10 Benda Wajib Anda Bawa Semasa Bercuti di Pulau!

Setiap kali nak pergi bercuti, seminggu juga pening fikir nak bawa apa. Buka tutup, buka tutup beg tu, perkara paling tak nak dikesali adalah bila tertinggal barang semasa travel. Kalau dekat semenanjung ok lagi, boleh singgah mana-mana kedai untuk beli. Kalau bercuti di Pulau? Menangis keseduan lah di pinggir lautan.

Ok untuk artikel kali ni, kakyan nak kongsikan 10 Barang Wajib Yang Patut Bawa Semasa Bercuti di Pulau.


1. Waterproof Phone Casing



Bercuti di tempat yang cantik, pemandangan yang cantik. Rugi kalau semua tu tak diabadikan dalam gambar kan. Kalau dulu-dulu nak bercuti kat tempat yang ada air macam pantai /pulau / water theme park mesti bergaduh dulu siapa yang nak mandi lambat sebab nak ambil gambar dulu. Then, handphone letak dalam locker, jadinya sepanjang hari takde gambar dapat diambil sebab takut handphone basah. 




Haa dengan adanya waterproof phone casing ni, tak perlu gaduh-gaduh, letak handphone anda dalam tu. Boleh ambil gambar sepanjang masa. Settle.

2. Aloe Vera Soothing Gel / Sunblock




Ayat yang paling kakyan tak nak dengar selepas balik bercuti adalah, 


" Eh, kau makin gelap lah. Sunburn eh"

Rasa low confident sangat kan bila perempuan ditegur macam tu? eh bukan perempuan je, lelaki pun sama. Sebab tu lah pentingnya untuk anda bawa soothing gel  ataupun  sunblock. Cuma kakyan lebih prefer  soothing gel sebabnya, sunblock kalau kita pakai terlalu kerap tak elok untuk kulit kita sebab ia mengandungi bahan kimia, melainkan kalau pakai spf50 dan ke atas. Soothing gel diperbuat daripada aloe Vera. Jadi tak perlu was-was untuk sapukan kat muka anda.


3. Minyak Angin

Yang ni paling must-bring-item  kalau nak pergi ke Pulau, tambah lagi kalau anda jenis yang mabuk laut. Sebab kat pulau nak pergi aktiviti Snorkeling memang akan ada atas laut sepanjang hari. Boleh lah buat lega-lega rasa nak muntah atau pening kan.

Tambah lagi, kalau habis aktiviti Snorkeling, boleh sapu kat badan-badan yang sengal. Ye lah jenis jarang exercise, sekali buat aktiviti laut non stop, mesti badan anda rasa terkejut. Badan anda akan mula lenguh-lenguh sebab berkuak lentang sepanjang hari. 


4. Freezer Plastic Bag



Pernah dengar tak tentang barang ni? Haa Freezer Plastic Bag ni penting tau, sebab kalau nak buat letak duit ke ataupun barang-barang berharga..Nak letak kat bilik takut tak selamat pulak kan, jadi plastik ni penyelamatnya. Kakyan beli plastic ni dekat Daiso. Dekat area Kitchen Ware, ada banyak size macam kakyan ambil ni size M, ada pilihan hingga size L. Kalau nak lebih selamat ambil macam yang kakyan ambil ni, double zip. Takde lah kita risau barang kita masuk air ke kan.

5. Contact Lens (Bagi yang rabun)


Untuk barang yang ke lima ni, khusus untuk mereka yang rabun dan mempunyai aktiviti laut seperti Snorkeling. Kenapa perlu contact lens ni? Nampak macam remeh tapi sebenarnya penting tau, sebab kita tak pakai cermin mata masa snorkeling kan sebab nak pakai goggle. Macam kakyan mula-mula snorkeling ingat takpe je, nampak je view bawah laut. Tapi sebenarnya tak puas. Kabur-kabur sangat. 

Boleh ke pakai contact lens dalam air laut? Ha tu lah yang anda tak tahu, sebenarnya anda boleh je pakai contact lens semasa aktiviti laut. Dengan syarat, anda pakai contact lens yang jenis daily use. Petang lepas selesai aktiviti terus buang. Anda diharamkan untuk pakai contact lens jenis monthly use untuk aktiviti air ni ya. Sebab dikhuatiri ada rosak selepas aktiviti laut nanti.



6. Kasut Crocs

Kasut crocs merupakan kasut mesra travel dan semestinya mesra air juga! Takde masalah nak bawa kasut ni meredah air laut. Sebab kadang-kadang, bot akan buat island hopping yang mana tiada jeti disediakan. Makanya kena lah meredah air laut yang cetek untuk ke daratan.  Kasut ni juga tahan lasak, kakyan yang ganas ni pun pakai lebih setahun untuk sepasang. So sangat recommend!

7. Action Camera

"Eh kan dah ada handphone tadi, kenapa nak kena bawa action camera juga?"

Kalau mereka yang biasa travel, pasti sudah jadi milik action camera seperti gopro contohnya. Apa beza camera handphone dengan action camera ni? 

Action camera ni guna wide lens, jadi sangat lah cantik untuk ambil gambar pemandangan, juga untuk ambil gambar selfie bersama pemandangan. Gambar memang best. Tambah pula, sizenya yang kecil bukan jadi kekangan untuk dibawa ke mana-mana.



8. Beg Waterproof

Apa guna beg waterproof ni? Untuk simpan segala barang yang anda dah pek kan kecik kecik tadi. Lagi mudah untuk anda bawa naik bot. Beg ni anda jangan bawak masuk dalam air pula tau. Sebab kadang-kadang ada kemungkinan air boleh masuk juga dalam beg ni, itu lah kegunaan Freezer Plastic tadi. Supaya barang-barang anda lebih selamat daripada air laut.

9. Snorkeling Equipment (Optional)


Mereka yang sudah biasa dengan aktiviti air pasti tahu keadaan Snorkeling Equipment yang disediakan oleh agen travel. Selalunya keadaan agak uzur, tiub bocor, goggle dimasuki air. Tak puas nak snorkeling! Jadi untuk lebih kepuasaan, kakyan cadangkan untuk anda beli equipment anda sendiri, boleh pakai untuk next destinasi juga kan. Harganya juga tak terlalu mahal, dalam lingkungan RM30-50 sahaja. Atau kalau anda boleh walk in ke kedai-kedai yang jual peralatan sukan, harganya jauh lebih rendah

10. Krim Multipurpose Herbal Blend

Paling Penting! Biasanya lepas seharian berendam dalam air laut, semestinya badan anda akan naik gatal-gatal. Krim ini lah penyelamat, sebab gatal-gatal akan surut dalam masa sekejap saja. Macam kakyan ada alergik kalau terlampau sejuk, sapu je krim ni terus elok dah, Takde dah gatal gatal. Nak order boleh tekan sini >>Order Herbal Blend<<.






Ok tu je barang yang wajib anda bawa jika bercuti di pulau. Barang-barang basic lain ikut checklist yang anda buat.Penting untuk ada checklist sebelum anda memulakan travel supaya lebih teratur untuk packing! Semoga bermanfaat.

0 comments:

Post a Comment