Banteras Jerawat menggunakan Kaedah Semulajadi

Jerawat di dahi memang sangat merimaskan, sesetengah wanita mempunyai kulit yang licin di kulit muk bahagian lain, tapi kat dahi penuh jerawat. Dah semestinya pelik kan, kalau betul ada masalah tidak serasi dengan pencuci muka. Mestilah bahagian lain kat kulit muka pun turut tumbuh jerawat kan? Ada beberapa punca timbulnya jerawat pasir pada mulanya, kemudian bertambah menjadi jerawat yang besar. 


Punca Tumbuhnya Jerawat di Dahi

Sebelum kakyan kongsikan cara untuk hilangkan jerawat di dahi, lebih baik jika anda mengetahui punca perkara tersebut berlaku, supaya dapat dielakkan pada masa akan datang.

1) Faktor Genetik : Salah satu faktor yang tak boleh di sangkal adalah faktor genetik. Ia dapat dikenalpasti jika mak ayah atau adik beradik anda mempunyai masalah kulit berminyak, anda juga turut mempunyai masalah yang sama. Bahagian T muka jika mempunyai minyak yang berlebihan, boleh menyebabkan tumbuhnya jerawat di dahi.

2) Kulit muka terlampau berminyak : Macam yang dinyatakan kat point 1, bahagian T muka sangat mudah ditumbuhi jerawat sebab bahagian T ni yang mempunyai penghasilan minyak yang lebih banyak berbanding bahagian lain. Terutamanya bahagian dahi, kerana minyak yang berlebihan di bahagian tersebut mungkin terlekat dengan kuman yang berada di rambut anda, perkara ini secara tidak langsung boleh menyebabkan jerawat tumbuh bagaikan cendawan. 

3) Faktor Hormon: Hormon yang tidak stabil merupakan salah satu punca jerawat kerap timbul di dahi. Selalunya apabila anda stress atau pun tertekan boleh menyebabkan hormon yang tidak seimbang terjadi dalam tubuh badan kita sekaligus menyebabkan kulit lebih berminyak dan merangsang jerawat untuk timbul terutamanya di bahagian dahi. Faktor hormon yang lain juga, apabila seseorang wanita layangkan bendera merah, maksudnya on period lah juga menyebabkan timbulnya jerawat.

4) Kurang menjaga kebersihan : Ni antara penyebab utama boleh timbul jerawat kat dahi anda.
Kalau anda kurang ambil masa untuk memanjakan kulit muka dapat menimbulkan jerawat dengan pantas. Hal ini kerana, kalau anda rajin memanjakan kulit muka, boleh membuang debu-debu ataupun kotoran di muka supaya pori muka tidak tersumbat lalu menyebabkan minyak terhasil secara berlebihan.

Haa, dah kenal pasti mana satu punca timbulnya jerawat kat dahi anda tu? Jom ketahui cara untuk menghilangkan jerawat kat dahi dengan cara semulajadi.

1) Lemon

Lemon merupakan salah satu penyelesaian untuk mengatasi masalah jerawat kat dahi. Lemon merupakan bahan semulajadi yang anti-bakteria yang mampu membunuh pelbagai bakteria termasuk kuman yang terdapat di wajah anda, terutamanya jerawat yang ada di dahi.

Lemon juga mengandungi kandungan citric acid  yang mempunyai banyak manfaat untuk mengatasi masalah jerawat. Ia juga sangat bermanfaat sebagai membantu pertumbuhan sel sel kulit baru dan menggelupaskan sel-sel kulit mati. 


2) Tomato

Tomato juga merupakan bahan semulajadi yang boleh mengatasi pelbagai masalah kulit, salah satunya masalah jerawat yang tumbuh di dahi. Tomato dapat memperbaiki sel-sel kulit yang rosak dengan pantas, ia boleh mengecutkan jerawat dan menghilangkan bekas jerawat. Tomato juga mengandungi kandungan antioksidan yang tinggi makanya dapat mencegah penyebaran radikal bebas di kulit muka anda. 

3) Asam Jawa

Asam jawa juga boleh digunakan untuk mengatasi masalah jerawat ini kerana ia merupakan antiseptik semulajadi yang dapat membersihkan segala kotoran, habuk dan kuman yang menyebabkan jerawat tumbuh, dan boleh mengecutkan jerawat. Vitamin C pada asam jawa dapat membantu menghasilkan kolagen pada kulit anda. Kolagen dapat menghaluskan kulit anda, dan mempercepatkan proses pengecutan jerawat.

4) Mencuci rambut.

Ramai yang tak sedar, sebenarnya rambut juga merupakan punca jerawat tumbuh di dahi anda. Dalam anda melakukan aktiviti seharian, kadang-kadang rambut yang kotor dan terkena bakteria, apabila terkena pada dahi, sudah tentulah mendatangkan bakteria pada kulit wajah. Cara terbaik adalah cuci rambut anda setiap hari supaya dapat menghindarkan bakteria yang kemungkinan melekat pada rambut anda. 

5) Lakukan Facial

Cara yang boleh juga dikatakan berkesan adalah dengan melakukan facial pada wajah anda. Facial dapat membantu membersihkan sel kulit mati dan membantu bersihkan kulit dari segala kekotoran. Ia dapat membantu secara total untuk membersihkan muka dari jerawat tumbuh dengan jayanya. 

Namun, facial tidak boleh dilakukan terlalu kerap. Bimbang mendapat kesan yang lebih teruk jika terlalu kerap melakuan. 

6) Ais Batu

Cara ni paling simple dan mudah, hanya perlukan ais dari peti ais anda je. Apabila kulit anda ditubuhi jerawat dengan menggunakan ais, jerawat tersebut cepat mengempis. 


Tips penting untuk elakkan jerawat naik kat muka kita, elakkan pegang muka kita masa kita tak tahu pun tangan kita bersih ke kotor. Kalau lepas cuci tangan takpe. Yang penting mesti kena rajin pakai skincare, kalau malas memang senang lah jerawat menyinggah. Jom cuba! Semoga bermanfaat.


Artikel berkaitan:
Cara Hilangkan Jerawat Di Dahi Dengan Pantas Dan Selamat


0 comments:

Post a Comment