Team Building Stargazer di Cheras.

Alhamdulillah, pada 14 & 15 April yang lepas. Kakyan diberi kesempatan untuk terlibat dengan Team Building yang dianjurkan oleh neni  dan mami Shaklee Kakyan, iaitu Neni Lin, dan Mami Zue. Team Building ni diadakan di Adelia's Homestay  Bandar Mahkota, Cheras. Kakyan ada review tentang homestay tu di sini.


Walaupun pada mulanya banyak ujian-ujian tapi alhamdulillah dapat juga dijalankan.

Untuk team building kali ni, seramai 9 orang yang terlibat, termasuk upline kami lah. Mula-mula memang agak nervous untuk hadir ke team building ni, ye lah orang introvert kan. Untuk 1 jam pertama memang take time, tapi time by time dah dapat keserasian dengan sideline semua.

Untuk kakyan, sejujurnya memang sangat terkesan dengan program ni, ilmu yang disampaikan, pengalaman, sharing dari sideline. Bagi semangat yang tinggi untuk kakyan sendiri.

Ok pada hari pertama, sesi pertama bagi setiap pertemuan, of course lah taaruf kan, "Macam mana anda boleh start bisnes shaklee?".  Kebanyakan mereka yang memulakan bisnes shaklee bermula dari pengguna sendiri, bila nampak shaklee effect pada diri sendiri, mula masing masing timbul niat untuk sebarkan kebaikan produk shaklee tu sendiri.

Sesi kedua kemudiannya sentuh mengenai BIG WHY. Setiap orang of course lah ada big why masing-masing kan, bukan orang bisnes je. Orang yang kerja makan gaji pun, mesti ada big why sendiri. Selalunya big why yang pertama mesti keluarga. Anak-anak, suami, mak ayah. Masa sesi ni, banyak kali air mata kakyan tumpah sebab masing-masing sangat emosi membentangkan big why masing-masing. Mujur lah kakyan orang terakhir, emosi dah mula stabil. Biar semangat je yang bersisa, setiap kali jatuh. Big why ni lah yang perlu kita ingat supaya bangun semula.


Ni big why yang kakyan masa mula-mula join shaklee, sekarang ada tambahan big why lain, yang menguatkan kakyan untuk terus berusaha dengan bisnes ni.



Sesi seterusnya oleh Mami Zue, sentuh mengenai KPI, kami kena senaraikan KPI yang kami nak capai sepanjang cycle ni. Kalau kita kerja di syarikat-syarikat besar, kita diberi KPI untuk dicapai by end of the year tahun tu.  Jadi, sebagai shakleepreneur kita pun kena ada kpi kepada bisnes kita sendiri untuk pastikan di penghujung cycle kita dapat capai apa yang kita tetapkan. 


Dan sesi yang terakhir sekali, adalah Personal Branding,  kami diminta untuk fikirkan nama legasi yang kami akan bina di dalam bisnes Shaklee ni, sebab bisnes ni bukan untuk diri sendiri, tapi untuk bantu ramai orang yang lain untuk sama-sama menjana pendapatan masing - masing. Kakyan telah pilih nama Awakeen Legacy,  yang bermaksud Awake- Bangun Keen- Berusaha. Untuk pastikan bisnes kita dapat stabil, kita perlu bangun dan berusaha, bukan duduk goyang kaki. 

InsyaAllah tu sedikit sebanyak yang kakyan dapat kongsikan mengenai Team Building Stargazer yang kakyan dapat banyak sangat inspirasi dan semangat untuk teruskan apa yang kakyan dah mulakan. 

Jika ada yang berminat nak join team kakyan, kita usaha sama sama, nangis sama sama, insyaAllah boleh berjaya dan travel bersama-sama. Kakyan tak menjanjikan bulan bintang, tapi kalau kalian berusaha, insyaAllah kita berjaya sama-sama. 



KakYan (1268629)
FB : Nur Aznayanti Mohamad Nor
Page : Shaklee By Kakyan
Instagram :shakleebykakyan

Phone : 014 622 0496

2 comments:

  1. Kagum sangat dengan semangat dan kegigihan kakyan. Always pray for u😘

    ReplyDelete
  2. Terima kasih mamiiiii 💗💗

    ReplyDelete