Tips Shoot Newborn Baby

Siapa geram tengok bayi comel baru lahir, rasa macam nak picit-picit je kan pipi tu.  Ramai ibu bapa tak lepas peluang untuk mengabadikan memori anak baru lahir dengan membuat sesi fotografi untuk bayi tersebut. 

Ramai fotografer mahir bab produk, wedding etc. Tapi untuk bidang newborn photography tak ramai yang mahu mencuba. 

Jadi kakyan nak sharekan Tips Shoot Newborn Baby untuk ibubapa yang nak shoot sendiri anak tanpa upah photographer pon boleh teruskan pembacaan.

1) SENTIASA BERSEDIA

Jika kita mengadakan sesi fotografi di rumah client, siapkan terus barang-barang untuk digunakan semasa sesi berjalan. Yang paling penting, mestilah gear photogtapher itu sendiri.


Backup bateri, lenses, body, memori kad pastikan malam sebelum sudah sediakan di satu sudut. 

Props juga penting, letakkan dalam satu kotak dan siapkan malam sebelum juga, supaya tiada barang yang tertinggal.


Pastikan sebelum mulakan sesi, isi perut terlebih dahulu, sebab selalunya 1 sesi mengambil masa 3-4 jam. Takut ada peristiwa photogtapher pengsan sebab kelaparan pula!

2) INSPIRASI

Untuk inspirasi macam kakyan selalu akan google dan guna #newbornphotography di Instagram. Sambil cari idea, boleh lah screenshot gambar-gambar yang berkenan supaya nanti senang nak refer kalau tengah shoot terhilang idea pula kan.


Tapi janganlah kita terlampau ikut idea yang kita dah search sampai terlepas moment-moment yang best. Sentiasa bersedia untuk shoot posing-posing yang candid, gambar menguap contohnya.

Ambil close up kaki, tangan, telinga baby, sebab masa ni setiap yang berada di tubuh baby tu comel sangat sangat. Ibu bapa pun akan tersenyum kalau tengok masa baby dah besar nanti. 

3) UMUR YANG PALING SESUAI

Umur baby yang paling sesuai untuk newborn photography ni adalah bawah dari 1 bulan, sebab masa ni baby banyak tidur. Jadi tak buat baby letih jika ambil gambar dalam masa yang lama. 


Masa ni juga badan baby masih lembut, senang untuk posing kan baby. 


4) SUASANA BILIK

Untuk suasana bilik, tanya pada ibubapa ,baby  jenis tak boleh panas atau biasa je. Jika baby tak boleh panas, kakyan cadangkan untuk set kan suhu bilik tidak terlalu panas, tapi masih dalam keadaan sejuk. 

Sediakan baju yang mudah sarung, supaya masa baby nak menyusu boleh terus sarung baju. Sediakan juga selimut, supaya masa senggang boleh selubungkan baby supaya tidak terlalu lama berbogel.


5) PERUT PENUH, BABY GEMBIRA


Sentiasa berikan ruang untuk ibu menyusukan baby. Sebelum memulakan sesi, pastikan baby baru lepas menyusu supaya mereka boleh tidur dengan kekenyangan. Baby kenyang, photographer gembira.  


Ada yang bertanya, kalau baby kuning boleh ke nak buat sesi ni? kalau parents rasa anak dia boleh, photographer boleh je, kalau kuning sikit-sikit masih boleh touch up masa editing nanti. 

Untuk ikhtiar baby tak kena kuning, kakyan cadangkan satu produk ni. Boleh tengok kat sini.



Semoga tips tips di atas bermanfaat untuk anda!

0 comments:

Post a Comment