Perut Kempis dengan Cara Semulajadi dan Pantas


Stress rasanya apabila naik penimbang, berat badan tak lah terlalu banyak. Tapi perut ya ampun, macam orang yang tak bersalin-bersalin. Malu rasa kalau orang tegur. 

Jom kakyan kongsikan cara kempiskan perut dengan cara tradisional dan cepat.

1) AIR LIMAU

Air limau memang tak lekang disebut kalau berkaitan dengan penurunan berat badan. Untuk dapatkan perut kempis dengan cara lebih berkesan adalah dengan cara minum limau setiap pagi dan selepas makan.

Air limau dapat membantu tingkatkan enzim yang menyahtoksinkan hati supaya ia boleh berfungsi dengan baik.

2) TEH HALIA

Teh halia selalu dikaitkan dengan buang angin, tapi ia juga berkesan juga untuk kempiskan perut. Minum teh halia dapat meningkatkan suhu badan badan anda.  Jadi ia dapat membakar lemak dengan efisien terutamanya tang perut tu. 

3) AIR SERAI

Air serai ni juga pernah viral beberapa ketika di facebook.  Air Serai ni paling mudah dan simple untuk detox badan. Ia dapat kecilkan perut dan hilangkan angin dengan cepat. Resepi boleh tengok dekat sini.

4) MINUM AIR KOSONG

Dengan banyak minum air kosong metabolisme dapat berjalan dengan lancar. Punca perut buncit ialah daripada timbunan lemak pada bahagian perut. 

Dengan banyak minum air dapat bantu keluarkan 'sampah dalam badan' secara semulajadi. Jadi minum air putih yang banyak dapat membantu  kempiskan perut.


5) JAMU(HERBA)

Jamu merupakan minuman tradisional yang diperbuat daripada herba dan rempah. Terdapat beberapa herba yang dapat bantu untuk kempiskan perut anda. Tapi ramai orang tak sanggup makan jamu sebab baunya yang sangat menyengat kat hidung. Ada herba moden yang dapat atasi masalah bau ni tapi sangat berkesan. Boleh tengok kat artikel kakyan kat sini.


Semoga bermanfaat dan semoga berjaya!

0 comments:

Post a Comment