Tips Diet Pada Bulan Ramadan

Berbaki 16 hari je sebelum masuk bulan Ramadan. Sekejap je dah nak berpuasa. Puasa ganti dah settle ke tu? Cepat-cepat ganti, kalau tak kena bayar fidyah pula. 

Dalam kalut-kalut nak berpuasa ni, bagi geng-geng yang berdiet memang target nak diet habis-habisan untuk bulan Ramadan ni, sebabnya nak selim melim masa raya.

Makanya untuk artikel kali ni, kak yan nak kongsikan tips berdiet dalam bulan Ramadan. Supaya kita berada di landasan yang betul, bukan beria kita diet, rupanya salah cara tu. Ok jom, baca tips-tips ni.

1) SAHUR ITU WAJIB!



Kesalahan yang pertama untuk orang-orang yang berdiet adalah fikir sahur tu tak penting. Atau sebenarnya, mata berat nak buka pagi-pagi. Jadi ambil jalan mudah skip je sahur dengan harapan, masih boleh bertenaga sepanjang hari.

Hakikatnya sahur paling penting, sepenting breakfast. Kalau sahur kita tak menjamah makanan, mana kita nak dapat tenaga untuk berpuasa hingga ke petang? Tambah lagi, sahur kan sunnah. Dapat pahala lagi tauu.

2. MAKANAN RENDAH KALORI

Ya sahur itu wajib untuk or
ang berdiet, tapi bukanlah tu satu tiket untuk kita mentekedarah sebanyak-banyak makanan. Terlalu banyak makan sahur jugak tak bagus untuk puasa kita.


Jadi seeloknya pilihlah makanan sahur yang rendah kalori, elakkan makanan berlemak. Makan berpada tapi makanan yang berkualiti.

3. PENGAMBILAN NASI/ BIHUN/ MEE


Tak bertenaga sepanjang hari apabila berpuasa, alasannya sebab sahur 3 biji kurma ikut sunnah. Haish kurma tu betul dah ikut sunnah, tapi kalau kerja anda berat sepanjang hari. Disarankan ambil sedikit karbo semasa bersahur. Supaya tenaga dapat bertahan lebih lama. Takde lah, baru tengahari dah melepek kat bucu meja kan.




4. MINUMAN MANIS


Kalau sebelum sebelum ni kita biasakan puasa buka dan sahur wajib ada air manis. Kali ni kena ubah say no to air manis. Kali ni kena cinta sungguh sungguh dengan air kosong. Bayangkan kekosongan kalori yang ia ada, jadi boleh minum dengan seronoknyaa.

5. KAWAL NAFSU KETIKA BERBUKA

Waktu berbuka yang paling mencabar untuk orang berpuasa, tambah pula berbuka satu meja dengan orang yang tak diet. Memang cabaran besar bagi sesiapa yang dalam mood diet.

Pastikan makanan kita masih terjaga kuantiti dan kualiti. Jangan langgar semuanya. Nanti confirm lepas terawih menyesal bila teringat balik kegelojohan berbuka. wehee

6. KURMA DAN AIR KOSONG 
Saat azan berkumandang, ajar diri untuk sabar. Jangan terus terkam nasi, makan kurma dan banyakkan minum air kosong.


Dah sudah, pergi solat dulu. Lepas solat baru sambung makan nasi. Percayalah, lepas solat nafsu makan jadi lebih terkawal. Takde lah main terkam je dah.

MULA ATAU SAY NEXT

Pilihan terletak di tangan anda, nak mula ramadan kali ni atau say for next ramadan untuk start. Percayalah, untuk konsisten dalam apa-apa yang kita buat, dalam kehidupan pon. Semuanya bermula daripada 'Mula'. Jom mula healthy lifestyle, healthy meal anda bermula sekarang!

0 comments:

Post a Comment