Action Kamera vs DSLR

Apabila sebut tentang bercuti je of course mata je mula terbayang bayang nak ambil gambar kat tempat yang cantik-cantik. Environment baru, bosan dah ambil gambar berlatarbelakangkan dapur dengan minyak minyaknya. ehe.



Dalam mengambil gambar banyak nak kena fikir pula, nak guna action camera ataupun DSLR ya? Buntu juga kan?

Pemilihan kamera juga bergantung pada kita traveller jenis backpacker atau pelancong biasa. Untuk pelancong biasa selalunya memilih dengan percutian yang mewah dan serba serbi lengkap, tapi bagi backpacker lebih minima dari segi membawa barang dan pemilihan hotel yang agak bajet rendah.

Untuk traveller yang ada bajet lebih, lebih memilih kamera jenis dslr, untuk dapatkan gambar yang awesome dari hasil tangkapan sepanjang tempoh travel. 


Lain pula bagi mereka yang mempunyai bajet yang cukup-cukup je, sudah pastilah ada pemilihan lain kan? terutamanya berkaitan dengan harga, mereka akan pilih  kamera DSLR yang kurang popular dan mempunyai harga yang tak terlalu tinggi atau memilih kamera secondhand. 

Tapii, lain pula bagi traveller yang jenis backpacker, mereka biasanya kurang selesa untuk bawa DSLR, sebab DSLR memerlukan ruang yang besar untuk penyimpanan kamera itu.  Jadi pilihan utama mereka sudah tentulah action camera yang lebih kecil dan mudah untuk dibawa.



Bila sebut mengenai Action Camera sudah tentulah terbayang fungsi dan kelasakan kamera ni dan yang  paling penting mudah digunakan.  

Action Camera mendapat kredit kerana sizenya yang kecil yang dapat memberikan kemudahan bagi traveller. Selain itu, dari segi ketahanan Action camera ini sangat tahan lasak kerana mampu melakukan tugas di suhu yang extreme dan boleh ambil gambar dalam air!

Namun Action kamera  bukan tiada kekurangan,  antara kekurangannya hasil dia kurang sharp dan berkualiti. Fungsi nya juga tidak sehebat kamera DSLR, tiada flash, dan fokus.

DSLR ataupun Action Camera dua dua mempunyai kehebatan masing-masing. Bergantung pada condition travel anda. Jika anda pergi ke tempat yang cantik dan pemandangan yang sangat memukau, sebaiknya untuk dapatkan gambar yang lawa, gunakan DSLR camera. Jika anda puas sekadar selfie, Action Camera sudah memadai.   


 Be smart buyer, be smart traveller :) 

0 comments:

Post a Comment