Bahaya Anemia Sehingga Boleh Bawa Maut

Anemia ialah satu keadaan apabila anda tidak mempunyai sel darah merah yang kurang sihat untuk membawa oksigen yang cukup kepada seluruh tisu dalam badan manusia. Anemia menyebabkan anda mudah merasa letih dan lesu.

Terdapat pelbagai jenis penyakit anemia, bergantung pada punca ianya berlaku. Anemia boleh jadi sementara waktu ataupun dalam jangka masa yang panjang. Sekiranya anda suspek anda mempunyai penyakit anemia, jalan terbaik adalah dengan segera berjumpa doktor untuk mengelakkan penyakit yang lebih berisiko.

SIMPTOM

Terdapat beberapa tanda dan simptom anda mempunyai penyakit  anemia, iaitu:

  • Keletihan yang kerap
  • Lesu
  • Kulit yang pucat
  • Degupan jantung tidak normal
  • Nafas yang pendek
  • Pening kepala
  • Sakit dada
  • Kaki dan tangan sejuk
Jika anda mendapati terdapat beberapa tanda di atas anda ada mengalaminya, segerakan untuk bertemu dengan doktor. Sesetengah penyakit anemia seperti kekurangan zat besi atau kekurangan vitamin B adalah penyakit yang biasa.

Keletihan yang kerap mempunyai banyak punca selain anemia, jadi jangan mudah membuat tanggapan jika anda mudah letih itu adalah anemia. Ada sesetengah pesakit dapat kesan mereka mempunyai penyakit anemia apabila ingin mendermakan darah, dan mereka tidak boleh berbuat sedemikian kerana hemoglobin agak rendah. Jika anda tidak dibenarkan derma darah kerana sebab tersebut, sila jumpa doktor dengan segera.

PUNCA ANEMIA

Anemia boleh berlaku apabila sel darah pesakit tidak mempunyai jumlah darah merah yang mencukupi. Ianya boleh berlaku jika:

  • Badan anda tidak menghasilkan sel darah merah yang mencukupi
  • Pendarahan yang menyebabkan anda kehilangan banyak darah merah sebelum sempat ia digantikan.
  • Badan anda sendiri yang memusnahkan sel darah merah.
JENIS JENIS ANEMIA DAN PENYEBABNYA

  • Iron dificiency anemia. Jenis ini merupakan anemia yang paling biasa berlaku pada manusia yang berlaku kerana kekurangan zat besi dalam badan. Tulang sumsum setiap manusia perlukan zat besi untuk hasilkan hemoglobin. Tanpa zat besi yang cukup, badan anda tidak boleh hasilkan hemoglobin yang cukup untuk sel darah merah. 
         Tanpa zat besi tambahan, jenis anemia ini selalunya berlaku kepada ramai wanita 
         yang mengandung. Ia juga boleh berlaku akibat kehilangan darah, sebagai contoh 
         pendarahan ketika hamil, ulser dan kanser.

  • Vitamin dificiency anemia. Selain zat besi, badan kita memerlukan folate dan vitamin B-12 untuk menghasilkan sel darah merah yang cukup sihat. Pemakanan dalam siet yang kekurangan vitamin vitamin ini boleh menyebabkan kemerosotan penghasilan sel darah merah. 
  • Anemia of Chronic Disease. Sesetengah penyakit seperti kanser, HIV.AIDS, penyakir buah pinggang dan penyakit keradangan yang kronik yang lain boleh mengganggu penghasilan sel darah merah.
  • Alastic Anemia. Jenis anemia ini penyakit yang jarang berlaku, anemia ini boleh meragut nyawa apabila badan anda tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang mencukupi. Penyebab aplastic anemia termasuk lah jangkitan, ubat-ubatan, penyakit auto-imun dan terdedah dengan toksik kimia.
  • Anemia berkenaan dengan penyakit sumsum tulang. Kebanyakan penyakit seperti leukimia dan myelofibrosis boleh menyebabkan anemia kerana memberi kesan kepada penghasilan darah di dalam tulang sumsum manusia. 
  • Hemolytic anemias. Jenis anemia ini terjadi apabila sel darah merah termusnah lebih pantas. Sesetengah penyakit darah meningkatkan kemusnahan sel darah merah. Anda berpotensi mendapat anemia jenis ini kerana keturunan atau anda boleh menjadi punca sendiri.
  • Sickle cell anemia. Jenis penyakit anemia yang ini disebabkan oleh hemoglobin yang rosak yang memaksa sel darah merah untuk menganggap bentuk sabit yang tidak normal. Sel-sel darah yang tidak teratur ini mati secara sedikit demi sedikit, menyebabkan kekurangan sel darah merah.

KESAN ANEMIA

Anemia boleh menyebabkan banyak masalah kesihatan seperti:

  • Keletihan yang Melampau. Apabila penyakit anemia semakin teruk, anda mungkin akan berasa terlalu letih sehingga anda tidak dapat selesaikan tugasan harian.
  • Komplikasi Ketika Hamil : Ibu hamil dengan penyakit anemia jenis kekurangan folate akan menyebabkan komplikasi ketika hamil  seperti kelahiran bayi yang tidak matang.
  • Masalah Jantung.  Anemia boleh menyebabkan degupan jantung yang terlalu laju ataupun degupan yang tidak menentu.  Apabila anda mempunyai penyakit anemia, jantung anda akan pam darah yang lebih banyak untuk mengimbangi kekurangan oksigen di dalam darah anda.
  • Kematian. Sesetengah anemia yang didapati secara keturunan, seperti 'Sickle Cell Anemia' boleh menjadi sangat serius sehingga komplikasi mengancam nyawa. Kehilangan darah dengan cepat dan banyak sangat berbahaya sehingga boleh mengancam nyawa.

PENCEGAHAN

DAPATKAN KAUNSELING - Jika keluarga anda mempunyai sejarah keturunan anemia, jumpa doktor dengan segera untuk dapatkan nasihat berkenaan risiko kepada anda dan kepada bakal anak anda.

AMBIL MULTIVITAMIN - Jika anda mengambil berat dengan kepentingan mengambil vitamin daripada makanan yang anda makan, boleh bertanyakan kepada doktor tentang multivitamin yang sesuai untuk anda.

PENGAMBILAN VITAMIN TAMBAHAN

Banyak jenis anemia yang tidak boleh dielakkan. Tetapi anemia jenis kekurangan zat besi dan vitamin boleh di elakkan melalui cara mengambil makanan tambahan dari pelbagai jenis vitamin dan nutrisi. Termasuk:

  • Zat Besi. Makanan kaya dengan zat besi termasuk daging lembu dan jenis daging lain, kekacang, bijiran yang kaya dengan zat besi, sayur-sayuran berdaun hijau gelap dan buah-buahan kering.
  • Folate. Nutrisi folate ini adalah asid folik yang boleh ditemui pada buah-buahan dan jus buah-buahan, sayur-sayuran berdaun hijau gelap, kacang hijau, kacang tanah dan produk bijiran yang kaya, seperti roti, bijiran, pasta dan beras.
  • Vitamin B-12. Makanan yang kaya dengan vitamin B-12 termasuk daging, produk tenusu dan produk soya
  • Vitamin C. Makanan yang kaya dengan vitamin C termasuk buah citrus dan jus, lada, brokoli, tomato, tembikai dan strawberi. Item ini membantu dalam meningkatkan penyerapan zat besi.

BAGAIMANA SHAKLEE DAPAT MEMBANTU ANDA.




Vita Lea : 
Mengandungi zat besi yang membantu pembentukan sel darah merah dan menghasilkan sel darah yang sihat. Zat besi menjadi sebahagian daripada struktur hemoglobin yang membawa oksigen ke tisu dan sel

B-Complex:
Meningkatkan sel darah merah dan hemoglobin. Shaklee B-Complex lengkap dengan 8 kumpulan vitamin termasuk B12 dan folat

Vitamin C Sustained Release:
Membantu penyerapan Vitamin B12 dan Zat besi. Vitamin C juga membantu pengeluaran hemoglobin dan meningkatkan pertahanan badan.

TESTIMONI SHAKLEE ATASI ANEMIA





Anda mengalami masalah anemia? Mungkin ini masanya untuk anda buat perubahan. Jom Klik icon di bawah ni, jika anda berminat. 


                                       





                                                           KakYan (1268629)
Pengedar Shaklee, Bakri Muar


Instagram :shakleebykakyan

0 comments:

Post a Comment