Apa Itu Soya Lecithin?

Kalau kita baca food label mesti akan terjumpa dengan kandungan "Soy Lecithin" sebab ia banyak digunakan sebagai bahan tambahan dalam banyak makanan sekarang. Soya Lechitin sudah digunakan dan diterima dalam banyak kedai yang menjual  makanan sihat. Selalunya akan digunakan dalam bahan tambahan sesuatu makanan dan ada juga yang dijual dalam bentuk suppelemen untuk merangsang kesihatan badan kita.

Soya Lecithin merupakan protein yang berkualiti tinggi yang mengandungi asid lemak tak tepu sebagai antioksidan yang meneutralkan radikal bebas dalam tubuh kita. Ia juga boleh menjana semula sel-sel yang rosak, membubarkan dan mengatasi penyumbatan pembuluh darah serta mengawal sistem antibodi badan kita. 

Soya Lecithin sebenarnya adalah campuran Phosphatidyl Choline(PC) yang terdapat dalam kacang soya, campuran ini selalunya dijumpai pada sel membran tumbuhan dan haiwan. Termasuk pada rangkaian urat saraf dan otak manusia. 


Kebaikan Soya Lecithin 

Soya lecithin selalunya dikaitkan dengan penurunan hyperlipidemia dan mempengaruhi lipid metabolisme yang berfungsi dalam memproses lemak dan kolestrol. Soya Lecithin dapat membantu menurunkan kolestrol secara semulajadi, juga dapat mengurangkan lebihan kolestrol LDL dan menggalakkan sintesis HDL dalam hati.

Satu kajian pada 2010 yang diterbitkan dalam jurnal 'Cholestrol' menilai jumlah kolestrol dan tahap LDL selepas pengambilan soya lecithin pada pesakit mendapati selepas pengambilan 500 mg oleh sukarelawan hasilnya sangat mengejutkan. Penyelidik mendapati perkara berikut berlaku pada pesakit selepas pengambilan supplemen soya lecithin:


  • Pengurangan 41% jumlah kolestrol selepas 1 bulan
  • Pengurangan 42% jumlah kolestrol selepas 2 bulan
  • Pengurangan 42% dalam LDL selepas 1 bulan
  • Pengurangan 56% dalam LDL selepas 2 bulan


Hasil kajian ini menyarankan untuk pengambilan soya lecithin sebagai makanan tambahan terhadap rawatan hiperkolestrolemia

Makanan tambahan soya lecithin menunjukkan dapat meningkatkan fungsi imun kepada pesakit diabetik. Penyelidik Brazil mendapati pengambilan lecithin sebagai supplemen harian menyebabkan aktiviti makrofag meningkat kepada 29%. Makrofag merupakan sel yang penting untuk sistem imun badan kita, ia boleh melawan virus jahat untuk melindungi sistem imun badan.


Fakta Mengenai Soya Lecithin

Satu cawan soya lecithin diambil daripada minyak kacang soya yang mengandungi nutrien choline, omega 3 dan vitamin K.

Choline adalh sumber makanan yang baik yang mempunyai banyak manfaat. Menurut Yayasan George Mateljan, Choline merupakan salah satu nutrien terbaru yang akan ditambah kepada senarai vitamin yang diperlukan manusia.



Siapa yang memerlukan Soya Lecithin?



  • Mereka yang menyedari pentinggnya penjagaan kesihatan dari awal
  • Wanita hamil dan menyusukan anak, kerana Soya Lecithin akan menguatkan janin, memudahkan kelahiran dan meningkatan kualiti dan kuantiti susu ibu
  • Pelajar kerana ia menyediakan nutrien untuk pertumbuhan dan perkembangan otak.



Artikel berkaitan:




0 comments:

Post a Comment