Apabila mula menginjak ke umur 20-an dan rata-rata kawan kakyan terdiri daripada ibu-ibu muda. Banyak yang kakyan belajar, terutamanya mengenai ilmu Parenting.
Antara isu yang sentiasa disebutkan ialah mengenai perjalanan penyusuan anak-anak. Ada antara mereka yang diberi rezeki susu yang banyak dan tidak putus, tapi ada juga yang diuji dengan susu yang tidak mencukupi, hingga terpaksa dicampur dengan susu formula.
Kelebihan susu ibu
Susu ibu ni kelebihannya berbanding sus formula adalah disebabkan kolostrum yang dihasilkan oleh payudara ibu pada awal-awal kelahiran. Ia mampu membantu menaikkan antibodi bayi untuk melawan penyakit.
Selalu kita dengar, susuan bayi yang pertama kali dari payudara ibu paling berkhasiat.
Sebab tu lah ibu ibu ni sangat ingin berikan susu direct daripada badan supaya anak-anak dapat khasiat susu ibu itu sendiri.
Jadi hari ni kakyan nak kongsikan tips memperbanyakkan susu ibu, jom teruskan pembacaan.
Tips ni sangat penting, kebanyakan ibu-ibu mudah berasa stress bila dapat hasilkan susu yang sedikit atau susu yang tidak dapat mencapai target.
Tetapi sebenarnya, apabila ibu stress, ia akan mengganggu proses penghasilan susu secara konsisten. Apabila anda relax hormon akan bantu untuk pengeluaran susu.
Cuba masa kita tengah pump tu, kita bayangkan perkara yang seronok-seronok. Contoh tengok video anak-anak sedang berceloteh. Ia sangat membantu mengeluarkan susu yang melimpah ruah
Jangan letakkan mindset kita, susu mesti tak banyak harini, sebab ia akan menghantar signal ke anggota lain untuk bertindak. Kita adalah apa yang kita fikir.
Apabila kita sentiasa positif, otak akan menghantar isyarat ke kelenjar payudaea untuk penghasilan susu yang lebih banyak!
Tips ni rata-rata ibu ibu sudah mengetahui kepentingannya. Asasnya, untuk dapat susu yang banyak, anda kena perah susu sekerap yang mungkin. Hal ni selalu dilakukan oleh ibu yang berkerja kerana anak tiada bersama untuk diberi susu secara direct.
Mereka akan menghantar stok susu tersebut ke rumah pengasuh supaya mudah untuk diberi kepada bayi. Jika anda memang berkerja, mula perah susu dari tempoh berpantang lagi.
Waktu perahan yang konsisten, dapat membantu penghasilan susu yang banyak.
Satu lagi cara yang boleh membantu perangsangan penghasilan susu yang banyak ialah dengan cara mengosongkan payudara. Sentiasa perah untuk pastikan payudara kosong, apabila payudara dah kosong, otak akan hantar signal untuk penghasilan susu yang baru dengan lebih cepat.
Jika payudara ibu penuh dengan susu, penghasilan susu akan lebih berkurang. Semakin lambat payudara dikosongkan, semakin kurang potensi susu dihasilkan.
Susu ibu yang pekat lebih berkualiti walaupun kuantitinya yang sedikit. Ini kerana, ia dapar membuatkan bayi kenyang dengan lebih lama.
Untuk memekatkan susu, anda boleh mengambil makanan yang berupaya untuk penghasilan susu yang banyak dan pekat atau dikenali sebagai 'milkbooster'.
Setiap tubuh kita mempunyai hormon yang berlainan, jadi mungkin makanan yang boleh buatkan susu anda banyak tak dapat memperbanyakkan susu pada tubuh orang lain. Ibu perlu mencari makanan yang sesuai dengan tubuh kita, sehingga jumpa.
Selain itu, anda juga boleh cuba makanan tambahan sebagai perangsang susu badan. Pilihlah milkbooster yang paling terbaik untuk anda, dan tidak merosakkan tubuh badan anda. Untuk ikhtiar anda boleh cuba milkbooster di link ini.
Ok itu perkongsian kakyan untuk artikel kali ini. Apa yang penting adalah konsisten dan disiplin. Semoga usaha-usaha yang ibu-ibu ini lakukan untuk memberi penyusuan ekslusif kepada anak anak dipandang oleh Allah sebagai satu ibadah.
Semoga bermanfaat!
Ok itu perkongsian kakyan untuk artikel kali ini. Apa yang penting adalah konsisten dan disiplin. Semoga usaha-usaha yang ibu-ibu ini lakukan untuk memberi penyusuan ekslusif kepada anak anak dipandang oleh Allah sebagai satu ibadah.
Semoga bermanfaat!
0 comments:
Post a Comment