Apa itu selulit?

Antara kegusaran seorang wanita apabila timbulnya selulit pada beberapa bahagian badan, seperti perut. peha, lengan dan belakang pinggang. Berkata tentang selulit biasanya ia sering dikaitkan dengan kesan mengandung, dan ia akan muncul selepas melahirkan anak. Tapi tahukah anda, perempuan yang belum kahwin juga boleh muncul selulit ni? 


Ok selulit ni merupakan kumpulan lemak yang selalunya terjadi dekat lengan dan perut. Selulit ni selalunya terjadi sebab adanya toksin yang banyak dalam badan yang memusnahkan struktur kollagen dan elastin dalam lapisan kulit. Untuk wanita normal, selulit ni selalu terjadi kerana pertambahan berat badan  yang berpunca daripada tidak menjaga makan dan tidak bersenam. 


Punca Terjadinya Selulit

1. Ambil makanan yang terlalu pedas : Pengambilan makan yang pedas juga boleh mengakibatkan selulit terbentuk kerana toksin yang dihasilkan berkumpul di kelenjar lemak.

2. Tidak cukup rehat dan stress: Apabila anda rasa stress, kelenjar anda juga akan tertekan dan menyebabkan ia menghalang pelancaran pembuangan bahan tidak diperlukan tubuh.

3.  Ambil makanan terlebih seperti gula, mentega, lemak haiwan dan garam.

4. Pengambilan kafein yang kerap dan duduk lama di kerusi juga menyebabkan aliran darah tidak berjalan dengan lancar maka memudahkan pembentukan selulit.

5. Perubahan hormon estrogen.


Makanan yang Menyebabkan Selulit

1. Makanan yang berunsurkan coklat
2. Daging proses
3. Mayonis
4. Sos - Cili/ Tomato / Tiram
5. Gula-gula
6. Pisang
7. Produk berasaskan tepung


Makanan yang Dapat Mengelakkan  Selulit

1. Air Mineral

2. Jeruk

3. Nenas

4. Lobak Merah

5. Kerang

6. Ikan

7. Susu rendah lemak



Masalah selulit ini tak dapat dihilangkan apabila anda sudah kurus, kerana ia lemak yang terkumpul mempunyai cara lain untuk menghilangkannya. Selulit tidak memberi kesan buruk kepada tubuh badan, tapi dengan adanya boleh menyebabkan empunya badan merasa kurang keyakinan diri.  Mencegah lebih baik dari merawat, mulai sekarang jagalah pemakanan dan gaya hidup anda supaya selulit tidak dapat memunculkan diri.  


Artikel Berkaitan:

Cara Mudah Mulakan Amalan 'Eat Clean'
Perut Kempis dengan Cara Mudah dan Pantas
Tips Kurus dan Kekalkan Otot dengan Mudah




0 comments:

Post a Comment