Obesiti merupakan keadaan badan bila mana lemak badan terlalu berlebihan terkumpul dalam badan seseorang lalu menyebabkan kesihatan mereka terjejas. Indikator yang menentukan seseorang tu obes atau dalam keadaan badan yang normal adalah melalui kiraan BMI mereka. Anda boleh semak BMI anda di sini. Jika BMI anda lebih dari 30, anda merupakan salah seorang yang ditahap Obes.
Obesiti boleh menyebabkan seseorang mengalami tempoh gelap dalam hidup mereka sehinggalah mereka keluar dari kelompok obesiti tersebut. Kali ni kakyan nak kongsikan kesan obesiti terhadap tubuh badan manusia.
1) DIABETES
Penyakit yang popular sering dikaitkan dengan obesiti adalah penyakit diabetes atau kencing manis. Pengambilan gula yang berlebihan dan malas bersenam lebih memudahkan seseorang terdedah kepada banyak risiko penyakit. Gula turut menjadi punca seseorang terkena penyakit kencing manis tahap dua. iaitu melibatkan kegagalan ginjal, tulang rapuh, hati, kemurungan dan boleh dikaitkan dengan tumor darah.
2) SAKIT JANTUNG
Tahukah anda di jantung kita juga terdapat lemak yang menyaluti yang jika terlalu tebal boleh menyebabkan tubuh badan kita tidak dapat oksigen yang mencukupi.
Seseorang yang mengalami obes, meletakkan diri mereka dalam bahaya kerana terlalu dekat dengan risiko penyakit seperti serangan jantung, mati mengejut, dan sakit dada. Mereka yang mempunyai berat badan berlebihan juga mempunyai peratus yang tinggi untuk dapat penyakit tekanan darah tinggi.
3) KANSER
Golongan obesiti juga mempunyai risiko yang tinggi terhadap pelbagai jenis kanser, seperti kanser perut, prostat, buah pinggang dan kanser payudara.
4) TEKANAN PERASAAN
Seseorang yang obesiti juga mempunyai kemungkinan mengalami tekanan perasaan kerana sering diejek dan di pandang rendah. Mereka juga menganggap diri mereka tidak menarik lalu menyebabkan kurang keyakinan kepada diri. Hal ini menyebabkan mereka mengalami depresi. Mental Markus M (2002) menyatakan kesan sampingan obesiti termasuklah gangguan kesihatan mental.
CARA PENCEGAHAN
Jelas, obesiti bukanlah penyakit yang berada di tahap normal, tapi ia menyebabkan kesan yang amat buruk. Kita haruslah mengelakkan kita berada di golongan mereka yang obes. Untuk cara pencegahan obesiti, anda boleh klik di link bawah ni.
Cara Atasi Obesiti
Atasi Obesiti Dengan Cara Mudah
Semoga dipermudahkan urusan anda keluar dari kelompok mereka yang obesiti.
Jelas, obesiti bukanlah penyakit yang berada di tahap normal, tapi ia menyebabkan kesan yang amat buruk. Kita haruslah mengelakkan kita berada di golongan mereka yang obes. Untuk cara pencegahan obesiti, anda boleh klik di link bawah ni.
Cara Atasi Obesiti
Atasi Obesiti Dengan Cara Mudah
Semoga dipermudahkan urusan anda keluar dari kelompok mereka yang obesiti.
0 comments:
Post a Comment