Perkara 'annoying' Menjadi Orang Yang 'Plus Size'


Semua orang mendefinisikan cantik itu mestilah putih, kurus, flawless, dengan definisi tersebut ramai gadis-gadis berusaha untuk menepati ciri-ciri itu. Ada yang hinggakan sanggup buat apa saja supaya cantik di mata orang. Hal ini sangat membahayakan kerana boleh merisikokan nyawa. Gadis yang mempunyai badan yang kategori plus size termasuk dalam golongan yang berusaha untuk bergelar si cantik. Tapi ramai yang hilang keyakinan diri kerana gagal untuk menepati kriteria tersebut.

Sesiapa yang pernah merasai mempunyai badan yang berisi pasti tahu kesusahan yang mereka rasai. Proses menurunkan berat badan bukanlah proses yang mudah. Ia makan masa dan perlukan banyak pengorbanan. 

Jadi kali ini kakyan nak ajak pembaca menyelami perasaan mereka yang mempunyai badan yang berisi dengan menyenaraikan perkara yang paling tidak disukai oleh mereka yang mempunyai badan yang comel. Jom baca.

1) PEHA BERLAGA

Perkara paling tak disukai oleh orang yang plus size adalah peha berlaga. Berapa banyak seluar yang terkorban gara-gara peha yang berlaga? Stress bila seluar koyak di celah peha tapi kondisi seluar masih elok. Kalau pakai kain lain pulak halnya, mulalah melecet di celah peha. Sangat terseksa rasa, tambahan pulak kalau anda pelajar universiti, kelas pagi sampai petang. Sepanjang waktu tu lah menahan rasa sakit disebabkan kemelecetan itu.

2) HARI RAYA ADALAH HARI STRESS SEDUNIA

Anda setuju tak dengan kakyan wahai mereka yang mempunyai saiz badan yang chumel. Dulu takde jual baju online ni, semua kena jalan kedai ke kedai. Bila minat satu baju tu tanya size, mesti size takde. Dahlah dengan puasanya, hati dah berkenan size takde pula. Kalau ada pun yang besar, design tak cantik langsung. Stresslah jadinya  bila hari raya baju design standard macam makcik makcik punya baju je. Ye lah tu je ada yang besar. 

Hari raya semonyok je muka, jeolousnya tengok orang lain pakai baju semua lawa-lawa!


3) HARI SUKAN? A BIG NO!

Zaman persekolahn ke zaman universiti ke memang tak terlepas dengan aktiviti fizikal. Kalau dulu masa hari sukan, memang suka pergi tandas sentiasa sebabnya nak elak kena lari dekat padang. Malu lah orang tengok kita lari! Dah lah belakang sekali. Ya ampun.

Kalau zaman U lain pula ceritanya, kalau ada kem ke mesti ada aktivit Hiking. Rasa nak pura-pura pengsan masa tu juga, sebab kalau ikut hiking mesti jadi orang belakang sekali. Tak suka! Nak bawa badan sendiri naik bukit atau gunung memang tak larat kalau mempunyai badan yang besar, tambah pulak memang cepat letih kalau buat aktiviti yang agak berat kan?

4) MAKCIK BAWANG

Perkara ni selalu terjadi, setiap kali jumpa mesti ayatnya 

"Eh, awak makin berisi lah nampak, tak jaga makan ke?"

Yang tu ok lagi, ada yang cakap " Eh dulu dah kurus sikit, ni dah gemuk balik dah" Rasa nak buat backflip je kan? Masa badan kita susut haram pun tak puji, dah naik balik pandai pulak mengkondem kan? Perkara ni sebenarnya membuatkan seseorang tu hilang keyakinan diri. Kalau lalu di kawasan ramai orang pun kalau boleh nak sorok belakang orang lain, segan orang pandang kita. Padahal orang tu sikit pun tak pandang kita.


Menjadi diri sendiri adalah perkara paling selamat yang kita boleh pilih. Kita boleh pilih untuk pekakkan telinga tentang kata-kata orang, tapi perlulah kita berusaha juga membuktikan yang kita pun boleh. 

Bulan puasa ni masa paling sesuai untuk kita ubah diri kita, nanti raya boleh flipshawl depan mata makcik makcik bawang tu. Ehe gurau je. Kita boleh kembalikan keyakinan kita nak jumpa orang masa raya nanti kan.

Kakyan ada tulis beberapa artikel mengenai cara kuruskan berat badan, boleh pilih je kat link bawah ni. Semoga bermanfaat ya!


0 comments:

Post a Comment