Cara Atasi Bengkak Susu dengan Berkesan (Terkini!)

Bengkak Susu. Disebabkan kakyan tak kahwin lagi, jadi kakyan tak pernah lagilah mengalami bengkak susu ni, tapi kakyan pernah tengok kawan kakyan sampai menangis bila kena bengkak susu ni. Salah satu sebabnya tak sempat nak pam. Kalau bengkak tu, nak tak nak memang kena bagi anak minum direct jugak, walaupun sakit. Sebab nak redakan bengkak tu. Lepas tu kawan kakyan ni terus demam. Dasyatnya bengkak susu ni kan?

Sebelum kita pelajari cara untuk atasi masalah bengkak susu ini, jom kita ketahui punca-punca yang menyebabkan bengkak susu ini terjadi. Terdapat beberapa punca ia terjadi iaitu:


  • Bayi tidak disusukan dengan kerap, ataupun bayi minum dalam jumlah yang sedikit. Untuk bayi yang kuning, ibu wajib kejutkan juga supaya bayi menyusu, PERTAMA untuk bayi itu sendiri, dan KEDUA, untuk mengelakkan bengkak susu terjadi.
  • Payudara tidak dikosongkan semasa memerah susu. Ibu haruslah memastikan payudara kosong selepas anak menyusu, supaya kilang susu boleh generate penghasilan susu secara teratur.
  • Posisi dan cara bayi menghisap tidak betul, ia menyebabkan pengaliran susu tidak efisyen
  • Tidak menjaga jadual mengepam
  • Memakai bra yang ketat.

Jika anda sudah mula merasa sakit pada payudara, anda hendaklah membuat beberapa langkah supaya kesakitan itu dapat diredakan. Jika anda membiarkan, ia boleh melarat sehingga membawa kepada demam ataupun jangkitan kuman. 

Jom kakyan kongsikan cara untuk atasi bengkak susu yang berkesan,

1. Sering menyusukan bayi anda

Jarak waktu untuk menyusukan anak adalah digalakkan setiap 2-3 jam. Jika bayi anda tidur, anda perlu kejutkan dia untuk menyusu, kerana selalunya dalam tempoh ini susu mulai penuh. Jika bayi masih tidur, anda haruslah mencari alternatif lain dengan mengepam susu anda, sama ada menggunakan cara auto ataupun cara manual.


2. Minta bantuan anak yang lain.

Jika anda bersalinkan anak yang kedua atau ketiga, anda boleh minta bantuan anak anda yang berumur 1-2 tahun untuk menyusu direct dari badan anda. Bayi pula menyusu di payudara yang satu lagi. Ini dapat mengurangkan bengkak susu dengan cepat

Tapi jika ini anak pertama anda, anda boleh mengepam sebelah lagi payudara anda serentak ketika bayi sedang menyusu.

3. Gunakan sikat rambut. 

Dengar macam pelik, tapi percayalah tips ini juga berkesan. Caranya ialah dengan menyikatkan payudara anda daripada bahagian atas sehingga ke puting. Lakukan sehingga anda dapat rasakan bahagian bengkak itu mulai surut.

4. Mengurut urat susu.

Petua-petua daripada orang dulu-dulu adalah dengan mengurut urat susu, jika anda berpantang di kawasan kampung, boleh dapatkan khidmat bidan untuk urutkan urat susu. Proses ini dapat betulkan urat-urat yang tersumbat ataupun bersimpul

5. Pengambilan Lecithin 

Berbeza dengan mereka yang berpantang di bandar, amatlah mustahil untuk dapatkan perkidmatan bidan kampung. Jadi cara yang terbaik dan selamat adalah dengan pengambilan Lechitin. Ia mampu membantu untuk memecahkan gumpalan lemak dalam badan anda.

Oleh itu, ia juga mampu untuk membantu memecahkan susu yang terkumpul di payudara, sekaligus membantu meredakan bengkak susu.


Bengkak susu berterusan akan menjejaskan penghasilan susu dalam jangka masa yang panjang. Ini kerana badan kita berikan isyarat yang susu tidak perlu dihasilkan lagi.

Jom ikuti testimoni mak-mak yang mengalami masalah bengkak susu. 

#1TESTIMONI BENGKAK SUSU BERKURANGAN


#2TESTIMONI LECITHIN LEGAKAN BENGKAK SUSU

#3 TESTIMONI LECITHIN HILANGKAN BENGKAK SUSU

#4 TESTIMONI BENGKAK SUSU SUSUT DENGAN LECITHIN

#5 TESTIMONI BENGKAK SUSU PULIH DENGAN LECITHIN

#6 TESTIMONI LECITHIN PILIHAN TERBAIK




Jadi tunggu apa lagi? Order sekarang. Hanya satu klik sahaja lagi.

Klik ikon di bawah ni untuk order
👇👇👇







KakYan (1268629)
Pengedar Shaklee, Bakri Muar
Instagram :shakleebykakyan

0 comments:

Post a Comment