Jam baru pukul empat petang. Tapi setiap saat jam di dinding di kerling. Ibarat masa akan bergerak lebih pantas bila dijeling sentiasa. Habis je waktu office, dalam perjalanan balik rumah kalau boleh semua stall yang jual makanan tepi jalan nak disinggahnya. Alasan standard takut tak cukup waktu berbuka nanti. Hakikatnya nafsu menggoda iman.
Hadui macam mana dengan diet ni?
Ok bertenang bertenang. Untuk artikel kali ni kakyan nak kongsikan Tips Berbuka Tanpa Langgar Program Diet anda yang dah direncanakan sebelum puasa lagi. Ok jom baca.
1) KURMA
Sesuatu perkara tu kalau namanya sunnah Nabi s.a.w mesti ada hikmah dan keberkatan dari setiap sudut. Perkara pertama yang anda wajib makan selepas azan berkumandang adalah KURMA.
Kurma ni antara makanan yang boleh berikan kita rasa kenyang tau. Tapi janganlah sampai satu bekas tu anda bedal, dalam 2-3 biji pun dah cukup. Walaupun makanan sunnah, ia tetap mempunyai kalori yang patut orang berdiet hindarkan.
Kurma ni antara makanan yang boleh berikan kita rasa kenyang tau. Tapi janganlah sampai satu bekas tu anda bedal, dalam 2-3 biji pun dah cukup. Walaupun makanan sunnah, ia tetap mempunyai kalori yang patut orang berdiet hindarkan.
2) SOLAT MAGHRIB
Haa. Lepas makan kurma, teguk air segelas. Cepat-cepat pergi tunaikan solat maghrib, ye lah kan sebenarnya 5 minit pertama selepas azan adalah waktu yang sangat kritikal. Masa tu nafsu lapar semua berlumba-lumba nak tunjukkan perangai bila dengar je azan. Jadi baiklah kita undurkan diri pergi solat dulu, boleh cool down kan rasa nak terkam makanan yang membuak-buak tu kan?
3) FOKUS DAN STEADY
Walaupun makanan bersusun depan mata, set kan dalam minda makanan yang penting kita nak fokuskan. Of course lah makanan yang berkhasiat kan? Jangan fokus pada makanan-makanan yang ringan-ringan. Sebab mindset kita, bila makanan tu kecik mula lah nak makan banyak-banyak. Hakikatnya kat situ kita dah rugi pengambilan kalori yang kita boleh ambil. Lebih baik ambil makanan yang sedikit berat, tapi dalam jumlah yang terkawal. Bila kita dah kenyang, tak mahu dah pandang makanan lain kan?
4) AIR SUAM
Potong selera makan anda cepat-cepat dengan minum air suam. Dengan minum air suam, perut kita cepat kenyang. Jadi takde lah nak jamah-jamah makanan lain dah, Dah boleh fokus untuk terawih pulak kan?
Sentiasa ingatkan diri kita jangan curang dengan diet sendiri, disiplin dalam berdiet sangat penting. Barulah boleh cantik bergaya di hari raya kan. Semoga bermanfaat tips di atas.
Artikel berkaitan:
0 comments:
Post a Comment