Cara kekal kenyang dan aktif pada bulan ramadan

Bila sebut bulan Ramadan je, ramai membayangkan letih, lapar dan tak produktif. Sedangkan bulan Ramadan tu sendiri adalah bulan yang kita kena beribadat banyak-banyak. Untuk pastikan kita dapat lakukan ibadat dengan penuh fokus adalah dengan pastikan kita kekal bertenaga sepanjang hari.

Kali ni kakyan nak kongsikan tips untuk kek kenyang dan bertenaga sampai berbuka. 

1. MINUM BANYAK AIR

Eh bukan masa berpuasa ye, maksudnya selepas berbuka hingga ke sahur. Tapi bukan air manis ye. Minum air kosong supaya apabila badan mempunyai kandungan air yang mencukupi, badan kita akan kurang rasa letih. Tambah lagi, pada siang hari tak kan berlaku dehidrasi. 

2. SIBUKKAN DIRI DENGAN KERJA RUMAH.

Tips ni sesuai untuk mak mak, bila anak pergi sekolah mula lah terkenang ayam kukus, grill panggang lah, speghetti lah. Ye lah selalunya kalau anak pergi sekolah time tu lah nak berperang kat dapur.

Jadi untuk mengelakkan puasa anda menjadi makruh sebab banyak berangan. Isi lah masa tu dengan kemas apa yang patut kat rumah. Kalau cuaca tak panas, boleh lah berkebun kat luar tu. Kadang mak mak ni dah nampak pokok gemuk gemuk kat halaman, mula lah lupa diri. Terus berkebun sampai ke tengahari. Settle. 

3. SAMBUNG LAKUKAN AKTIVITI YANG TERTANGGUH

Kalau selalu time lapang mula lah mengonyel ngonyel, tak kira lah anda kat surirumah atau kerja kat pejabat. Jadi untuk isi masa tu boleh lah siapkan kerja tertunggak, kalau kat office siapkan semua kerja yang selama ni tak terbuat. Kalau surirumah yang berbisnes, boleh update blog ke, set up bisnes biar terancang. Dan yang paling penting penuhkan masa dengan baca al Quran. Pahala dapat, perut pun dapat bertenang dari berdendang sayang.

4.WINDOW SHOPPING

perkara paling nak elak masa bulan puasa adalah berjalan. Kalau boleh nak duduk kat rumah je seharian. Tapi sebenarnya akticiti tu lah yang dapat membakar kalori. Apa kata untuk habiskan masa, kita ajak teman ke shopping complex ke, boleh window shopping, lagipun takde lah panas kan kalau dalam shopping complex. 

Percayalah, dengan berwindow shopping, anda takkan perasan masa berjalan dengan lajunya.

5. BERSUKAN

perkara ni yang paling jarang orang nak buat, alasannya penat berpuasa. Hey, zaman nabi pergi berperang tau dalam bulan Ramadhan. Sebenarnya semua bergantung pada mindset kita. Kalau kita set, kita tak larat. Memang tak larat lah. Tapi sebenarnya boleh je kalau nak bersukan, sebab boleh habiskan masa dengan cepat. Balik rumah terus buka puasa je. 

Tapi dengan syarat kita minum air secukupnya sepanjang selepas berbuka puasa. Takut nanti dehidrasi pulak kan.

6.MAKAN MAKAN YANG SIHAT MASA BERSAHUR

Sahur perkara yang paling penting, sama macam sarapan pagi. Elakkan makanan pedas dan berminyak, kerana risau buatkan perut tidak selesa dan akan buat perut cepat rasa lapar. Lebihkan makanan yang kurang berminyak, sayur dan buah-buahan ketika sahur, supaya khasiat daripada makanan tersebut dapat tampung tenaga waktu siang nanti. 

Untuk membantu kekal bertenaga semasa bulan puasa kakyan cadangkan untuk ambil makanan tambahan terbaik ni. Atau kalau anda berniat untuk kurus sebelum raya, kakyan cadangkan untuk anda ambil set untuk cepat kurus ni.

Moga dapat membantu! Selamat menyambut bulan puasa.

0 comments:

Post a Comment