Homestay English's Style di Bandar Mahkota, Cheras

Alhamdulillah selamat sampai rumah selepas team building selama 2 hari 1 malam di Bandar Seri Mahkota, Cheras.


Kali ni kakyan nak buat review sikit pasal homestay yang kakyan stay selama dua hari ni. 

Ok, actually kakyan tak ambil tahu pun nak stay kat mana team building ni, sebab lebih fokuskan content team building daripada tempat untuk stay. Masa on the way tu, Kak Lin, which is person in charge untuk program ni dah sampai dulu homestay tu, dan hantar gambar kat group whatsapp. Masa tu lah kakyan esaited ya amat. Sebab sangat cantik lah homestay nya. 



Ok ni lah dia homestay kitorang untuk dua hari ni, tengok luar je dah excited kan? sangat lahai. Ok homestay ni ada 3 bedroom. Tapi ruang lain sangat luas, dan tuan rumah pon sediakan tilam tambahan, maksudnya boleh lah nak tidur secara lambak kan.


 Ok ni master bedroom, boleh tidur 3 orang sebab katil jenis king size

Ni second room, katil size queen


 Ni third room, bila ni yang kitorang berimpian wahm sangat excited sebabnyaaa.....


Tadaaaa....ada office dalam bilik, menangissss..dream house sangat ni

Bilik third dengan second ni toilet dia bersambung tau, means sharing lah kan, kalau master bedroom memang bilik air satu je. Dan ada satu lagi  toilet kat bawah.. Toilet dia pun stok masuk tak ingat nak keluar punya, cantik sangat.. 😭 Yang bestnya homestay ni, setiap bilik ada aircond, and kat ruang tamu pun ade aircond, sesuai lah kan dengan cuaca selangor yang panas ni kann.



 Toilet master bedroom
 Toilet second and third bedroom

Toilet di tingkat bawah.

Ok next bahagian ruang tamu yang sangat cantik, memang sepanjang dua hari ni rasa macam kat oberse je, over tak? haha.. Sebab sangat lah english style. 

Ni favourite spot selama kakyan kak sini, cantik kannnn. Ya Allah memang cantik sangat.





Ok ni ruang makan, pon cantik yakmat. Muat untuk 6 orang, tapi still boleh nak makan kat dapur, sebab ada bar yang boleh kalau nak duduk makan kat situ


Haaa ni dia dapur dia, impian mak mak sangat kan? Kabinet lawa, bar lawa, decoration lawa, interior lawa. Mak mak semua automatik cakap dah ada idea untuk decorate rumah. 💖


Ok setakat tu kakyan review untuk homestay yang kakyan stay selama dua hari kat Cheras ni, sangat best, rasa taknak balik. Ok bagi sesiapa yang nak staycation or ada family day boleh lah buat kat sini, memang highly recommend. 

Korang boleh tekan kat link ni

boleh sign up account dan seterusnya boleh search:
Adelia's Homestay Bandar Mahkota Cheras



Ok tu review kakyan setakat ni, terima kasih sebab membaca yaaaa!


1 comment:

  1. Ya Allah memang rasa taknak balik nak buat macam rumah sendiri. Hahahaha.. rumah impian ni. Tak sangka celah2 cheras tu ade rumah camni. Memang 5 star!

    ReplyDelete