Punca Obesiti di Malaysia


Apa perkataan pertama yang anda terfikir bila tengok gambar ni? Tahniah! tahniah Malaysia kerana mengungguli carta. Fuhh..

Sedar atau tak sebenarnya apa yang terpamer di statistik tu, itulah hakikatnya. Ya, Malaysia kaya dengan makanan yang sedap-sedap. Tapi berpadalah dalam mengunyah, jangan semua benda kita nak telan. 

Malaysia antara negara yang tertinggi rakyatnya mengalami OBESITI

Obesiti adalah sejenis penyakit yang dihidapi oleh orang yang mempunyai berat badan melebihi berat badan ideal yang sepatutnya. Asas yang kita semua tahu, berat badan akan naik bilamana kalori yang masuk didalam badan kita tak dapat dibakar dengan sempurna. Hal ini kerana tiada pergerakan yang maksima pada tubuh badan.

Jom kenal pasti punca-punca obesiti yang perlu anda elakkan: 

1. PEMAKANAN TIDAK SEIMBANG



Arus kesibukan manusia pada zaman sekarang sangat-sangat membimbangkan. Hal ini kerana, mereka mula mengamalkan pengambilan makanan yang tidak teratur, bahkan portion makanan juga sangat tidak sihat sekaligus menjadi punca utama masalah obesiti semakin tinggi di Malaysia.




Manusia yang bijak, pandai mengatur masa, boleh mengamalkan diet yang seimbang dengan mengamalkan eat clean. Kakyan ada terangkan mengenai eat clean di sini



2. KURANG BERSENAM

Tahukah anda, setiap manusia mempunyai jumlah kalori yang diperlukan mengikut tubuh badan masing-masing. Lebihan daripada kalori yang diperlukan, perlu dibuang. 

Untuk membuang kalori pula, caranya adalah dengan bersenam. Bersenam sangat penting untuk tubuh badan manusia, jika tidak mampu untuk buat senaman hari-hari. Cukup buat senaman dalam anggaran 2-3 kali seminggu. 

Senaman pula bukan wajib buat di luar sahaja. Boleh juga dibuat indoor, search saja di Youtube, hah macam- macam jenis senaman keluar. Tinggal nak buat atau tak je kan. 



3. STRES ATAU TEKANAN

Normal bagi seseorang manusia yang bergelar pekerja, ibu kepada anak-anak, guru hatta bisnesman/woman sendiri mempunyai tekanan masing-masing. 


Tapi yang membezakan bijak atau tak, mereka dapat kawal stress dengan baik. Bagi mereka yang tidak dapat kawal, mula lah menyalurkan tekanan itu di tempat lain. Segala jenis makanan di sumbat dalam perut, mula mengambil pemakanan yang badan tak perlukan dan lebih dari kuantiti yang sepatutnya. Tidur jadi tak menentu. Hormon badan mula berubah, maka sangat cepat berat badan boleh naik.

4. FAST FOOD

Milo Ais Kepal, Roti John Cheese Terbang, Ayam Salut versi Korea etc etc.

Ya ampun, tu baru makanan yang viral.  Belum termasuk offer setiap bulan McDonaldKFCPizza Hut, etc etc.

Tahukah anda. fast food tidak mempunyai zat yang baik. Kalau anda perasan, kalau baru lepas makan fast food. Mesti tak sampai sejam dah lapar balik. Betul tak?

Tambahan pula, kuantiti bahan yang digunakan pun tidak jelas. Oleh sebab itu, berat badan sangat mudah naik kerana kandungan garam dan gula yang tinggi.



Mula ubah hidup anda bermula sekarang, amalkan pemakanan sihat, lakukan senaman. Boleh ambil makanan tambahan untuk membantu proses pengurangan berat badan anda. Jika berminat untuk mencuba makanan tambahan yang kakyan amalkan, boleh baca penerangan di Sini dan untuk membuat pembelian boleh tekan sini.




Semoga artikel ini boleh memberi manfaat kepada anda! 



0 comments:

Post a Comment