Jom kita semak beberapa salah faham tentang karbohidrat yang selama ni mungkin menimbulkan kekeliruan kepada kita:
1.Terdapat Karbo "Baik" dan Karbo "Jahat"
Walaupun terdapat pelbagai jenis karbohidrat, dan jenis-jenis yang berbeza ini boleh mempengaruhi kita dengan cara yang berbeza tapi apabila ada yang menyebut karbo terbahagi kepada "baik" atau "buruk" ia seolah-olah mengatakan bahawa sesetengah karbohidrat ni boleh menjadi nutrien semulajadi yang bermanfaat dan sesetengahnya menjadi nutrien yang berbahaya. Macam tak masuk akal pula kan statement tu.
Contohnya lah kan, kita mengatakan dengan memakan epal dalam diet kita jadikan diet kita sihat dalam masa yang sama jadikan diet kita rosak. Makin pening pula jadinya kan? Tapi sebenarnya keseluruhan corak pemakanan dan jumlah pengambilan kalori dalam sesuatu makanan yang menentukan "baik" atau "buruk" untuk anda. Jika kita ambil sesuatu makanan dengan jumlah yang melebihi kalori, of course lah ia menjadi diet yang tidak sihat.
Contohnya lah kan, kita mengatakan dengan memakan epal dalam diet kita jadikan diet kita sihat dalam masa yang sama jadikan diet kita rosak. Makin pening pula jadinya kan? Tapi sebenarnya keseluruhan corak pemakanan dan jumlah pengambilan kalori dalam sesuatu makanan yang menentukan "baik" atau "buruk" untuk anda. Jika kita ambil sesuatu makanan dengan jumlah yang melebihi kalori, of course lah ia menjadi diet yang tidak sihat.
2. Karbohidrat membuatkan anda gemuk
Macronutrient tidak boleh menyebabkan kenaikan berat badan, kecuali pengambilan jumlah kalori lebih besar daripada keperluan kalori untuk badan kita. Ini bermakna ya, karbohidrat, protein, dan lemak secara teknikal boleh "membuatkan anda gemuk," tetapi hanya jika kalori yang anda ambil berlebihan daripada keperluan harian.
3. Sayuran tidak termasuk dalam senarai makanan berkarbohidrat
Sayur-sayuran faktanya mengandungi kalori dan terdiri daripada karbohidrat, protein, lemak, vitamin, mineral, dan lain-lain bahan yang bermanfaat. Kekeliruan tentang sayur-sayuran mungkin datang dari fakta bahawa banyak daripada sayuran mempunyai kandungan air dan serat yang tinggi.
Kandungan air tinggi pada sayuran menyumbang kepadatan nutrien yang tinggi (bermakna kandungan kalori yang rendah setiap saiz hidangan). Sebagai contoh, 3 cawan brokoli mentah menyusut ke saiz yang lebih kecil selepas dipanggang dan akan mempunyai kandungan karbohidrat yang sama dengan roti.
Brokoli mentah mempunyai kandungan air yang tinggi. Walaupun sayur-sayuran mempunyai ketumpatan nutrien yang tinggi, mereka memang mempunyai kalori, karbohidrat, protein, dan bahkan lemak.
4.Anda tidak perlu karbohidrat
Ramai yang membuat diet rendah karbohidrat menyatakan tubuh badan kita tidak perlukan karbohidrat. bukan hanya untuk memulakan latihan senaman tetapi secara umum. Walau bagaimanapun, karbohidrat digunakan semasa latihan intensiti tinggi dan sederhana dan sebagai sumber bahan api dalam kehidupan seharian.
Pengecualian untuk ini adalah apabila individu memilih mengikuti diet ketogenik, di mana badan bertukar menjadi keton - sejenis lemak - untuk bahan bakar dan bukan untuk karbohidrat.
0 comments:
Post a Comment