Tips Beraya Masih Kekal Kurus

Antara perkara yang menjadi kegusaran para gadis mahupun jejaka apabila terpaksa kawal makan di bulan Syawal. Terbayang kat pikiran rendang, lemang, ketupat, lodeh fuhh, mana boleh nak tinggalkan semua tu. Tu belum termasuk kuih raya yang muncul sebulan sekali je dalam setahun, tart, semperit, almond london. Nangis kat bucu katil tak dapat terima kenyataan tu. 


Tambah pula dengan kata-kata pujukan daripada makcik-makcik, "Raya setahun sekali je, rugi kalau diet dalam bulan raya ni". Bertambah goyah keimanan sang pen-DIET. Woahaa. Hilang semua ingatan tentang susah payah berdiet masa bulan Ramadan, terus tukar misi daripada #misikuruskanbadansebelumraya kepada #misiburumakananraya. Eh, hakikat apa yang kakyan cerita ni tau, bukan auta. Hehe

Ok kali ni kakyan nak kongsikan tips untuk anda kekal kurus dalam bulan Syawal, moga boleh dijadikan rujukan supaya tidak tersasar jauh beribu batu eh!

1) Pilih Yang Paling Suka

Melangkah masuk je beraya ke rumah pak sedara, belum sempat letak punggung pak sedara dah ajak terus ke meja makan. Tengok atas meja makan bersusun makanan wajib raya. Bersabar. Tips pertama: Pilih Makanan Yang Paling Anda Suka atau Teringin. Kalau ikutkan tekak memang semua nak sumbat sebab semua pun setahun sekali je dapat berjumpa. Tapi selit lah kan sedikit ingatan tentang diet juga. Dah pilih makanan anda terus fokus makan makanan tu, jangan toleh-toleh. Siap makan terus ke dapur basuh pinggan dan terus ke ruang tamu. Fuh settle. Diet selamat. 

2) Sediakan Bekalan Air Mineral

Perkara yang paling mustahil akan disediakan di setiap rumah-rumah adalah air mineral. Beraya setiap rumah haa penuh atas meja air bermacam macam warna, serupa macam warna pelangi dah. Hakikatnya tu semua minuman yang tinggi gulanya, tambah-tabah kaau air berkarbonat. Memang sedap minum, tambah pula letak ais. Tapi kalau sukat gulanya, menangis lemak-lemak dalam badan anda. Jadi cara paling jimat dan selamat bawa air mineral siap-siap. Kalau dalam kereta sediakan air mineral botol besar untuk bekalan dalam sepanjang hari, dan sediakan air mineral botol kecil dalam beg, boleh minum masa beraya nanti. 

3) Elakkan Kuah Dalam Makanan. 

Makanan yang paling tak boleh elak semasa beraya sudah tentulah makanan berkuah macam rendang, kari dan lodeh kan. Makan lauk ni dengan nasi himpit penuh kuah satu pinggan memang sedap, tapi kalorinya berdouble-double. Penyelesaian terbaik adalah dengan ambil lauk tanpa kuah, kalau macam lodeh ambil kuah sedikit je, lebihkan banyak sayuran. Pengambilan kalori seharian lebih mudah untuk dikawal.

4) Alas Perut Sebelum Beraya

Ramai orang bila nak pergi beraya tu terus taknak bersarapan contohnya, alasannya sebab nak makan kat rumah yang nak raya nanti. Sebenarnya lebih bijak kalau kita ambil sarapan atau makanan sebelum kita keluar rumah, paling terbaik kalau ambil sarapan makanan yang berasaskan protein, boleh buat perut kita kenyang siap-siap. Takde lah nanti kat beraya kita bedal semua makanan sebab kelaparan kan? Sarapan terbaik untuk diet anda, anda boleh tengok di artikel ini.


Jom kekal kurus di bulan syawal, jaga makan dan amalkan hidup sihat! Selamat mencuba.


0 comments:

Post a Comment