Resepi Kek Batik Ringkas dan Sedap Tanpa Telur

Tahu tak? masa zaman kakyan belajar, kakyan suka buat kerja side income tau. Sebenarnya walaupun kita belajar, tak melimitkan kita untuk jana pendapatan sendiri. Walaupun dapat pinjaman semasa belajar, mesti masih tak cukup kan? tambah-tambah lagi kalau dah tahun akhir, banyak sangat nak pakai duit. 

Masa zaman degree kat Shah Alam, kakyan duduk rumah sewa. Mula lah buat side income  niaga kek batik. Jenuh juga lah setiap kali balik kelas naik bas beli barang kat Speedmart Seksyen 7, lepastu balik rumah dekat PKNS, kalau untung dapat lah bas. Kalau tak untung, menapak lah balik rumah sewa. 

Sekarang, walaupun dah lama tinggalkan zaman belajar. Kalau kakyan pergi bercuti dengan kawan kakyan, diorang mesti request kek batik kakyan. Seronok sebenarnya tengok orang suka makan makanan yang kita buat.



Ok untuk mendapat lebih hati yang gumbira, untuk artikel kali ni kakyan nak kongsikan Resepi Kek Batik Sedap by Kakyan. Dengan tak malunya claim makanan sendiri sedap kan? 

Step By Step Kek Batik by KakYan




Sediakan bahan-bahan seperti diatas ni, 

2 sudu serbuk koko
Separuh Tin susu pekat krimer (Tak kisah jenama apa)
1 buku Mentega, Jenama Buttercup untuk kekalkan kelembutan walaupun masuk chiller
1 cawan Serbuk coklat, Vico/ Milo (Kedua-duanya takde pek kecik tadi, terpaksa try and error guna dutch lady)
1/2 Pek Biskut Marie (Dipatahkan kecil kecil)




1.Panaskan kuali atas api dengan api yang perlahan, masukkan butter. Kacau butter sehingga cair sepenuhnya



2. Masukkan 2 sudu  serbuk koko, sentiasa kacau supaya adunan tidak berketul-ketul

3. Masukkan separuh tin susu pekat manis ke dalam adunan tadi.



4. Masukkan serbuk coklat dengan kuantiti sedikit demi sedikit, dan sentiasa kacau supaya adunan tidak berketu;-ketul



5. Tunggu sehingga adunan mendidih, dan boleh padamkan api.




6. Masukkan satu senduk adunan tadi ke dalam bekas, ratakan.


7. Susunkan biskut Marie yang anda dah patahkan tadi, dan lapiskan semula dengan adunan coklat tadi



8. Dah siap sampai habis adunan coklat, boleh masukkan dalam freezer, lepas setengah jam dah boleh makan dahh!



Nyummeh!


Boleh buat minum petang, dihidangkan dengan Performance Drink pula memang terbaikkkk.

Selamat Mencuba!

0 comments:

Post a Comment