Bercuti di Pulau Perhentian versi Bajet

Nak bercuti ke Pulau Perhentian? Tapi nak bercuti dengan versi bajet? kali ni kakyan nak share itineri ke Pulau Perhentian dengan bajet RM350 per head untuk 2 hari 1 malam. Jom teruskan pembacaan. 

Kakyan pergi ke Pulau Perhentian pada bulan 7 tahun lepas, tapi baru sekarang sempat nak update. 

2-3 bulan sebelum travel kami dah book tiket kapal terbang  Air Asia yang memang masa tu tengah promo harga RM80 untuk return tiket. 

Pakej pulau perhentian pula kami ambil yang 2 hari 1 malam punya je, ambil dengan company Perhentian Meiha Holiday. RM250/seorang untuk group 4 orang. Pakej ni dah termasuk Snorkeling untuk 7 point, penginapan & makan. All in lah, kira datang untuk enjoy je lah. Semua dah termasuk.

13/7/2017 (Khamis)

Kakyan drive kereta dari Muar dalam jam 4 lebih lebih kurang dari rumah dan park kereta di Seremban, dan car pool dengan kawan kakyan, Hazirah ke Terminal Bandar Tasik Selatan (TBS). Nak parkir kereta kat situ terus sebab nak parkir kat KLIA mahal, RM46/hari. TBS harga hanya RM12/hari. 



Kemudian bila dah sampai TBS, dah kumpul dengan 2 orang lagi kawan kakyan, kami ambil bas ke KLIA, tiket RM11.

Flight untuk ke Kelantan jam 8.45 malam, jadinya sampai je KLIA terus kami rushing cari gate untuk check in.

Rushing tak rushing sangat lah, sempat juga lah bergambar


Touch down je di Kelantan ada kawan kepada kawan kami, Nashriq yang jemput kami dari airport sebab kebetulan esoknya dia nak pergi Hiking dekat Bukit Keluang, Terengganu. Jadi dia dah book homestay sekitar Besut, dapat lah kami tumpang bermalam kat situ, dapat satu bilik muat 4 orang. Kos RM12.50/seorang. 

14/7/2017 (Jumaat)




Pagi pagi kami sarapan dulu, sebelum masuk Pulau, sebab pakej yang kami ambil tak termasuk sarapan pagi. Sampai je jeti kami pergi office Meiha's holiday di area jeti tu untuk dapatkan kupon makan & kupon snorkeling, serta settlekan baki bayaran. Dah selesai terus kami pergi jeti untuk bergerak masuk pulau. 

Untuk masuk ke dalam Pulau, memang akan naik bot laju tau. Tiket bot laju untuk masuk pulau tak termasuk pakej ye harganya murah je RM5/seorang.

 Travel buddies untuk trip kali ini
 Botnya tak besar sangat, muat dalam 10-12 orang macam tu lebih kurang

Dari jeti ke pulau ambil masa dalam anggaran 1 jam perjalanan. So sesiapa yang mabuk laut, disarankan bawak minyak angin siap-siap. Sebab memang bergelodak perut gamaknya.😂

Ok sampai je pulau, terus pergi jumpa agen Meiha's Holiday di warung berdekatan dengan jeti dan terus diberi kunci bilik. Kami dapat Ayah's Homestay . Homestay kami ada 2 queen bed, air cond and bilik air. Boleh dikatakan selesa lah, dan tak jauh dari jeti. Haa, kami duduk dekat Kampung Nelayan. Untuk pengetahuan Perhentian banyak sangat perkampungan . Dan setiap perkampungan nak pergi kena naik bot. So, kalau macam kakyan ni tahu tempat sekitar kampung Nelayan je lah.. tempat lain memang zero knowledge. 


Ok berbalik pada cerita, lepas check in terus bergegas ke jeti untuk pergi Snorkeling. Pagi ni dia bawak ke Turtle Point, Shark Point, Fish Garden. 





Dalam jam 12.30 camtu abang bot hantar kami balik ke homestay, kami pergi makan  yang termasuk dalam pakej tu dan rehat sementara jam 2.30 petang untuk sambung snorkeling. 


Round ke 2 kami pergi snorkeling di Lighthouse(tapi tak dapat snorkeling sini sebab arus deras) , Pantai Hancing( kat sini Sangat cantikkk, paling best point kat sini) , Coral beach and last Romantic Beach.






Habis snorkeling dalam jam 6 petang lebih kurang, seronok sebab abang bot sporting. Tak rushing pon. 



Then balik bilik, mandi solat. Pukul 8.30 lebih kurang kami keluar makan Barbeque yang termasuk dalam pakej juga. Kemudian ronda-ronda sekitar pulau, tapi kampung Nelayan tak berapa meriah, kalau menginap di Long Beach memang meriah, cuma tak berapa sesuai dengan culture  Malaysia, sebab kat situ kebanyakannya foreigner yang memeriahkan malam-malam. Lepas dah ambil gambar kami terus balik bilik tidur. Semua tak larat dah, sebab penat berkuak.😂

15/7/2017 (Sabtu)

Oh ya masa kami snorkeling tu, kami dah tanya-tanya abang bot dan dah deal dengan seorang abang boat ni untuk bawa kami ke  Long Beach untuk hiking ke Kincir Angin. Jadinya seawal jam 7 pagi kami dah tunggu kat jeti, dan abang boat bawa kami  pergi Long Beach. 

Long beach ni tempat campsite. So sesiapa  yang minat ala ala camping boleh book menginap kat situ, harga lebih murah. Perjalanan dari kampung nelayan ke Long Beach dalam lingkungan 15 minit. Tak lama sangat lah. Then sampai tu kami terus hiking, laluan dah memang nampak, just ikut je laluan tu. Hiking range tak tinggi and susah mana pon. Tapi bagi yang ehem macam kakyan yang memang berisi ni, agak kurang lah staminanya.

Nak sampai puncak kami haritu dalam 20 minit je. Kalau tak, option selain hiking, boleh guna laluan tangga, tapi laluan tangga tu dah rosak masa kami pergi. so nak taknak memang kena hiking lah. Hiking tu bila dah jumpa kincir angin, lalu laluan tepi pagar untuk tengok view pulau. Nanti nampak laluan tangga yang view sangat cantik.. Kalau nak lagi best, turun sampai bawah tangga tu sebab view kat bawah tu lagi cantik. Tapi kami tak larat, dok setakat ataih je lah.

 Ni pemandangan dari atas tangga, kami duduk setakat ni je, tak larat nak turun dah.

Dah sampai puncak kami duduk situ dalam setengah jam macam tu terus turun. Pukul 9.30 abang boat tu dah sampai. 

Balik bilik kami terus siap-siap pack baju. Dalam jam 12, terus check out bilik serah kunci dan terus pergi ke jeti, memang ada bot yang akan tunggu. 



So total perbelanjaan kakyan untuk trip kali ini.

Tiket Flight : RM80
Pakej : RM250
Marine Park : RM6
Tiket Bas : RM11

*Tak termasuk makan renyah renyah & ole-ole*

✅Disarankan bawak beg waterproof, semua boleh letak dalam tu, sebab dalam bot pon insecure kalau bawak beg biasa
✅Beli casing phone waterproof, senang nak ambil gambar
✅Bawa gopro or sewaktu dengannya(action camera), sebab gambar serius cantik guna gopro lagi lagi dalam air nanti
✅Bawa Aloe Vera gel, lepas snorkeling boleh terus tonyoh sebab confirm sunburn😂
✅Bawa minyak angin, sebab malam senang kalau sengal sengal badan
✅Bawa first aid, sebab takut ada tragedi berdarah macam kami😂
✅Bawak iron, kalau tak berkedut lah tudung korang sepanjang kat sana

Ok tu je setakat ni, Semoga membantu korang rancang percutian!

1 comment: