Tips memulakan bisnes dari rumah.

Baru je gaji hujung bulan haritu, masuk je bulan baru duit dah licin. Uwaaa, sedih yakmat rasa. Rasa macam kerja tu takde hasil langsung. Ye memang buat bayar komitmen tu dah cukup melegakan. Tapi duit untuk beli barang sendiri pun dah takde baki. Duit baki dari bayaran komitmen nak pusing buat bayar duit makan pulak tu. Duit minyak lagi. Ya ampunn duit duit.





Orang cakap duit itu materealistik semata, tapi dengan duit lah kita nak urus kehidupan. Kalau baca dekat surat khabar, facebook berapa ramai orang mula mengambil jalan singkat dengan mencuri untuk dapat duit dengan mudah.


Bagi mak-mak pulak, kalau boleh nak duit setiap bulan, tapi nak luangkan masa dengan anak-anak kat rumah. Dilema tu Allah je yang tahu. Rasa macam nak buat bisnes dari rumah je. Sambil golek-golek dengan anak kat rumah duit masuk. Sambil buat slime untuk anak-anak duit masuk. Seronoknya!


Jadi, kalini kakyan nak kongsikan tips mulakan bisnes online bermula dari runah dengan cara yang mudah. Jom teruskan pembacaan! 


1) Mula dengan 'Part Time'


Ramai orang tersilap langkah dalam membuat keputusan. Nak mulakan bisnes, kena berhenti kerja. Bisnes masih tak nampak bayang, sales masih di alam mimpi. Tapi begitu nekad buat keputusan untuk melayangkan 'resign letter' di depan muka bos mereka.


Oh sangat silap sekali, perkara utama yang perlu kita buat ialah gunakan waktu malam untuk set up bisnes kita. Fikir cara dan rancang seeloknya.



Apabila sales bisnes anda dah mencapai 2 kali gaji semasa anda. Baru boleh anda melayangkan resign letter dengan gumbira.

2) Rumahku Kedaiku


Ramai orang belum sampai setahun buka bisnes sudah berani buka kedai sendiri. Contohnya untuk bisnes bakery, owner rasa bisnes mereka dah stabil, mula menyewa kedai. Tapi baru 3 bulan buka kedai, dah patah balik buat bisnes kat rumah dek tak mampu nak bayar sewa kedai setiap bulan.

Sebaiknya untuk permulaan, business feature seperti dropship atau jual barang tanpa perlu simpan stok adalah paling terbaik. 

3. Tambah, tambah, tambah Ilmu

Nature bussinesswoman itu wajib sentiasa menambah ilmu. Tak kiralah samada mengenai produk yang kita jual ataupun mengenai skill kita mengurus bisnes. Tujuannya ialah kita berniaga dengan ilmu, dan semakin sayang dengan bisnes kita tu.


Cari mentor dalam bisnes kita, untuk kita rujuk jika ada sebarang permasalahan. Sentiasa join kelas-kelas untuk menambahkan ilmu. Ilmu yang betul boleh membantu kita kukuh dalam memulakan perniagaan. 

4. To do list


Impian tanpa perancangan adalah sia-sia. Mulakan perancangan untuk bisnes anda dengan tersusun. Esok nak post content apa di facebook, senaraikan content untuk blog selama seminggu. Atau lebih bagus kalau dapat listkan untuk sebulan.

5. Minta izin 'bos besar'

Bagi orang islam perkara pertama yang perlu diletakkan di peringkat paling atas ialah Allah. Sebelun memulakan sesuatu, minta pertolongan Allah. Apabila masuk dalam bidang bisnes, jualan, pelanggan. Semua berdasarkan rezeki kita, berdasarkan apa yang Allah nak beri. Sentiasa dekati Dia, mohon pertolongan dan pergantungan sepenuhnya padaNya.



6. Pilih bisnes yang tak perlu melabur duit jumlah yang banyak

Sebagai permulaan jangan terlalu ghairah hingga duit habis banyak sebelun bisnes stabil. Pilih bisnes yang perlukan modal yang sedikit sahaja. Tapi mampu jualan cecah puluhan ribu 

Contohnya dalam bisnes Shaklee, dengan buat bayaran RM80 sahaja. Jika anda fokus dan kerja keras, mampu jualan mencecah puluhan ribu.




Ingin memulakan bisnes anda dengan Shaklee? Boleh baca cara daftar ahli Shaklee dengan mudah di sini. Atau hubungi terus kakyan di butiran berikut.

KakYan (1268629)
FB : Nur Aznayanti Mohamad Nor
Page : Shaklee By Kakyan
Instagram :shakleebykakyan

Phone : 014 622 0496


0 comments:

Post a Comment