Jika anda nak turunkan berat badan dan kekal fit, salah satu cara untuk membantu anda adalah dengan menggunakan smartphone anda. Sekarang ni dah banyak aplikasi yang boleh bantu anda keep track pengambilan kalori dan pembakaran kalori untuk mencapai target penurunan berat badan anda dan kekalkan gaya hidup yang sihat.
Jika anda pengguna android, terdapat banyak aplikasi percuma yang ada dalam Playstore untuk menurunkan berat badan. Terdapat 5 aplikasi yang terbaik untuk turunkan berat badan anda.
MyFitnessPal antara aplikasi yang popular untuk pengiraan kalori yang dapat membantu anda susun semula pengambilan makanan dan minuman, dan juga untuk senaman. Aplikasi ini menyediakan lebih 6 million data makanan yang membolehkan anda cari secara manual ataupun scan barcode . Ia akan terus paparkan jumlah kalori yang terdapat dalam makanan tersebut, dan berikan anda jumlah kalori yang berbaki untuk anda ambil pada hari tersebut. Ia juga boleh rekod jumlah air yang anda sudah ambil pada hari tersebut.
Untuk pertama kali menggunakan aplikasi ini, anda akan dikehendaki untuk masukkan beberapa info tentang diri anda termasuk tarikh lahir, tinggi dan berat, target berat badan dan berapa banyak kg anda ingin turunkan setiap minggu.
2. Run Distance Tracker
Aplikasi ini juga sangat bagus untuk rekod exercise anda setiap hari. Aplikasi ini merekodkan info seperti, jarak anda larian anda, masa larian anda, dan jumlah kalori yang dibakar. Ia juga membolehkan anda lihat rekod larian anda secara purata, sangat bagus untuk anda buat perbandingan larian anda perbaiki masa larian contohnya.
3. 30 Days Fitness Challenge
Bagi yang ingin hasil penurunan berat badan lebih cepat, anda boleh muat turun aplikasi ini dan mulakan workout anda dari dalam rumah sahaja.
Aplikasi ini menawarkan lima jenis workout iaitu, Full Body Workout, Abs Workout, Butt Workout, Arm Workout dan Leg workout. Untuk mereka yang masih mempunyai badan yang berisi, kakyan cadangkan untuk ambil Full Body Workout untuk pecahkan lemak di setiap inci badan.
Mulakan workout anda dengan Easy Plan 1 dan ikut jadual yang ditetapkan hingga selesai Hard Plan 2. Aplikasi ini juga membolehkan anda masukkan berat badan anda terkini, dan ia akan paparkan graf penurunan berat badan anda untuk dianalisis.
3 Aplikasi ini sangat basic untuk rekod pemakanan anda, rekod info larian anda, dan terakhir rekod info workout anda. Aplikasi ini boleh menjadi salah satu cara untuk bantu anda menurunkan berat badan dengan berjaya. Perkara paling penting sekali adalah disiplin, anda disiplin, anda jaga makan, anda bersenam. InsyaAllah anda semakin melangkah ke berat badan idaman anda.
Anda juga boleh amalkan supplemen untuk membantu pembakaran lemak lebih cepat, dan bantu anda mendapatkan nutrisi yang sesuai untuk menurunkan berat badan. Anda boleh baca di sini :
Cara Pengambilan Vitamin Kurus Yang Betul
Semoga perkongsian ini dapat membantu anda menurunkan berat badan dengan lebih tersusun. Selamat mencuba!
Semoga perkongsian ini dapat membantu anda menurunkan berat badan dengan lebih tersusun. Selamat mencuba!
0 comments:
Post a Comment