Jenis -jenis kegemukan dan cara mengatasinya


Menguruskan badan merupakan azam utama untuk sesiapa yang mengalami masalah kegemukan dan mereka yang merasakan tubuh badannya mempunyai berat badan yang berlebihan. Ada juga yang berusaha nak turunkan berat badan kerana dah mengalami masalah kolestrol yang tinggi mengakibatkan banyak kesan pada diri sendiri.

Setiap individu mempunyai alasan yang berlainan untuk kuruskan badan, kalau kita tengok sekarang. Banyak tips-tips untuk kuruskan badan dengan cara-cara yang berlainan. Terpulang kepada individu sendiri nak pilih mana yang sesuai untuk mereka amalkan. 

Dalam proses menurunkan berat badan, perkara yang paling penting adalah komitmen masa, duit dan disiplin. Kalau kita tak sanggup nak korbankan antara komitmen-komitmen ni memang guna cara apa sekalipun memang tak kan kuruslah sampai bila-bila pun.

Ok sebelum kakyan pergi lebih jauh, antara perkara yang asas anda kena study sebelum memulakan program diet anda adalah ketahui jenis kegemukan anda supaya dapat anda selarikan dengan program diet yang bersesuaian. Jadi kali ini, kakyan nak kongsikan jenis-jenis kegemukan yang perlu anda tahu. Jom teruskan pembacaan. 


1. JENIS GEMUK AIR


Mesti anda biasa dengar kan orang cakap dia jenis gemuk air. Ok gemuk air ni disebabkan badan anda menyimpan jumlah air yang badan kita tak perlukan pun sebenarnya. Kalau perasan, orang yang gemuk air ni badan dia jenis menggelebeh dan lembik, kalau kita picit kat bawah lengan dia misalnya lembik je. Antara kesan-kesan gemuk air ni, badan cepat letih dan mengah. Kawan kakyan jadi gemuk air sebab pernah sakit denggi, masa tu masuk air berbotol-botol. Sejak tu badan bagai dipam-pam berbanding sebelum sakit masa tu. Punca lain juga kerana terlalu banyak garam dalam badan anda, sebabnya kerana suka makan makanan yang masin dan masam. Apabila terlalu kerap ambil makanan sebegitu dalam kuantiti yang banyak ia boleh menghalang penyerapan air ke dalam badan anda. Maka ia menyebabkan badan mula kekurangan air, otak mula menghantar isyarat supaya air disimpan dalam sel badan supaya digunakan pada masa kecemasan.

Tapi yang seronoknya mereka yang gemuk air ni jenis gemuk yang sangat mudah untuk susut. Dengan syarat kena rajin bersenam dan jaga makan, selalunya progres penurunan berat badan mereka lebih cepat berbanding mereka yang mempunyai jenis kegemukan yang lain.


2. JENIS GEMUK LEMAK

Biasanya orang yang mengalami masalah kegemukan berdepan dengan jenis kegemukan yang ini. Punca lemak terhasil dalam badan kita adalah kerana makanan berkarbohidrat yang kita makan tidak dibakar dengan baik. Tambahan pula pengambilan protein yang berlebihan juga boleh menukar menjadi gula seterusnya berubah menjadi lemak. Apabila lemak terlalu banyak dalam badan kita, ia boleh menyelaputi organ-organ dalam badan dan menyebabkan organ tidak dapat berfungsi dengan baik.

3. JENIS GEMUK DAGING

Jenis gemuk daging ni antara yang susah nak turunkan kerana lemak sudah pejal bergumpal dengan daging. Selalunya jenis gemuk  daging bermula dari kecil, dan juga keturunan maka menyebabkan proses menurunkan berat badan menjadi sukar dan mengambil masa untuk dibuang. Kebanyakan mereka yang gemuk daging ni kurang makan sayur atau buah-buahan dan mengamalkan pemakanan yang tidak sihat. Cara kita nak tahu seseorang tu gemuk daging atau tak, dengan cara picit kawasan bawah lengan, jika keras dan pejal anda jenis gemuk daging.


CARA MENGATASI KEGEMUKAN




Anda dah tahu anda jenis gemuk yang mana? secara asasnya jenis gemuk air paling mudah untuk menurunkan berat badan, diikuti dengan jenis gemuk lemak yang agak susah sedikit dan seterusnya jenis gemuk daging yang perlukan lebih usaha berbanding jenis gemuk yang lain. Cara mengatasi kegemukan ni sama untuk semua jenis kegemukan, tapi usaha kena lebih atau relax-relax mengikut jenis kegemukan masing-masing.


1) SENAMAN YANG KONSISTEN

Senaman yang terbaik adalah tidak terlalu singkat dan tidak pula terlalu lama. Sekurang-kurangnya setiap orang perlu membuat senaman 15-30 minit setiap hari. Tak perlu terlampau berat, cukup setakat jalan 10,000 langkah atau jogging contohnya. Kajian mendapati, bersenam dengan waktu yang singkat tapi dilakukan setiap hari, lebih berkualiti berbanding mereka yang bersenam seminggu satu kali tapi dalam masa yang lama.

2) MINUM AIR MINERAL YANG BANYAK

Jumlah air yang sepatutnya kita minum adalah 25kg = 1 litre, jika berat badan anda 70kg, anda wajib ambil air 3 litre sehari. Air boleh membantu badan supaya tidak dehidrasi dan membantu untuk membuang toksin toksin yang tak perlu dalam badan kita. 

3) PEMAKANAN MAKANAN BERSERAT TINGGI

Makanan yang mempunyai serat tinggi adalah makanan yang berfungsi membantu melawan lemak-lemak yang bertapa dalam badan kita. Jika badan kita sudah mempunyai jumlah serat yang cukup, badan kita susah untuk semakin membesar. Pengambilan serat yang mencukupi juga membantu proses pembuangan najis lebih teratur dan lancar.



Semoga artikel ini dapat membantu sedikit sebanyak dalam mengenali diri anda untuk memulakan proses penurunan berat badan. Semoga bermanfaat!






0 comments:

Post a Comment