Review : 52 The Grace Hotel

Alhamdulillah pada hari jumaat dan sabtu (20 & 21 April 2018), kakyan ambil keputusan drastik untuk ambil sedikit me-time tapi tak me-time sangatlah, lebih kepada menyelesaikan kerja-kerja yang tertunggak, perkemaskan pengisian supaya lebih sistematik

Kakyan mula search dekat booking.comagoda dan Trivago. Setelah survey-survey hotel, 52 The Grace Hotel yang paling menambat hati. Sebab nampak sangat sesuai untuk buat kerja. 


Then kakyan terus proceed dengan tempahan, semalam jam 2 petang terus datang Hotel untuk check in. 

Masa pertama kali tolak pintu hotel tu, terpaku tengok dekorasi lobi hotel. Susunan perabot, wallpaper  dan sofa yang corak agak vintage nampak sangat cantik.

 Ruang menunggu yang sangat cantik

 Ruang menunggu yang sangat santai


 Meja Reception

 Ruang kopi percuma, boleh ambil dan minum di kerusi sementara tunggu untuk check in



Baru sampai di lobi dah memukau mata kakyan, hotel ni terdapat perkhidmatan Lif, sesuai lah dengan kakyan yang bawa kawan kakyan yang bertongkat. 

Kakyan dapat bilik di Tingkat 3, yang berharga RM138, kakyan rasa amat berbaloi dengan bilik yang selesa dan perkhidmatan yang tip top.



Jom kakyan share sikit gambar bilik kakyan, walaupun sebenarnya dapat ambil sikit gambar je. Sebab excited kan.

Bilik kami di tingkat 3
 Ruang santai di sebelah tingkap sangat sesuai untuk buat Vlog 
Katil jenis Queen yang sangat selesa.
 Toiletries
Toiletries


Hotel ini lengkap dengan kelengkapan : 
- Pemanas air
- Kettle
- Peti Sejuk
- Penghawa Dingin
- Sachet Minuman.
- Toiletries
- Seterika
- Pengering Rambut

Overall kakyan sangat berpuas hati dengan hotel ni sebab suasana dan fasiliti hotel yang sangat kondusif. Ia juga jauh dari kesibukan bandar Muar

Sangat-sangat recommended untuk sesiapa yang nak lari sekejap dari kerja ala-ala dekat KL, tapi masih di sekitar Muar.

Moga bermanfaat untuk semua!

0 comments:

Post a Comment