6 Perkara Anda Patut Hindar Untuk Kurus Sebelum Raya

Dalam keghairahan perjalanan untuk menurunkan berat badan sebelum syawal, ramai yang berusaha keras supaya merasa konfiden berhadapan dengan orang pada hari raya, dan sebab lain yang kuat semestinya untuk tampak cantik dengan.



Namun ada juga yang mula stress apabila berat badan tidak berubah atas mesin penimbang walaupun dah expect untuk ada penurunan dalam angka yang banyak minggu tersebut. Pernah tak terfikir, atau berhadapan dengan situasi ni semasa proses penurunan berat badan? Haa, mungkin anda patut semak semula perjalanan diet anda, mungkin ada beberapa pantang larang yang telah anda langgar.

Diet pun ada pantang larang?  Semestinya! Bayangkan selama 25 tahun contohnya anda hidup, macam-macam makanan anda makan sebelum ni. Apabila diet anda tak boleh expect untuk terus turun berat badan. Proses penerimaan makanan mungkin perlukan sedikit masa untuk adjustment. 

Jom semak  perkara yang anda patut elakkan untuk berjaya kurus sebelum raya!

1) Pengamalam diet yang kurang nutrisi.

Ramai orang di luar sana silap faham tentang diet, apabila sebut tentang diet je mula fikir tak perlu makan. Hanya ambil buah sepanjang hari. Hakikatnya cara diet itu salah, sepatutnya sebelum memulakan program diet, anda perlu kira jumlah pengambilan kalori yang sepatutnya untuk badan anda. Dengan pengambilan kalori yang mengikut jumlah sepatutnya, anda tidak perlu terseksa sepanjang hari dek kerana lapar yang melampau.

2) Cheat Day

Orang-orang yang diet mesti familiar sangat dengan word ni kan? selalunya hujung minggu mesti mereka ambil kesempatan untuk keluar dari kepompong diet, dan mula makan yang tidak sihat. Terma cheat day sepatutnya dielakkan oleh mereka yang berdiet melainkan berhadapan dengan situasi yang tak dapat dielakkan. Ada orang dalam sebulan, 4 kali cheat day. setiap hujung minggu je cheat day, padahal dalam 5 hari itu, tiada penurunan berat yang banyak. Apabila terlalu kerap cheat day, kemungkinan diet anda akan mula tidak menampakkan hasil.

3) Tidak berdisipilin

Perkara asas bagi mereka yang berdiet adalah DISIPLIN. Disiplin dari segi pengambilan makanan pada waktu yang ditetapkan, ikut jadual makanan yang sepatutnya, ikut jadual senaman dan jika ambil supplemen, makan supplemen mengikut dos yang diberikan. Jika anda tidak berdisiplin, badan anda susah menerima arahan untuk bekerja mengikut proses diet anda. Contohnya jika anda bersenam seminggu hanya sekali, kemungkinan otot anda tidak menjadi biasa dengan rutin yang anda lakukan, ini menyebabkan proses pembakaran lemak susah berlaku.

4) Muntah secara paksa.

Perkara ini juga sering kita dengar. Selalunya bagi mereka yang terlalu obses untuk kurus hingga sanggup cederakan kesihatan diri sendiri. Perbuatan muntah secara paksa ini perbuatan yang amatlah tidak sihat kerana ia boleh mencederakan perut akibat jumlah asid yang banyak dikeluarkan dari perut. Perbuatan ini juga disebut sebagai penyakit Anorexia, iaitu orang yang takut gemuk ataupun terlampau trauma dengan makanan yang masuk ke dalam perut mereka

5) Pengambilan ubat terlarang

Perasan atau tidak, timeline facebook kita penuh dengan iklan ubat untuk kurus dengan cepat. kurus tanpa senaman dan diet. Kalau fikir secara logik, sangatlah mustahil untuk kita kurus tanpa diet tanpa senaman. Untuk itu anda perlulah membuat kajian secara terperinci ke atas sesuatu produk kerana jika anda salah ambil produk, boleh menyebabkan buah pinggang anda rosak!  Pastikan ubat tersebut berdaftar dengan KKM. Kaji sebelum beli.

6) Malas bersenam

Point yang terakhir, pegang lah dengan prinsip, "Tanpa senaman aku susah nak kurus". Masukkan dalam rutin jadual harian anda untuk bersenam walaupun sekejap.Boleh kurus kalau tak bersenam, tetapi sangat lambat dan makan masa yang panjang. Apabila masa yang diambil terlalu panjang. Kemungkinan anda akan bosan, dan mula hentikan proses diet anda. Oleh itu, luangkan sedikit masa anda untuk membuat senaman. Jika anda tidak mempunyai masa untuk ke gym ataupu jogging. sudah ada banyak apps smartphone yang membolehkan anda bersenam dari dalam rumah sahaja.. Antara nak atau tidak saja. 


Walaupun kurus itu baik untuk kesihatan, tetapi anda janganlah terlalu obses nak kurus sehinggakan melanggar ataupun melampaui had seorang manusia. Diet secara sederhana tanpa mencederakan kesihatan anda, enjoy setiap perjalanan. Semoga tips ini membantu anda untuk turunkan berat badan sebelum raya ini. Semoga bermanfaat!


Artikel berkaitan:
Kurus Dengan Cara Mudah
Cadangan Menu Diet Ringkas Bagi Wanita Yang Bekerja
Kurus Sebelum Raya dengan Cara Yang Mudah
Cara Kekal Kenyang dan Aktif Pada Bulan Ramadan

0 comments:

Post a Comment