Apabila sebut mengenai penyakit gastrik, rata-rata yang dah pernah merasakannya terus berasa ngilu pada perut masing-masing. Macam kita tahu, gastrik ni boleh merosakkan lapisan dalam perut kita. Gastrik ni juga berikan kesan yang amat buruk pada badan seseorang.
Gastrik ni merupakan sakit dibahagian perut yang membuatkan seseorang tu boleh berguling-guling menahan sakit. Penyakit gastrik ni terdiri daripada 3 jenis iaitu:
1. Gastritis ringan : Inflamasi (Pembengkakan ) pada bahagian lapisan perut bersentuhan dengan makanan
2. Gastritis berat : Berlaku kecederaan (luka) berpanjangan pada bahagian lapisan perut yang bersentuhan dengan makanan
3. Ulser Gastrik( Peptic Ulcer) : Merujuk kepada ulser perut. Ulser memberi maksud sejenis luka terbuka. Darah boleh dikesan melalui muntah ataupun najis.
Ini antara tanda-tanda gastrik yang tinggi dalam badan seseorang:
1. Kembung perut
Kembung perut adalah disebabkan perut kita merembeskan asid penghadaman terlalu berlebihan akibat daripada kerosakan saraf di dinding perut bahagian dalam. Asid yang berlebihan tersebut melalui usus dan bertindak balas dan membentuk gas atau angin perut dan seterusnya menyebabkan usus menjadi tegang dan kembung.
2. Pedih Ulu Hati
Pedih ulu hati pula merupakan satu keadaan apabila kandungan asid dalam perut masuk ke dalam saluran pemakanan (esofagus) mengganggu makanan yang dihadam. Maka, keadaan ini mengakibatkan ketidakselesaan kepada mereka yang menghadapinya dan merasa seperti terbakar di bahagian dada ataupun tekak.
3. Kerap Muntah
Antara tanda-tanda yang sangat ketara, apabila sampai ke tahap kerap muntah. Selalunya muntahnya berwarna jernih, kuning ataupun kehijauan, mempunyai darah sedikit, ataupun muntah darah bergantung kepada tahap keseriusan gastrik mereka.
4. Hilang Selera Makan
Apabila gastrik mula menyerang, badan akan mula berasa lemah dan lesu kerana menahan sakit. Selera makan mula menghilang kerana badan terlalu letih dan lemah.
Cara Atasi Gastrik dengan Mudah dan Selamat
Macam-macam cara dan kaedah untuk mengurangkan atau mengatasi kesakitan akibat gastrik ni. Kakyan kongsikan beberapa cara dan petua untuk menghilangkan gastrik dengan mudah dan selamat.
1. Halia
Halia antara tumbuhan yang mengandungi agen-agen anti inflamotari yang membantu untuk merehatkan atau meredakan otot-otot di sekitar perut dan saluran penghadaman anda. Halia juga dapat membantu untuk mengeluarkan angin dalam perut sekaligus membantu meredakan perut akibat gastrik. Halia merupakan satu ramuan yang boleh menghilangkan gastrik dengan mudah dan selamat.
2. Makanan tawar
Ramai orang yang salah faham, dengan mengaitkan apabila gastrik je tak boleh makan. Tapi sebenarnya pada waktu ini sangatlah penting untuk anda tidak membiarkan perut anda kosong. Untuk melegakan perut saat dilanda gastrik, seeloknya pilih makanan yang mudah cerna dan tawar supaya tidak menambah kesakitan dalam perut anda.
3. Air Limau Panas
Air limau antara air yang melegakan dan selalunya diamalkan untuk melegakan perut. Petua ini boleh diamalkan untuk sakit perut di mana makanan tidak dicerna di dalam perut dengan betul. Air limau panas boleh menggalakkan penghasilan asid hidroklorik dalam badan untuk mencerna makanan di dalam perut, sekaligus dapat melegakan perut dari kesakitan.
4. Cuka Epal
Kadang kadang penyakit gastrik juga berpunca dari gastrik yang mengakibatkan asid dalam perut berada di tempat yang sepatutnya. Ia lalu menyebabkan kandungan asid dalam perut yang diperlukan di dalam perut semakin berkurangan. Tips supaya mengamalkan cuka epal adalah untuk menstabilkan kandungan asid dalam perut dan dapat membantu makanan untuk dicernakan dengan baik. Cumanya mestilah membancuh dengan air yang lebih supaya tidak terlalu tajam dan masam.
ESP SHAKLEE, Produk Untuk Hilangkan Gastrik dengan Cepat dan Sihat
ESP adalah kaya dengan kacang soya terpilih yang bersifat alkali. Ia mampu membantu meneutralkan lebihan asid hidrolik yang dikeluarkan oleh kelenjar perut punca gastrik itu. ESP juga mengandungi protein yang tinggi yang mana boleh membantu sistem pencernaan untuk bekerja dengan baik kerana sistem pencernaan kita mula berfungsi apabila wujudnya protein dalam perut.
ESP juga dapat membantu untuk membina sel-sel badan yang baru menggantikan sel lama yang rosak akibat hakisan oleh asid hidrolik semasa proses pencernaan berlaku.
Ikuti pengalaman penghidap gastrik ini yang sembuh apabila mengamalkan ESP.
"Saya ni menghidap gastrik sejak sekolah rendah lagi. Bertahun tahun menderita gastrik dan angin. Saya kenal ESP sejak mengandungkan anak ke 2, mulanya saya ambil untuk kurangkan diabetes yang dialami sewaktu mengandung. Alhamdulillah bacaan gula turun ke normal, masalah angin berkurang. Dan saya mula perasan, gastrik makin kurang menyerang. Malah sekarang ini, tiads lagi gastrik. Alhamdulillah"
Natrah Mohamed, Bangi
Tq info 😍😍
ReplyDelete