Tips Merancang Percutian ke Cameron Highland

Kakyan dah beberapa kali pergi Cameron Highland, tapi tak pernah rasa jemu. Nasib baik lah jauh dari Muar, kalau dekat rasanya hari hari naik.wehee. Paling suka sebab suasana sejuk kat sana, walaupun sebenarnya kakyan tak boleh terlampau sejuk nanti mula lah naik gatal-gatal. Tapi tetap kesukaan juga.

Ok kali ni kakyan nak kongsikan beberapa tips untuk sesiapa yang nak pergi Cameron Highland. Sebab sebenarnya percaya atau tidak, ada di kalangan kita yang tak pernah jejakkan kaki kat sana, kalau jejak pun pergi dengan rombongan sekolah tak dapat nak explore semua tempat.

Ok jom baca!

1) BIJAK PILIH TARIKH

Sepanjang kakyan pernah naik Cameron, semua tarikh ok je, cuma tahun ni salah pilih tarikh, pergi masa cuti raya cina. Ya ampun stressnya Allah je tahu. Rasanya 80% spend atas jalan je masa tu. Boleh hilanglah mood nak bercuti tu.

Jadi kalau nak pergi elakkan cuti-cuti umum dan cuti sekolah. Pergi weekend selepas cuti sekolah pun ok. Ramai orang, tapi tak delah sampai kereta atas jalan tu tak bergerak langsung.

2) NAIK TOL SIMPANG PULAI

Masa mula-mula menceburi bidang pengcameronan ni. Aha. Memang naik selalunya dari tol Tapah. Sebab ikut je abah kakyan. Tapi bila dah besor ni, mula study dari review orang. Baru tahu seeloknya naik dari Tol Simpang Pulai, memang agak jauh. Tapi jalannya lebih elok dan kita boleh kejar breakfast dekat teh Boh Sungei Palas. Apa tu Teh Boh Sungei Palas? Haa satgi kakyan cerita ya.

3) PILIH HOTEL YANG STRATEGIK

Ni serious kena pertimbangkan hat ni, jangan main book je. Tengok dulu hotel/homestay tu area mana. Kakyan pergi dua kali menginap, dua-dua dapat tempat yang line hp tak berapa ok. Agak stress lah di situ sebab kita bercuti of course nak update gambar lah, nak kongsi dengan orang kan.

Pilih hotel berdasarkan review dengan orang, sebab kadang-kadang kalau melalui apps, tak berapa clear homestay tu area mana.

4) MAKAN MAKAN MAKAN

Kat Cameron untuk makan tengahari, kakyan tak jumpa lagi tempat makan yang popular dan sedap. Selalunya main redah je mana-mana.

Bagi sesiapa yang travel memang bajet terlebih, boleh lah rasa steambot kat Cameron, sejuk-sejuk makan steambot memang melayang lah. 😜

5) TEMPAT MENARIK

🏕 Teh Boh Sungei Palas Plantation

Ok tempat ni sesiapa yang pernah tengok cerita Ombak Rindu, mesti tertanya-tanya kan kat mana dia berlakon. Teh Boh Sungei Palas ni agak tersorok tempatnya. Jalan nak masuk pun tak berapa perasan, sebab ada construction dekat simpang tu, dan jalan tak bertar.

Tapi once dah masuk, memang wajib berhenti tepi untuk ambil gambar dekat ladang teh tu, jalan masuk dia agak challenging juga lah. Kena steady dan drive carefully je.

Untuk bergambar kat area sini, memang kena parkir kereta tepi, cari area yang lapang. Sebabnya jalan dia sempit sikit

 Route to the teh house upstair, kalau bawa mak-mak yang dah sakit lutut, memang mena encourage depa. Jalan perlahan-lahan. Sebab tangga dia tinggi juga tu


Boleh pekena teh, kek, roti sambil menikmati pemandangan yang sangat mahal. Untuk breakfast sesuai lah, tapi agak mahal. Kena asing duit siap-siap untuk pergi sini

🏕Lavendar Farm

Lavendar Farm ni tempat dia memang kena mindset untuk ambil gambar dan aiskrim!. Ada bayaran tiket masuk dalam 7-10 ringgit satu kepala, kalau rasa tak berbaloi tak payah pergi pun takpe. Tapi rugilah sebab tak dapat bergambar dengan Lavendar.



Must try, aiskrim Lavendar! Ada yang tak kena dengan tekak, tapi kakyan ok je. Sedap je kat tekak kakyan ni. 

Nyummeh

🏕Big Red Farm Strawberry

Kat sini, sesiapa yang nak rasa pick strawberry boleh cuba kat sini. Tapi kakyan cadangkan takpayah pick, nanti beli kat kea farm je. Sebab bila petik sendiri, harga macam tak berbaloi sebab mahal. Kalau nak beli sayur boleh kat sini.



Makanan kat sini pub best, must try wafer dengan ice blended Strawberry dia. Memang sangat sedap, dah balik kemain terkenang-kenang.


🏕YZ farm

YZ farm ni di area Taman Sedia. Kalau tengok review jarang orang sebut tentang YZ farm ni, tapi kakyan paling suka pergi sini sebab ada kopi strawberry dan tea strawberry. Paling favourite. Diorang siap jual 3in1 untuk bawa balik sekali. Memang wajib borong.



Latest ni kakyan pergi, baru tahu kat sini juga ada jual Paten Gulai Tempoyak, dan rasa dia sangat sedap macam dekat Temerloh. Boleh lunch sekali kat sini.


🏕Pasar Malam Cameron Highland

Kalau dulu pasar malam area Brinchang, tapi sekarang untuk elakkan kesesakan depa alih letak dekat area Cameron Jaya.

Must try dekat Pasar Malam ni, sayur goreng tepung. Kena beli yang fresh baru keluar kuali, kalau tak liat nak makan. Dan kena cuba bakso gergasi. Puas makan, bebola besar gedabak.



🏕MARDI

Yang ni biasa lah kan semua pernah pergi, dalam pada sibuk ambil gambar. Boleh belajar banyak jenis bunga dengan sayur kat sini. Tiket masuk RM5. 

Bunga-bunga kat sini cantik dan unik, design bangunan kat sini pun terasa macam kat oberseaa je. 


🏕Nasi Lemak Abang Strawberry

Pernah viral nasi lemak ni, sebab guna sambal strawberry. Untuk yang kali pertama pergi dan nak rasa, boleh lah pergi. Dekat area Yz Farm tu juga. 



Rasa dia unik, tapi tak kena dengan tekak kakyan. Rasa nak bergaduh nak habiskan nasi lemak tu.. haha

🏕Kea Farm

Shopping time! Haa kalau boleh kat Cameron ni tahan nafsu, dekat tempat lain nampak strawberry ke, jagung ke, teh ke.. Jangan beli, walaupun kat pasar malam. Beli dekat Kea Farm je. 

Sebabnya kat sini lah dijual dengan harga borong. Jagung kena beli dekat area dalam sikit, sebelah kedai pokok Cactus, situ memang viral dia dedahkan Jagung Mutiara asli vs yang fake. 

Must try makanan kat sini Kambing Golek, jual betul betul kat tepi jalan selekoh. Dengan aiskrim strawberry, kedai dia berhadapan dengan kedai Kambing Golek ni. Dekat area jual pokok Cactus yang colourful




🏕Lata Iskandar

Lepas dah settle semua, masa untuk pulang! Kalau nak balik, kakyan cadangkan lalu tapah, sebabnya boleh singgah dekat Lata Iskandar ni. Kalau nak mandi-mandi pun boleh, tapi kena hati-hati lah. Sebab atas pengawasan sendiri.


Dekat sini pun ada jual kraftangan dari sekitar penduduk orang asli kat sini. Kalau berkenan boleh lah beli, sebab dah tak jumpa kedai dah nak balik nanti. 

6) TENTATIF 

kakyan lebih suka perjalanan terancang, jadi memang selalunya buat tentatif setiap kali travel. Takde lah nanti nak cancel-cancel, nak blur blur kan. Ni kakyan kongsikan tentatif yang anda boleh gunakan. 


🏕 Tentatif Cameron Highland🏕

🎊 17 Februari (Sabtu)🎊

8.00 pagi     :  Teh Boh Sungai Palas 
10.00 pagi.   :  Lavendar Farm
10.45  pagi   :  Big Red Farm + cactus farm
1.15 petang  :  Nasi Lemak Abang Strawberry
2.15 petang  :   Check In Hotel
4.15 petang  :   YZ Agro Farm 
6.30 petang :   Pasar Malam Brinchang
9.00 malam  :   Balik Hotel 
11.00 malam  :   Tidurrrr

🎊 18 Februari 2018 (Ahad) 🎊

10.00 pagi : Check Out Hotel / Sarapan
11.00 pagi  : MARDI
12.30 tghari  :Taman sedia
1.30 petang : Kea Farm

Oh ya, untuk kakyan sendiri dah menghadap syurga makanan dengan keadaan sejuk yang buat kakyan gatal-gatal. Benda-benda ni perkara yang wajib kakyan bawak. Takde lah spoil je mood kan.
 Lecithin dan Alfafa untuk detox sepanjang travel
Herbal Blend bantu hilangkan gatal-gatal

Nak order boleh tekan je link ni ya. 


Terima kasih membaca, semoga bermanfaat! 

0 comments:

Post a Comment