Bisnes Online Yang Mudah dan Fleksibel Untuk Student



Masa zaman kampus, dilema yang sering berlaku kepada pelajar-pelajar universiti adalah dilema antara  pelajaran dan mak ayah. Pelajaran sudah tentu memerlukan kos yang tinggi, terutamanya mereka yang ambil bidang yang memerlukan kos yang tinggi seperti Architecture dan Art and Design. Bidang seperti ini selalunya memerlukan kos yang tinggi kerana kerap mempunyai projek dalam menghasilkan produk yang berbentuk visual. Contohnya seperti Bidang Fesyen, projeknya selalu melibatkan penghasilan beberapa helai baju yang setiap satunya memakan kos sehingga beratus-ratus ringgit! Itu baru untuk satu semester, selalunya setiap semester terdapat tema baju yang berlainan. Pengsan mak. Selalu juga kakyan terdengar keluhan kawan-kawan sekampus apabila at last terpaksa juga minta pada mak ayah duit tambahan walaupun dapat bantuan kewangan seperti PTPTN, MARA dan biasiswa-biasiswa lain. Susah nya nak survive hidup zaman universiti ni!


Mereka yang bijak, mulalah mengatur langkah untuk cuba-cuba berkerja part-time, walaupun untung tidak lah terlalu tinggi. Tapi boleh lah untuk topup duit makan seminggu. Kalau zaman kakyan belajar dulu, antara kerja part-time yang kawan-kawan kakyan ada buat adalah berniaga kuih dan COD dari bilik ke bilik, jual prepaid topup, kerja di kedai runcit dan banyak lagi. Semua memerlukan masa dan tenaga kan?

Kek Batik Cadbury


Antara semua pelajar kampus yang berkerja part-time, kakyan salah seorangnya. Tapi kakyan tak suka kerja yang interact dengan orang ni. Kakyan lebih suka berbisnes di alam maya. Cewah. Kakyan mulakan dengan buat bisnes Kek Batik Cadbury, walaupun masa tu kosong ilmu tentang bisnes tapi kakyan bedal je, promote kat facebook, kumpul order. Lepastu gigih setiap kali balik kelas singgah kedai beli bahan. Kalau ada rezeki dapat lah bas nak balik rumah, kalau takde rezeki, menapak lah jalan kaki dengan barang penuh kat tangan balik kat Perumahan Flat Seksyen 7 tu. Tapi bisnes tu dapat bertahan setahun je, sebab lepastu kakyan dah pindah UiTM Jasin. Dah susah nak berniaga, atau kata mudahnya, dah takde mood nak berniaga sebab kena start dari bawah balik untuk perkenalkan produk kita pada market place yang baru.


Kalaulah Tahu Ada Bisnes Modal Serendah ini.....

Serius dulu kakyan tak tahu pun ada bisnes yang tak perlukan modal tinggi-tinggi pun, ingatkan semua bisnes perlukan modal besar-besar. Tapi dalam bisnes Shaklee modal serendah RM65 ringgit je! Kalau dapat PTPTN tu boleh sangat nak daftar, sebab bayaran sekali je seumur hidup. Tapi boleh dapat pulangan modal dan bonus sehingga 4-5 angka sebulan. Bukan setakat cukup, tapi lebih daripada cukup. Silap-silap kita boleh bagi mak ayah pulak duit belanja setiap bulan. Whoaa.


Shaklee ni produk yang dah sangat establish kat Malaysia dan kat dunia ni tau. Kat dunia dah 100 tahun bertapak, kat Malaysia pula dah masuk 60 tahun tau!. Produk ni sendiri dah sangat terkenal dan terbukti kebaikannya, jadi memang sangat sesuai dan mudah untuk jual kepada pengguna di luar sana.

Kenapa Awak Perlu Pilih Bisnes Shaklee Sebagai Side Income Awak?


1. Modal nak mula bisnes sangat rendah.  RM65 je, memang murah sangat. yang paling penting bayaran sekali seumur hidup. Tiada caj caj yang tersembunyi. Awak boleh dapat semula modal awak pada bulan pertama jika awak ikut step-step yang disediakan. Best kan?

2. Tak Perlu Simpan Stok. 

"Saya duduk hostel, macam mana saya nak simpan stok Shaklee ni". 

Ni lah sebab awak perlu pilih bisnes Shaklee ni, sebab anda TAK PERLU SIMPAN STOK. Kakyan tak tipu tau, sebab once awak mula bisnes Shaklee ni. Semuanya diuruskan oleh HQ secara online, awak order online, HQ akan pos sehingga ke depan rumah customer awak. YANG PALING BEST nya lagi, walaupun awak order barang tu banyak untuk seorang customer, caj postage tetap RM10!  Tak perlu tambah duit sebab barang overweight ke. Fuh best betull.

3. Semuanya di hujung jari

Antara perkara yang menjadi kekangan pelajar-pelajar universiti ni adalah masa.  Jadi Shaklee ni memang sesuai untuk awak, awak tak payah keluar jumpa customer, kalau awak jenis pemalu pun tak de masalah, boleh promote produk Shaklee melalui online je. Macam macam medium ada sekarang, facebook, instagram, twitter, whatsapp. You name it. Tinggal nak pilih je. Melainkan awak memang jenis talkative, sambil sambil beratur withdraw duit pun boleh close deal. Memang wow sangat lahh.

4. Kelas Nutrisi dan Kelas Bisnes Yang Non-Stop

"Saya bukan budak medic, tak reti lah nak jual produk kesihatan ni"

Jangan risau, Shaklee sentiasa sediakan kelas nutrisi oleh nutrionist Shaklee sendiri. Setiap produk akan diterangkan fungsi dan kebaikan kepada awak. Selok belok bisnes pun akan selalu ada kelas untuk memantopkan bisnes awak. Dan kebanyakannya adalah kelas secara online. Boleh jimatkan masa awak lagi. Fuhh.


Antara kelas yang disediakan bawah team kakyan.


SAYA NAK START BISNES SHAKLEE SEKARANG, BOLEH KAKYAN AJAR SAYA?

Of course lah boleh, tapi awak kena janji untuk bagi komitmen, rajin dan kesungguhan  untuk pecahkan beberapa tembok dalam hidup awak. Sebenarnya kita ni nak berjaya bukan tak boleh, tapi kita terkurung dalam tembok yang kita sangkakan batu, tapi rupanya diperbuat daripada kayu je. Lah mudah je nak pecahkan rupanyaa. 

Kalau awak memang yakin awak mampu pecahkan beberapa tembok, kakyan janji akan guide awak. Sebab bisnes Shaklee ni awak tak perlu risaukan tentang produk, sebab produk Shaklee memang dah tiptop. Tapi awak perlu fokus pada usaha awak sendiri untuk kembangkan bisnes awak, untuk awak. Untuk awak capai impian awak, untuk awak bantu diri awak.


Kalau berminat, jom whatsapp kakyan sekarang. Berhenti bertangguh, itu antara ciri-ciri orang berjaya!

Jom klik icon kat bawah ni




KakYan : Founder of Awakeen Legacy

Instagram :shakleebykakyan


0 comments:

Post a Comment