Tips Persediaan Ramadan

Fuhh, alhamdulillah gelombang Pilihanraya Umum (PRU14) sudah berakhir, umum maklum tentang PM terbaru kita iaitu Tun M, semoga dapat memimpin Malaysia dengan baik!

Dalam sibuk kita dengan PRU, sedar-sedar Khamis minggu depan dah nak puasa. Wuuu, ganti puasa dah ke tu?kalau tak kena bayar fidyah tauu.

Ok, sekarang kita kena off mood PRU, fokus pada bulan Ramadan yang ditunggu-tunggu. 

So artikel kali ini kakyan nak kongsikan tentang tips persediaan menjelang bulan Ramadan. Jom baca.

1) JAGA KESIHATAN

Sebagai seorang muslim yang memang nekad nak berikan fokus secara total untuk bulan Ramadan. Perkara pertama yang perlu diberatkan adalah dengan cara jaga kesihatan. Ye lah kan, kalau kita sakit masa bulan Ramadan. Of course kita tak mampu nak puasa penuh sepanjang 30 hari tu. 

Elakkan kepada perkara-perkara yang boleh buatkan kita demam, kurang sihat yang mana boleh menjejaskan badan kita sepanjang bulan Ramadan.

2) SEMAK HUKUM HUKUM BERKAITAN PUASA

Apabila masuk bulan Ramadan, macam-macam hukum keluar. Kadang-kadang tak logik akal pon ye. Seeloknya kita semak balik perkara yang membatalkan puasa contohnya.


Supaya kita tak cenderung melakukan perkara-perkara tersebut, dan cuba elakkan perkara-perkara yang makruh sepanjang berpuasa agar ibadah kita tak sia sia.

3) TANAM AZAM

Kalau masa kakyan zaman kampus, selalunya akan disediakan checklist atau mutabaah amal yang mana kita kena tick setiap hari mengikut KPI amalan sunat yang ditetapkan. Untuk permulaan mungkin rasa payah, tapi lama-lama jadi seronok. Jadi tanam azam, untuk penuhkan checklist tersebut hingga hujung Ramadan.



4) QIAMULLAIL

Bulan Ramadan, pahala ibadah kita digandakan berkali-kali. Jadi jangan kita sia-siakan. Antara amalan sunat yang boleh kita lakukan dengan consistent adalah qiamullail. Qiamullail ni tak susah bagi kita, sebabnya kita cuma bangun awal 1 jam atau 30 minit sebelum sahur, dan lakukan solat-solat sunat. 

Jadi untuk jadikan ia mudah dan consistent pada bulan Ramadan, kita kena mulaka. dari hari ini! Tak de lah nanti rasa berat di hari pertama berpuasa kan. 

5) MENJAGA

Banyak perkara perlu dijaga supaya puasa kita tak jadi sekadar menahan lapar dan dahaga je. Ni masanya kita cuba tukar dan kekalkan sikap tersebut walaupun dah habis ramadan. Contohnya, jaga lidah dari mengumpat atau cakap perkara yang tak baik. 

Lebih baik diam dari berkata-kata perkara yang tidak bermanfaat. 

6) KAWAL NAFSU MAKAN

Yang ni paling penting, sebab kita puasa bukan sekadar tahan lapar. Tapi untuk beri kesedaran pada kita tentang kesusahan mereka yang tak dapat makan macam kita pada bulan biasa.

Sia sia lah kalau kita puasa, tapi buka bukan main penuh meja sampai tak muat nak letak makanan kan? 

Mungkin kita boleh jadikan bulan puasa ni sebagai langkah pertama untuk mulakan azam diet yang tertunggak bertahun-tahun kan? kakyan ada kongsikan tentang cara untuk kurus sebelum raya dengan cara yang mudah di sini.

BETULKAN NIAT

Apa-apa pun kita kena betulkan niat. Supaya ibadah kita dapat diterima di sisi-Nya. Semoga bulan Ramadan ni ruang untuk kita mula berubah menjadi lebih baik, dan amalan yang kita lakukan pada bulan Ramadan dapat diteruskan pada bulan-bulan seterusnya.

Selamat mensucikan hati dan buat persediaan untuk bulan Ramadan!

0 comments:

Post a Comment