengurangkan masalah jerawat dengan meningkatkan peredaran darah, metabolisme dan pencernaan

Cadangan Pengambilan: (120 Tablet)

2. Sustained Release Vita C



Vitamin C bukan sahaja bagus untuk imun tubuh badan anda, ia juga mempunyai sifat antioksidan dan berfungsi untuk membentuk kolagen. Antara fungsi lain vitamin C adalah:

  • Pengambilan Vitamin C setiap hari dapat membantu anda mendapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan melindungi kulit dari rosak akibat terdedah kepada cahaya matahari
  • Dapat merangsang pembentukan kolagen yang mana kolagen adalah bercampur dengan otot, gusi, tisu dan rangka 
  • Mempunyai antioksida yang melambatkan kerosakan kulit akibat radikal-radikal bebas yang boleh merosakkan kolagen.
  • Mengurangkan kemerahan pada jerawat
Cadangan Pengambilan: (180 Tablet)

3. Vitamin E



Vitamin E berfungsi untuk:
  • Ia merupakan antioksida yang kuat yang dapat mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas
  • Melambatkan proses penuaan  seterusnya dapat mengurangkan kedutan dan garis halus
  • Membantu memudarkan parut jerawat dan dapat mengecutkan jerawat
  • Melambatkan pembentukan melanin iaitu pigmen kulit yang boleh menyebabkan timbulnya jeragat

Vitamin E Shaklee diperbuat daipada minyak kacang soya yang mengandungi 8 jenis vitamin E, ia juga mengandungi 10 mg SELENIUM semulajadi yang membantu tubuh badan menyerap vitamin E dengan lebih baik.

Cadangan Pengambilan: (120 Tablet)

4. ESP Shaklee


Protein sangat penting untuk mereka yang nak kan kulit cantik dan pigmen kulit sekata. Pengambilan protein yang cukup dapat membantu membina sel badan yang sihat sekaligus dapat mebantu mencerahkan kulit. Salah satu punca jeragat dan parut yang susah hilang adalah kekurangan protein untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang membentuk parut itu. Antara kesan pengambilan ESP untuk kulit adalah:

  • Mengembalikan keserian kulit dan kepejalan otot
  • Asid amino penting untuk membina otot, kuku, rambut dan lain-lain yang mana pengambilan secara kerap dapat membantu untuk awet muda
  • Memperbaiki sel yang rosak dan membina sel yang baru
  • Membantu mengurangkan parut 
Cadangan Pengambilan: (850 gm)

5. Shaklee Collagen Powder




Collagen powder Shaklee mengandungi 4000 mg ekstrak Kolagen RSS( Red Snapper Scale) proprietari yang tulen dan berkualiti tinggi daripada sisik ikan merah. Ia mempunyai molukel yang amat ringan yang menyebabkan ia mudah diserap oleh lapisan kulit.  Antara fungsi Collagen Powder Shaklee ialah:

  • Mengembalikan keanjalan semulajadi kulit, ia dapat membantu meningkatkan ketegangan kulit.
  • Mengurangkan garis halus dan kedutan, ia juga dapat mengecilkan liang pori.
  • Menjadikan kulit wajah lebih lembap dan kurangkan rasa kering dan wajah yang menggelupas
                    Jadi tunggu apa lagi? Order sekarang. Hanya satu klik sahaja lagi.





KakYan (1268629)
Pengedar Shaklee, Bakri Muar
Instagram :shakleebykakyan


0 comments:

Post a Comment