5 idea hadiah yang anda boleh berikan sempena Hari Ibu

Bila sebut mengenai hari ibu, menjadi satu sentimen yang sangat penting bagi anak-anak. Hari yang mereka meraikan khusus untuk ibu masing-masing. Bukan bermaksud hari ni je kena meraikan ibu . Tapi hari ini lebih special kiranya.

Salah satu cara untuk meraikan ibu masing-masing adalah dengan cara memberikan mereka hadiah. Bila bercakap tentang hadiah pula. Ramai anak-anak rasa pening untuk bagi hadiah apa pada ibu masing-masing. 


Jadi untuk artikel kali ni, kakyan nak kongsikan idea hadiah yang boleh diberikan kepada ibu masing-masing. Jom baca .

1. MINYAK WANGI



Perasan tak mak-mak ni tak kiralah umur berapa pun mereka suka yang wangi-wangi. Kadang nenek kita yang dah berusia tu pun, tetap ada minyak wangi walaupun yang jenis calit-calit tu.

Jadi, memang fitrah perempuan tu sendiri suka dengan minyak wangi. Jadi beli lah perfume yang mahal-mahal sikit. Kalau mampu boleh lah beli jenama yang famous macam Chanel , Calven Klein, kalau mampu tak ada masalah kan?

2. TUDUNG

Bagi mak mak kita yang bertudung, cadangan terbaik untuk beri hadiah ialah tudung. Tapi tengok lah jugak ibu anda pakai tudung jenis macam mana. Kalau selalunya pakai tudung sarung je, janganlah belikan shawl yang maha susah nak pakai, belit belit tak jadi. Takut nanti ibu anda give up terus buat alas meja😂.



Beli tudung mengikut kebiasaan tudung yang ibu kita biasa pakai. Apabila ibu kita selesa dan suka pakai. Memang mereka akan menghargai sangat hadiah tu.

3. HANDBAG

Idea ni paling popular kerana, mak mak ni confirm memang akan ada handbag. Kadang-kadang sedih bila tengok handbag mereka dah koyak rabak, alasannya. " Selagi boleh guna, guna"


Untuk idea ni, kakyan cadangkan untuk bawa ibu semasa membeli supaya mereka dapat membuat pilihan mengikut citarasa mereka.


4. TELEKUNG

Ramai orang terlepas pandang tentang ni. Semua fikir, dah ada satu telekung cukup dah tu. Hakikatnya, susah sebenarnya satu telekung, kalau basuh pagi. Kena tunggu kering untuk solat zohor. Kesian ibu kita.


Jadi, apa kata kita belikan ibu kita telekung yang kain best, tak panas. Supaya mudah urusan ibadahnya. Dapat lah juga kita pahala kan setiap kali ibu kita solat.

5. BARANGAN YANG BERKAITAN PERKARA YANG MEREKA SUKA LAKUKAN

Of course kita tahu apa perkara yang ibu kita suka lakukan. Contohnya suka berkebun, suka memasak, suka menjahit. Kenal pasti perkara tersebut. Dan gembirakan hati mereka dengan belikan barangan yang berkaitan. Contohnya perkakas untuk berkebun ke, oven atau pun air fryer ke atau barangan lain yang berkenaan.

Masa ibu kita dapat hadiah tu, mesti mereka appreciate sangat sebab tak sangka anak prihatin dengan perkara yang dia suka.



Itu sedikit idea dari kakyan untuk anda. Jika ada idea lain, boleh tinggalkan komen. Mana tau boleh membantu pembaca lain yang sedang sama-sama buntu mencari hadiah untuk ibu mereka kan!

Semoga bermanfaat.


Artikel berkaitan : Hadiah Terbaik Untuk Hari Ibu


0 comments:

Post a Comment