Tips ambil gambar konsep Flatlay

Perasan tak? sejak kebelakangan ni banyak gambar-gambar produk berkonsepkan flatlay, berdasarkan pemerhatian. Ramai bussiness owner memilih konsep flatlay untuk marketing produk mereka sendiri. 

Fotografer pun ramai yang offer khidmat mereka untuk ambil gambar produk menggunakan koma Flatlay ini. Macam kakyan sendiri, kakyan sangat admire dan suka hasil kerja daripada instagram FV Flatlay Hasilnya sangat comel, dan hidup gambar tu. Ni contoh gambar yang kakyan sangat favourite.






Cantik kan? rasa macam hidup sangat gambar tu. Prop yang dia gunakan, susunan prop tu, sangat perfect.

Jadi untuk artikel kali ni, kakyan nak kongsikan tips untuk ambil gambar Flatlay yang Kak An, owner kepada FV Flatlay pernah kongsikan di instgramnya.

1. Inspirasi

Untuk inspirasi ni, atau kata lainnya idea, boleh dapatkan melalui google. Taip je flatlay, pap berlambak keluar contoh contoh yang sangat cantik. Orang oversea buat flatlay pun cantik sangat, nampak mewah dan kemas gambar.

2. Beli Prop

Lepas google idea untuk buat flatlay, korang dah boleh listkan lah prop apa yang diperlukan. Lepas tu boleh lah pergi kedai-kedai macam daiso, kaison yang banyak barang comel-comel dalam tu. Harga pun boleh tahan berpatutan.




Prop ni tak semestinya benda -benda mahal, kadang-kadang yang murah tu lagi cantik effectnya dari yang mahal.

3. Spend untuk modal




Yang ni pun sangat penting sebab kalau perasan dalam flatlay kebanyakannya memang lah menggunakan bunga. Tak kisahlah bunga hidup ke atau bunga plastik. 

Tapi untuk nampak gambar tu lagi fresh, seeloknya guna bunga yang fresh lah. Tapi kalau reti cari bunga plastik yang nampak macam fresh, dah jimat kat situ. 

4. Sketch

Lepas dah dapat semua prop, boleh sketch terus dekat kertas idea yang kita nak buat supaya nanti masa buat dah ada idea jelas, cuma tinggal untuk shoot je. Sketch pun secara kasar je, listkan prop yang nak guna, arah lighting. Produk nak selit kat mana. Simple simple je. 

5. Letak prop setempat



Lepas dah listkan prop yang nak guna, kumpulkan semua letak kat satu tempat. Tujuannya untuk kita senang nak capai. Takut nanti masa tengah shoot, terlupa satu prop tertinggal dalam kereta, hilang mood nak buat kerja kannn

6. Dah siap

Shoot produk anda dengan cara tersendiri, dan edit bagi nampak cantik gambar produk anda. Jangan edit terlalu tinggi filter, takut rosakkan detail gambar.

 sebelum

selepas

Selamat mencuba! Semoga bermanfaat. 

0 comments:

Post a Comment