5 Penyebab Penuaan Yang Perlu Anda Tahu

Pada arus dunia yang moden ini, kesibukan kerja seharian, kesibukan mengurus rumahtangga, mencapai cita-cita membuatkan beberapa faktor berlaku kemudian menyebabkan proses penuaan lebih mudah berlaku dengan lebih pantas. 


Hal ini sebenarnya sangat merungsingkan bagi rata-rata wanita kerana perkara ini boleh menyebabkan kurang keyakinan kepada diri sendiri

Jadi pada artikel kali ni, kakyan nak kongsikan 5 penyebab penuaan yang perlu anda tahu:

1) Menonton TV




Tahukah anda? Pengkaji dari Universiti of Queensland menemui, setiap jam yang dihabiskan di depan TV mengurangi umur kita sebanyak 22 minit! Oh my, belum habis lagi setakat itu, kajian lanjut juga menemui bahawa menonton TV boleh menambah risiko terkena Alzheimer. 

Oleh itu, elakkan menghadap TV terlampau lama, Tidak baik untuk tubuh dan juga kesihatan kita. 

2) Penghawa Dingin

Kadang-kadang kita terlalu fokus dengan membeli produk anti penuaan tapi kita tak perasan dan tidak fokus kepada perkara yang menyebabkan kulit kita cepat tua. 

Tahukah anda,  penghawa dingin boleh membuat kulit kering sekaligus menyebabkan proses penuaan menjadi lebih pantas.

3) Mendengar MP3


Mendengar muzik tidak menuakan, tapi menjadi masalah apabila kita mendengar menggunakan earphone. Apabila muzik yang dibuka terlampau kuat, dan kita mendengar 'direct' menggunakan handfree ia boleh menjejaskan pendengaran kita.

Kajian membuktikan mendengar muzik boleh mempengaruhi pendengaran sementara waktu, manakala mendengar muzik dengan kuat boleh menyebabkan kerosakan pendengaran kekal. 

4)Pekerjaan Anda 

Ramai yang sangat stress apabila berkata tentang kerja. Kalau boleh, masa cuti tu tak nak sebut langsung mengenai kerja. 

Tak boleh dinafikan ia adalah sumber stress yang dapat menyebabkan serangan jantung dan mempercepatkan penuaan sel kulit. Walaupun ya, pekerjaan itu penting untuk kehidupan pada zaman sekarang ni. Tapi sebaiknya pilihlah kerja yang berkualiti, yang kurang memberi stress pada kita. 

5)Terlalu sedikit bersukan

Fakta menyatakan kurang bersukan akan memendekkan umur. Di samping menyebabkan mudah untuk penambahan berat badan. 

Bersukan juga dapat mencegah penyakit Alzheimer. Peredaran darah ke kulit akibat bersukan boleh membuatkan anda lebih kelihatan lebih muda, maka orang yang kurang bersukan berlalu yang sebaliknya.

Oleh itu, untuk mengelakkan penuaan berlaku dengan lebih mudah cuba elakkan perkara-perkara berikut.  

Setakat itu saja sharing dari kakyan, semoga bermanfaat!


1 comment:

  1. 😮😮😮😮 huhu..kena jaga2 ni..

    ReplyDelete