Staycation? Perlu ke?

Pernah tak dengar ayat 'staycation'? ke Kakyan je yang baru dengar tentang frasa ni. hihi.

Ok, staycation ni dipetik dari perkataan stay-vacation yang bermaksud vacation di dalam kawasan berdekatan dengan rumah kita je. Contohnya Kakyan duduk di Muar, Kakyan staycation dekat area Muar je. Kakyan lebih suka staycation ni dengan cara book hotel dan duduk sepanjang hari kat dalam bilik. Makanan pun order je dari runner. Memang menikmati lah kecantikan hotel tu sendiri.

Ok artikel kali ni Kakyan nak kongsikan 5 sebab anda perlu Staycation berbanding Vacation. Jom teruskan pembacaan! 


1) Menjimatkan duit

Apa yang bestnya tentang staycation ni anda tak perlu risaukan tentang tiket flights, duit minyak, cost makan di kedai makan setiap malam.



Cuma perlu duit bayaran hotel dan makanan untuk runner sahaja. Say no more to tol dan minyak. 

2) Lebih relax

Ya, vacation buatkan kita rasa excited yang teramat sangat sebab tak sabar nak explore tempat baru. Tapi staycation pun tidak menghampakan, anda hanya perlu book hotel. Tak payah pening-pening nak fikir baju nak packing, nak menghadap jammed yang paling tak sanggup.



3) Waze? no way!

Pernah tak anda gunakan aplikasi waze semasa anda vacation, tapi selalu dibawa ke jalan yang tak betul, dan paling menyeramkan jalan hutan.


Dengan staycation, anda tak perlukan waze pun. Sebabnya anda dah sangat sangat pakar dengan kawasan berdekatan tempat tinggal anda.

4)Perjalanan tak panjang.

Letihnya rasa apabila vacation ni, tidur bangun, tidur bangun. Tapi masih tak sampai-sampai ke lokasi percutian. Paling tak syok sebab masa dah habis dalam perjalanan.

Kalau staycation, anda tak perlu rushing untuk bergerak awal ke destinasi. Anda tak sempat terlelap pun, dah sampai depan hotel. 

5) Mencuba benda baru 

Rasa stuck bila orang tanya kita mengenai bandar kita sendiri, tapi kita tak tahu nak jawab apa. 

Alasannya, "Ala, bila-bila boleh pergi, dekat je" Tapi sampai ke sudah tak pergi-pergi. Haa inilah masanha untuk kita cuba perkara yang best-best di bandar kita. Nanti boleh buat review mana tahu boleh jadi tour guide di kawasan sendiri pulak kan!


Staycation vs vacation

Bagi kakyan sendiri. ya Vacation tu memang best. Boleh travel tengok negeri orang, suasana baru, jumpa orang baru.

Tapi masa anda stress dengan bebanan kerja dan masalah lain, boleh kita staycation untuk lupakan sekejap masalah-masalah kita. Tak perlu cuti berhari-hari, cukup gunakan weekend sebaiknya je.


Jom cuba! 


0 comments:

Post a Comment