Kakyan ada kongsikan mengenai cara atasi jerawat di dahi dengan cara semulajadi di sini. Setuju tak jerawat mula naik seketul je kita mula lah gelabah. Mula buat macam-macam cara untuk kecutkan jerawat tu. 

Harini kakyan nak kongsikan satu cara magis untuk hilangkan jerawat dengan cara pantas dan selamat. Caranya adalah dengan mengamalkan Vitamin C. Umum tahu vitamin C kebanyakannya datang daripada buah-buahan. Vitamin C sangat bagus kerana merupakan antioksidan yang terbaik untuk menentang radikal bebas yang berpunca dari persekitaran yang tidak sihat. 


Di pasaran sekarang mempunyai banyak sangat pilihan suppelemen Vitamin C, tapi anda kena bijak memilih. Pilihlah Vitamin C yang boleh beri banyak kesan yang terbaik untuk badan  anda. Antara Vitamin C yang kak yan nak syorkan pada anda adalah Vitamin C Shaklee. 




Kebaikan Vitamin C Shaklee

Vitamin C Shaklee bukan macam Vitamin C biasa, sebabnya ia menggunakan formula Sustained Release, bermakna ia menjalankan formula perlepasan secara perlahan-lahan setiap 1 jam ke dalam darah. Vitamin C Shaklee ni mempunyai banyak kesan yang best-best. Antaranya:

  • Membantu penghasilan collagen dalam tubuh badan
  • Mengurangkan kesan sunburn. 
  • Membantu melindungi dari masalah jerawat degil
  • Menjadikan tona kulit lebih sekata.
  • Mencerahkan kulit semulajadi
  • Mengatasi masalah jerawat pasir dan nasi
  • Kulit lebih glowing 

Apa yang spesial tentang vitamin C ni, anda bukan boleh makan sahaja tablet tu. Anda boleh buat masker hanya dengan menggunakan  tablet Vitamin C!



Cuma hancurkan 1 tablet  vitamin C, dan letakkan sedikit air. Boleh terus tepek kat muka, kesannya dapat kecutkan jerawat, dan kulit wajah lebih lembut dan licin dengan penggunaan konsisten


Testimoni Sustained Release Vita C Plus







Oh ya, vitamin C Shaklee ni tengah promotion tau bulan ni, beli 3 botol boleh dapat diskaun 10%. Sangat jimat dan berbaloi-baloi, dapat harga lebih murah dari harga tiada GST. Nak grab?




Jadi tunggu apa lagi? Order sekarang. Hanya satu klik sahaja lagi.

Klik ikon di bawah ni untuk order
👇👇👇




KakYan (1268629)
FB : Nur Aznayanti Mohamad Nor
Page : Shaklee By Kakyan
Instagram :shakleebykakyan

Phone : 014 622 0496



Jerawat di dahi memang sangat merimaskan, sesetengah wanita mempunyai kulit yang licin di kulit muk bahagian lain, tapi kat dahi penuh jerawat. Dah semestinya pelik kan, kalau betul ada masalah tidak serasi dengan pencuci muka. Mestilah bahagian lain kat kulit muka pun turut tumbuh jerawat kan? Ada beberapa punca timbulnya jerawat pasir pada mulanya, kemudian bertambah menjadi jerawat yang besar. 


Punca Tumbuhnya Jerawat di Dahi

Sebelum kakyan kongsikan cara untuk hilangkan jerawat di dahi, lebih baik jika anda mengetahui punca perkara tersebut berlaku, supaya dapat dielakkan pada masa akan datang.

1) Faktor Genetik : Salah satu faktor yang tak boleh di sangkal adalah faktor genetik. Ia dapat dikenalpasti jika mak ayah atau adik beradik anda mempunyai masalah kulit berminyak, anda juga turut mempunyai masalah yang sama. Bahagian T muka jika mempunyai minyak yang berlebihan, boleh menyebabkan tumbuhnya jerawat di dahi.

2) Kulit muka terlampau berminyak : Macam yang dinyatakan kat point 1, bahagian T muka sangat mudah ditumbuhi jerawat sebab bahagian T ni yang mempunyai penghasilan minyak yang lebih banyak berbanding bahagian lain. Terutamanya bahagian dahi, kerana minyak yang berlebihan di bahagian tersebut mungkin terlekat dengan kuman yang berada di rambut anda, perkara ini secara tidak langsung boleh menyebabkan jerawat tumbuh bagaikan cendawan. 

3) Faktor Hormon: Hormon yang tidak stabil merupakan salah satu punca jerawat kerap timbul di dahi. Selalunya apabila anda stress atau pun tertekan boleh menyebabkan hormon yang tidak seimbang terjadi dalam tubuh badan kita sekaligus menyebabkan kulit lebih berminyak dan merangsang jerawat untuk timbul terutamanya di bahagian dahi. Faktor hormon yang lain juga, apabila seseorang wanita layangkan bendera merah, maksudnya on period lah juga menyebabkan timbulnya jerawat.

4) Kurang menjaga kebersihan : Ni antara penyebab utama boleh timbul jerawat kat dahi anda.
Kalau anda kurang ambil masa untuk memanjakan kulit muka dapat menimbulkan jerawat dengan pantas. Hal ini kerana, kalau anda rajin memanjakan kulit muka, boleh membuang debu-debu ataupun kotoran di muka supaya pori muka tidak tersumbat lalu menyebabkan minyak terhasil secara berlebihan.

Haa, dah kenal pasti mana satu punca timbulnya jerawat kat dahi anda tu? Jom ketahui cara untuk menghilangkan jerawat kat dahi dengan cara semulajadi.

1) Lemon

Lemon merupakan salah satu penyelesaian untuk mengatasi masalah jerawat kat dahi. Lemon merupakan bahan semulajadi yang anti-bakteria yang mampu membunuh pelbagai bakteria termasuk kuman yang terdapat di wajah anda, terutamanya jerawat yang ada di dahi.

Lemon juga mengandungi kandungan citric acid  yang mempunyai banyak manfaat untuk mengatasi masalah jerawat. Ia juga sangat bermanfaat sebagai membantu pertumbuhan sel sel kulit baru dan menggelupaskan sel-sel kulit mati. 


2) Tomato

Tomato juga merupakan bahan semulajadi yang boleh mengatasi pelbagai masalah kulit, salah satunya masalah jerawat yang tumbuh di dahi. Tomato dapat memperbaiki sel-sel kulit yang rosak dengan pantas, ia boleh mengecutkan jerawat dan menghilangkan bekas jerawat. Tomato juga mengandungi kandungan antioksidan yang tinggi makanya dapat mencegah penyebaran radikal bebas di kulit muka anda. 

3) Asam Jawa

Asam jawa juga boleh digunakan untuk mengatasi masalah jerawat ini kerana ia merupakan antiseptik semulajadi yang dapat membersihkan segala kotoran, habuk dan kuman yang menyebabkan jerawat tumbuh, dan boleh mengecutkan jerawat. Vitamin C pada asam jawa dapat membantu menghasilkan kolagen pada kulit anda. Kolagen dapat menghaluskan kulit anda, dan mempercepatkan proses pengecutan jerawat.

4) Mencuci rambut.

Ramai yang tak sedar, sebenarnya rambut juga merupakan punca jerawat tumbuh di dahi anda. Dalam anda melakukan aktiviti seharian, kadang-kadang rambut yang kotor dan terkena bakteria, apabila terkena pada dahi, sudah tentulah mendatangkan bakteria pada kulit wajah. Cara terbaik adalah cuci rambut anda setiap hari supaya dapat menghindarkan bakteria yang kemungkinan melekat pada rambut anda. 

5) Lakukan Facial

Cara yang boleh juga dikatakan berkesan adalah dengan melakukan facial pada wajah anda. Facial dapat membantu membersihkan sel kulit mati dan membantu bersihkan kulit dari segala kekotoran. Ia dapat membantu secara total untuk membersihkan muka dari jerawat tumbuh dengan jayanya. 

Namun, facial tidak boleh dilakukan terlalu kerap. Bimbang mendapat kesan yang lebih teruk jika terlalu kerap melakuan. 

6) Ais Batu

Cara ni paling simple dan mudah, hanya perlukan ais dari peti ais anda je. Apabila kulit anda ditubuhi jerawat dengan menggunakan ais, jerawat tersebut cepat mengempis. 


Tips penting untuk elakkan jerawat naik kat muka kita, elakkan pegang muka kita masa kita tak tahu pun tangan kita bersih ke kotor. Kalau lepas cuci tangan takpe. Yang penting mesti kena rajin pakai skincare, kalau malas memang senang lah jerawat menyinggah. Jom cuba! Semoga bermanfaat.


Artikel berkaitan:
Cara Hilangkan Jerawat Di Dahi Dengan Pantas Dan Selamat


Apabila sebut mengenai penyakit gastrik, rata-rata yang dah pernah merasakannya terus berasa ngilu pada perut masing-masing. Macam kita tahu, gastrik ni boleh merosakkan lapisan dalam perut kita. Gastrik ni juga berikan kesan yang amat buruk pada badan seseorang.

Gastrik ni merupakan sakit dibahagian perut yang membuatkan seseorang tu boleh berguling-guling menahan sakit. Penyakit gastrik ni terdiri daripada 3 jenis iaitu:

1. Gastritis ringan : Inflamasi (Pembengkakan ) pada bahagian lapisan perut bersentuhan dengan makanan
2. Gastritis berat : Berlaku kecederaan (luka) berpanjangan pada bahagian lapisan perut yang bersentuhan dengan makanan
3. Ulser Gastrik( Peptic Ulcer) : Merujuk kepada ulser perut. Ulser memberi maksud sejenis luka terbuka. Darah boleh dikesan melalui muntah ataupun najis.


Ini antara tanda-tanda gastrik yang tinggi dalam badan seseorang:

1. Kembung perut

Kembung perut adalah disebabkan perut kita merembeskan asid penghadaman terlalu berlebihan akibat daripada kerosakan saraf di dinding perut bahagian dalam. Asid yang berlebihan tersebut melalui usus dan bertindak balas dan membentuk gas atau angin perut dan seterusnya menyebabkan usus menjadi tegang dan kembung.

2. Pedih Ulu Hati

Pedih ulu hati pula merupakan satu keadaan apabila kandungan asid dalam perut masuk ke dalam saluran pemakanan (esofagus) mengganggu makanan yang dihadam. Maka, keadaan ini mengakibatkan ketidakselesaan kepada mereka yang menghadapinya dan merasa seperti terbakar di bahagian dada ataupun tekak.

3. Kerap Muntah

Antara tanda-tanda yang sangat ketara, apabila sampai ke tahap kerap muntah. Selalunya muntahnya berwarna jernih, kuning ataupun kehijauan, mempunyai darah sedikit, ataupun muntah darah bergantung kepada tahap keseriusan gastrik mereka.

4. Hilang Selera Makan

Apabila gastrik mula menyerang, badan akan mula berasa lemah dan lesu kerana menahan sakit. Selera makan mula menghilang kerana badan terlalu letih dan lemah.


Cara Atasi Gastrik dengan Mudah dan Selamat


Macam-macam cara dan kaedah untuk mengurangkan atau mengatasi kesakitan akibat gastrik ni. Kakyan kongsikan beberapa cara dan petua untuk menghilangkan gastrik dengan mudah dan selamat. 

1. Halia

Halia antara tumbuhan yang mengandungi agen-agen anti inflamotari yang membantu untuk merehatkan atau meredakan otot-otot di sekitar perut dan saluran penghadaman anda. Halia juga dapat membantu untuk mengeluarkan angin dalam perut sekaligus membantu meredakan perut akibat gastrik. Halia merupakan satu ramuan yang boleh menghilangkan gastrik dengan mudah dan selamat. 

2. Makanan tawar

Ramai orang yang salah faham, dengan mengaitkan apabila gastrik je tak boleh makan. Tapi sebenarnya pada waktu ini sangatlah penting untuk anda tidak membiarkan perut anda kosong.  Untuk melegakan perut saat dilanda gastrik, seeloknya pilih makanan yang mudah cerna dan tawar supaya tidak menambah kesakitan dalam perut anda. 

3. Air Limau Panas


Air limau antara air yang melegakan dan selalunya diamalkan untuk melegakan perut. Petua ini boleh diamalkan untuk sakit perut di mana makanan tidak dicerna di dalam perut dengan betul. Air limau panas boleh menggalakkan penghasilan asid hidroklorik dalam badan untuk mencerna makanan di dalam perut, sekaligus dapat melegakan perut dari kesakitan.


4. Cuka Epal

Kadang kadang penyakit gastrik juga berpunca dari gastrik yang mengakibatkan asid dalam perut berada di tempat yang sepatutnya. Ia lalu menyebabkan kandungan asid dalam perut yang diperlukan di dalam perut semakin berkurangan. Tips supaya mengamalkan cuka epal adalah untuk menstabilkan kandungan asid dalam perut dan dapat membantu makanan untuk dicernakan dengan baik. Cumanya mestilah membancuh dengan air yang lebih supaya tidak terlalu tajam dan masam.


ESP SHAKLEE, Produk Untuk Hilangkan Gastrik dengan Cepat dan Sihat



ESP adalah kaya dengan kacang soya terpilih yang bersifat alkali. Ia mampu membantu meneutralkan lebihan asid hidrolik yang dikeluarkan oleh kelenjar perut punca gastrik itu. ESP juga mengandungi protein yang tinggi yang mana boleh membantu sistem pencernaan untuk bekerja dengan baik kerana sistem pencernaan kita mula berfungsi apabila wujudnya protein dalam perut. 


ESP juga dapat membantu untuk membina sel-sel badan yang baru menggantikan sel lama yang rosak akibat hakisan oleh asid hidrolik semasa proses pencernaan berlaku. 


Ikuti pengalaman penghidap gastrik ini yang sembuh apabila mengamalkan ESP.



"Saya ni menghidap gastrik sejak sekolah rendah lagi. Bertahun tahun menderita gastrik dan angin. Saya kenal ESP sejak mengandungkan anak ke 2, mulanya saya ambil untuk kurangkan diabetes yang dialami sewaktu mengandung. Alhamdulillah bacaan gula turun ke normal, masalah angin berkurang. Dan saya mula perasan, gastrik makin kurang menyerang. Malah  sekarang ini, tiads lagi gastrik. Alhamdulillah" 
Natrah Mohamed, Bangi

Jadi tunggu apa lagi? Order sekarang. Hanya satu klik sahaja lagi.

Klik ikon di bawah ni untuk order
👇👇👇




KakYan (1268629)
FB : Nur Aznayanti Mohamad Nor
Page : Shaklee By Kakyan
Instagram :shakleebykakyan

Phone : 014 622 0496

Kalau kita baca food label mesti akan terjumpa dengan kandungan "Soy Lecithin" sebab ia banyak digunakan sebagai bahan tambahan dalam banyak makanan sekarang. Soya Lechitin sudah digunakan dan diterima dalam banyak kedai yang menjual  makanan sihat. Selalunya akan digunakan dalam bahan tambahan sesuatu makanan dan ada juga yang dijual dalam bentuk suppelemen untuk merangsang kesihatan badan kita.

Soya Lecithin merupakan protein yang berkualiti tinggi yang mengandungi asid lemak tak tepu sebagai antioksidan yang meneutralkan radikal bebas dalam tubuh kita. Ia juga boleh menjana semula sel-sel yang rosak, membubarkan dan mengatasi penyumbatan pembuluh darah serta mengawal sistem antibodi badan kita. 

Soya Lecithin sebenarnya adalah campuran Phosphatidyl Choline(PC) yang terdapat dalam kacang soya, campuran ini selalunya dijumpai pada sel membran tumbuhan dan haiwan. Termasuk pada rangkaian urat saraf dan otak manusia. 


Kebaikan Soya Lecithin 

Soya lecithin selalunya dikaitkan dengan penurunan hyperlipidemia dan mempengaruhi lipid metabolisme yang berfungsi dalam memproses lemak dan kolestrol. Soya Lecithin dapat membantu menurunkan kolestrol secara semulajadi, juga dapat mengurangkan lebihan kolestrol LDL dan menggalakkan sintesis HDL dalam hati.

Satu kajian pada 2010 yang diterbitkan dalam jurnal 'Cholestrol' menilai jumlah kolestrol dan tahap LDL selepas pengambilan soya lecithin pada pesakit mendapati selepas pengambilan 500 mg oleh sukarelawan hasilnya sangat mengejutkan. Penyelidik mendapati perkara berikut berlaku pada pesakit selepas pengambilan supplemen soya lecithin:


  • Pengurangan 41% jumlah kolestrol selepas 1 bulan
  • Pengurangan 42% jumlah kolestrol selepas 2 bulan
  • Pengurangan 42% dalam LDL selepas 1 bulan
  • Pengurangan 56% dalam LDL selepas 2 bulan


Hasil kajian ini menyarankan untuk pengambilan soya lecithin sebagai makanan tambahan terhadap rawatan hiperkolestrolemia

Makanan tambahan soya lecithin menunjukkan dapat meningkatkan fungsi imun kepada pesakit diabetik. Penyelidik Brazil mendapati pengambilan lecithin sebagai supplemen harian menyebabkan aktiviti makrofag meningkat kepada 29%. Makrofag merupakan sel yang penting untuk sistem imun badan kita, ia boleh melawan virus jahat untuk melindungi sistem imun badan.


Fakta Mengenai Soya Lecithin

Satu cawan soya lecithin diambil daripada minyak kacang soya yang mengandungi nutrien choline, omega 3 dan vitamin K.

Choline adalh sumber makanan yang baik yang mempunyai banyak manfaat. Menurut Yayasan George Mateljan, Choline merupakan salah satu nutrien terbaru yang akan ditambah kepada senarai vitamin yang diperlukan manusia.



Siapa yang memerlukan Soya Lecithin?



  • Mereka yang menyedari pentinggnya penjagaan kesihatan dari awal
  • Wanita hamil dan menyusukan anak, kerana Soya Lecithin akan menguatkan janin, memudahkan kelahiran dan meningkatan kualiti dan kuantiti susu ibu
  • Pelajar kerana ia menyediakan nutrien untuk pertumbuhan dan perkembangan otak.



Artikel berkaitan:





Berkata tentang soya, ramai yang mengakui kebaikan soya pada tubuh badan. Antara soya yang terbaik untuk orang yang berdiet adalah soya lecithin. Dalam Shaklee sendiri, terdapat produk Lecithin Shaklee yang famous kerana dapat membantu menguraikan lemak dalam badan kita dengan lebih berkesan.

Lecithin bukan sahaja berfungsi untuk memecahkan lemak sahaja. Tapi banyak lagi fungsi-fungsi yang terdapat dalam lecithin. Secara basic, lemak yang sudah dipecahkan oleh lecithin akan menjadi lebih kecil dan boleh bertukar menjadi tenaga. Ia juga boleh menyingkirkan lemak dari dinding membran dan terapung dalam darah.


Keistimewaan Lecithin Shaklee

Lecithin ni diekstrak daripada kacang soya yang organik yang mana setiap kapsul mengandungi 518 mg Lecithin soya termasuk 80 mg kolin dan 48 mg inositol.

Lecithin Shaklee boleh membantu mengemulsi lemak seterusnya membakar lemak dengan lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang sesuai. Ya, anda masih perlu bersenam. Kurus tanpa bersenam sama macam cantik tanpa pakai skincare. Eheh. 

Lecithin juga dapat menggalakkan peredaran darah dan menghalang arterioklerosis untuk membantu perbaiki tekanan darah tinggi dalam tubuh manusia. 

Ia juga sangat diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia untuk memecahkan molekul lemak kepada asid lemak dan glycerol yang lebih bermanfaat untuk badan manusia. Lecithin juga merupakan pelembut najis yang berkesan yang dapat membantu melembapkan usus dan meleraikan toksin dalam usus badan kita. Sebab tu lah lecithin penting untuk anda yang nk kurus!


Siapa yang perlukan lecithin?

  • Lelaki dan perempuan yang ingin kuruskan badan
  • Pelajar untuk membantu fungsi otak
  • Orang yang nak kawal kolestrol
  • Orang yang ingin jaga kesihatan


Testimoni Lecithin Shaklee







Jadi tunggu apa lagi? Order sekarang. Hanya satu klik sahaja lagi.

Klik ikon di bawah ni untuk order
👇👇👇




KakYan (1268629)
FB : Nur Aznayanti Mohamad Nor
Page : Shaklee By Kakyan
Instagram :shakleebykakyan

Phone : 014 622 0496





Apabila sebut tentang diet, ramai yang kaitkan dengan beras perang. Mengikut pakar nutrisi beras perang mempunyai nutrisi yang banyak melebihi beras putih. Pesakit diabetes sendiri dinasihatkan oleh doktor untuk kurangkan pengambilan nasi putih, dan menukarkan dengan beras perang. Namun, anda masih perlu mengurangkan kuantiti makanan. Lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan juga.

Walaupun beras perang jauh lebih mahal berbanding beras putih. Hakikatnya beras perang mempunyai lebih banyak khasiat dan baik untuk kesihatan berbandin beras putih. Kalau dari segi luaran, beras perang kelihatan sama sahaja dengan beras putih, tapi perbezaanya  beras perang tidak dibuang selaput kulit  yang meliputi beras tersebut.

Jom kakyan kongsikan kebaikan beras perang yang ramai orang tak tahu.

1. TINGGI KANDUNGAN SELENIUM

Selenium merupakan salah satu mineral yang diperlukan oleh tubuh kita, tapi memiliki peranan yang banyak untuk kesihatan diri kita sendiri. Dalam beras perang mempunyai tahap selenium yang tinggi yang boleh dikaitkan dengan mengurangkan risiko kanser kolon. Selenium juga merupakan mineral penting yang berupaya meningkatkan imuniti dan ketahanan badan.


2. KAYA DENGAN ANTI OKSIDAN

Antioksidan adalah zat yang dapat melindungi sel-sel badan kita daripada terkesan dengan radikal bebas. Radikal bebas ini adalah berpunca dari molekul yang terhasil daripada pengambilan makanan yang tidak sihat atau berada di persekitaran yang tidak sihat seperti kawasan yang terdedah dengan asap dan sebagainya. 

Beras perang ini mengandungi anti oksidan yang selama ni kita anggap terdapat dari buah-buahan dan sayur-sayuran sahaja.Tapi sebenarnya terdapat juga anti oksidan dalam beras perang. Wahh

3. MENGAWAL TAHAP GULA DALAM DARAH

Beras perang boleh menstabilkan paras gula dalam darah, yang mana boleh menjadi sumber makanan yang terbaik untuk mereka yang mempunyai penyakit diabetes. Ia menyebabkan penghadaman karbohidrat lebih perlahan  berbanding jika kita makan nasi putih. Dengan Glisemik Indeks yang rendah membantu mengawal pengeluaran gula dalam darah.

4. MAKANAN BAYI YANG TERBAIK

Beras perang sesuai dijadikan makanan bayi berbanding bijiran lain yang berada di pasaran. Ia sangat padat dengan nutrisi semulajadi dan kandungan fiber yang mencukupi. Beras perang juga membantu proses tumbesaran bayi dan kanak-kanak yang memerlukan diet yang kaya dengan kandungan nutrisi.

5. MERANGSANG PENURUNAN BERAT BADAN

Kandungan fiber yang terdapat dalam beras perang dapat membantu sistem penghadaman sekaligus dapat melindungi usus kita. Untuk mereka yang ada masalah penghadaman, mendapat satu kelebihan apabila menggunakan beras perang ni sebab ia melancarkan penghadaman. Ia juga membantu kita merasa cepat kenyang automatik mengawal pengambilan makanan kita supaya berkurangan. Kandungan Glisemik Indeks yang rendah juga membantu untuk kita berasa kenyang lebih lama.



Jadi beras perang sememangnya sesuai menjadi alternatif yang berkhasiat dan sihat menggantikan beras putih. Dengan kombinasi pemakanan yang sihat dan senaman, ia boleh membantu kita terhindar dari segala penyakit. Ia sangat membantu dalam penurunan berat badan. Perkara yang penting kena jaga adalah kuantiti pengambilan, walaupun beras perang ternyata lebih baik dari beras putih, kuantiti pengambilan tetap perlu dijaga supaya tidak terlalu tinggi pengambilan karbohidrat. Selamat mencuba!



Artikel Berkaitan:



Menguruskan badan merupakan azam utama untuk sesiapa yang mengalami masalah kegemukan dan mereka yang merasakan tubuh badannya mempunyai berat badan yang berlebihan. Ada juga yang berusaha nak turunkan berat badan kerana dah mengalami masalah kolestrol yang tinggi mengakibatkan banyak kesan pada diri sendiri.

Setiap individu mempunyai alasan yang berlainan untuk kuruskan badan, kalau kita tengok sekarang. Banyak tips-tips untuk kuruskan badan dengan cara-cara yang berlainan. Terpulang kepada individu sendiri nak pilih mana yang sesuai untuk mereka amalkan. 

Dalam proses menurunkan berat badan, perkara yang paling penting adalah komitmen masa, duit dan disiplin. Kalau kita tak sanggup nak korbankan antara komitmen-komitmen ni memang guna cara apa sekalipun memang tak kan kuruslah sampai bila-bila pun.

Ok sebelum kakyan pergi lebih jauh, antara perkara yang asas anda kena study sebelum memulakan program diet anda adalah ketahui jenis kegemukan anda supaya dapat anda selarikan dengan program diet yang bersesuaian. Jadi kali ini, kakyan nak kongsikan jenis-jenis kegemukan yang perlu anda tahu. Jom teruskan pembacaan. 


1. JENIS GEMUK AIR


Mesti anda biasa dengar kan orang cakap dia jenis gemuk air. Ok gemuk air ni disebabkan badan anda menyimpan jumlah air yang badan kita tak perlukan pun sebenarnya. Kalau perasan, orang yang gemuk air ni badan dia jenis menggelebeh dan lembik, kalau kita picit kat bawah lengan dia misalnya lembik je. Antara kesan-kesan gemuk air ni, badan cepat letih dan mengah. Kawan kakyan jadi gemuk air sebab pernah sakit denggi, masa tu masuk air berbotol-botol. Sejak tu badan bagai dipam-pam berbanding sebelum sakit masa tu. Punca lain juga kerana terlalu banyak garam dalam badan anda, sebabnya kerana suka makan makanan yang masin dan masam. Apabila terlalu kerap ambil makanan sebegitu dalam kuantiti yang banyak ia boleh menghalang penyerapan air ke dalam badan anda. Maka ia menyebabkan badan mula kekurangan air, otak mula menghantar isyarat supaya air disimpan dalam sel badan supaya digunakan pada masa kecemasan.

Tapi yang seronoknya mereka yang gemuk air ni jenis gemuk yang sangat mudah untuk susut. Dengan syarat kena rajin bersenam dan jaga makan, selalunya progres penurunan berat badan mereka lebih cepat berbanding mereka yang mempunyai jenis kegemukan yang lain.


2. JENIS GEMUK LEMAK

Biasanya orang yang mengalami masalah kegemukan berdepan dengan jenis kegemukan yang ini. Punca lemak terhasil dalam badan kita adalah kerana makanan berkarbohidrat yang kita makan tidak dibakar dengan baik. Tambahan pula pengambilan protein yang berlebihan juga boleh menukar menjadi gula seterusnya berubah menjadi lemak. Apabila lemak terlalu banyak dalam badan kita, ia boleh menyelaputi organ-organ dalam badan dan menyebabkan organ tidak dapat berfungsi dengan baik.

3. JENIS GEMUK DAGING

Jenis gemuk daging ni antara yang susah nak turunkan kerana lemak sudah pejal bergumpal dengan daging. Selalunya jenis gemuk  daging bermula dari kecil, dan juga keturunan maka menyebabkan proses menurunkan berat badan menjadi sukar dan mengambil masa untuk dibuang. Kebanyakan mereka yang gemuk daging ni kurang makan sayur atau buah-buahan dan mengamalkan pemakanan yang tidak sihat. Cara kita nak tahu seseorang tu gemuk daging atau tak, dengan cara picit kawasan bawah lengan, jika keras dan pejal anda jenis gemuk daging.


CARA MENGATASI KEGEMUKAN




Anda dah tahu anda jenis gemuk yang mana? secara asasnya jenis gemuk air paling mudah untuk menurunkan berat badan, diikuti dengan jenis gemuk lemak yang agak susah sedikit dan seterusnya jenis gemuk daging yang perlukan lebih usaha berbanding jenis gemuk yang lain. Cara mengatasi kegemukan ni sama untuk semua jenis kegemukan, tapi usaha kena lebih atau relax-relax mengikut jenis kegemukan masing-masing.


1) SENAMAN YANG KONSISTEN

Senaman yang terbaik adalah tidak terlalu singkat dan tidak pula terlalu lama. Sekurang-kurangnya setiap orang perlu membuat senaman 15-30 minit setiap hari. Tak perlu terlampau berat, cukup setakat jalan 10,000 langkah atau jogging contohnya. Kajian mendapati, bersenam dengan waktu yang singkat tapi dilakukan setiap hari, lebih berkualiti berbanding mereka yang bersenam seminggu satu kali tapi dalam masa yang lama.

2) MINUM AIR MINERAL YANG BANYAK

Jumlah air yang sepatutnya kita minum adalah 25kg = 1 litre, jika berat badan anda 70kg, anda wajib ambil air 3 litre sehari. Air boleh membantu badan supaya tidak dehidrasi dan membantu untuk membuang toksin toksin yang tak perlu dalam badan kita. 

3) PEMAKANAN MAKANAN BERSERAT TINGGI

Makanan yang mempunyai serat tinggi adalah makanan yang berfungsi membantu melawan lemak-lemak yang bertapa dalam badan kita. Jika badan kita sudah mempunyai jumlah serat yang cukup, badan kita susah untuk semakin membesar. Pengambilan serat yang mencukupi juga membantu proses pembuangan najis lebih teratur dan lancar.



Semoga artikel ini dapat membantu sedikit sebanyak dalam mengenali diri anda untuk memulakan proses penurunan berat badan. Semoga bermanfaat!







Semua orang mendefinisikan cantik itu mestilah putih, kurus, flawless, dengan definisi tersebut ramai gadis-gadis berusaha untuk menepati ciri-ciri itu. Ada yang hinggakan sanggup buat apa saja supaya cantik di mata orang. Hal ini sangat membahayakan kerana boleh merisikokan nyawa. Gadis yang mempunyai badan yang kategori plus size termasuk dalam golongan yang berusaha untuk bergelar si cantik. Tapi ramai yang hilang keyakinan diri kerana gagal untuk menepati kriteria tersebut.

Sesiapa yang pernah merasai mempunyai badan yang berisi pasti tahu kesusahan yang mereka rasai. Proses menurunkan berat badan bukanlah proses yang mudah. Ia makan masa dan perlukan banyak pengorbanan. 

Jadi kali ini kakyan nak ajak pembaca menyelami perasaan mereka yang mempunyai badan yang berisi dengan menyenaraikan perkara yang paling tidak disukai oleh mereka yang mempunyai badan yang comel. Jom baca.

1) PEHA BERLAGA

Perkara paling tak disukai oleh orang yang plus size adalah peha berlaga. Berapa banyak seluar yang terkorban gara-gara peha yang berlaga? Stress bila seluar koyak di celah peha tapi kondisi seluar masih elok. Kalau pakai kain lain pulak halnya, mulalah melecet di celah peha. Sangat terseksa rasa, tambahan pulak kalau anda pelajar universiti, kelas pagi sampai petang. Sepanjang waktu tu lah menahan rasa sakit disebabkan kemelecetan itu.

2) HARI RAYA ADALAH HARI STRESS SEDUNIA

Anda setuju tak dengan kakyan wahai mereka yang mempunyai saiz badan yang chumel. Dulu takde jual baju online ni, semua kena jalan kedai ke kedai. Bila minat satu baju tu tanya size, mesti size takde. Dahlah dengan puasanya, hati dah berkenan size takde pula. Kalau ada pun yang besar, design tak cantik langsung. Stresslah jadinya  bila hari raya baju design standard macam makcik makcik punya baju je. Ye lah tu je ada yang besar. 

Hari raya semonyok je muka, jeolousnya tengok orang lain pakai baju semua lawa-lawa!


3) HARI SUKAN? A BIG NO!

Zaman persekolahn ke zaman universiti ke memang tak terlepas dengan aktiviti fizikal. Kalau dulu masa hari sukan, memang suka pergi tandas sentiasa sebabnya nak elak kena lari dekat padang. Malu lah orang tengok kita lari! Dah lah belakang sekali. Ya ampun.

Kalau zaman U lain pula ceritanya, kalau ada kem ke mesti ada aktivit Hiking. Rasa nak pura-pura pengsan masa tu juga, sebab kalau ikut hiking mesti jadi orang belakang sekali. Tak suka! Nak bawa badan sendiri naik bukit atau gunung memang tak larat kalau mempunyai badan yang besar, tambah pulak memang cepat letih kalau buat aktiviti yang agak berat kan?

4) MAKCIK BAWANG

Perkara ni selalu terjadi, setiap kali jumpa mesti ayatnya 

"Eh, awak makin berisi lah nampak, tak jaga makan ke?"

Yang tu ok lagi, ada yang cakap " Eh dulu dah kurus sikit, ni dah gemuk balik dah" Rasa nak buat backflip je kan? Masa badan kita susut haram pun tak puji, dah naik balik pandai pulak mengkondem kan? Perkara ni sebenarnya membuatkan seseorang tu hilang keyakinan diri. Kalau lalu di kawasan ramai orang pun kalau boleh nak sorok belakang orang lain, segan orang pandang kita. Padahal orang tu sikit pun tak pandang kita.


Menjadi diri sendiri adalah perkara paling selamat yang kita boleh pilih. Kita boleh pilih untuk pekakkan telinga tentang kata-kata orang, tapi perlulah kita berusaha juga membuktikan yang kita pun boleh. 

Bulan puasa ni masa paling sesuai untuk kita ubah diri kita, nanti raya boleh flipshawl depan mata makcik makcik bawang tu. Ehe gurau je. Kita boleh kembalikan keyakinan kita nak jumpa orang masa raya nanti kan.

Kakyan ada tulis beberapa artikel mengenai cara kuruskan berat badan, boleh pilih je kat link bawah ni. Semoga bermanfaat ya!



Jam baru pukul empat petang. Tapi setiap saat jam di dinding di kerling. Ibarat masa akan bergerak lebih pantas bila dijeling sentiasa. Habis je waktu office, dalam perjalanan balik rumah kalau boleh semua stall yang jual makanan tepi jalan nak disinggahnya. Alasan standard takut tak cukup waktu berbuka nanti. Hakikatnya nafsu menggoda iman.

Hadui macam mana dengan diet ni?

Ok bertenang bertenang. Untuk artikel kali ni kakyan nak kongsikan Tips Berbuka Tanpa Langgar Program Diet anda yang dah direncanakan sebelum puasa lagi. Ok jom baca.

1) KURMA

Sesuatu perkara tu kalau namanya sunnah Nabi s.a.w mesti ada hikmah dan keberkatan dari setiap sudut. Perkara pertama yang anda wajib makan selepas azan berkumandang adalah KURMA.

Kurma ni antara makanan yang boleh berikan kita rasa kenyang tau. Tapi janganlah sampai satu bekas tu anda bedal, dalam 2-3 biji pun dah cukup. Walaupun makanan sunnah, ia tetap mempunyai kalori yang patut orang berdiet hindarkan.

2) SOLAT MAGHRIB

Haa. Lepas makan kurma, teguk air segelas. Cepat-cepat pergi tunaikan solat maghrib, ye lah kan sebenarnya 5 minit pertama selepas azan adalah waktu yang sangat kritikal. Masa tu nafsu lapar semua berlumba-lumba nak tunjukkan perangai bila dengar je azan. Jadi baiklah kita undurkan diri pergi solat dulu, boleh cool down kan rasa nak terkam makanan yang membuak-buak tu kan?

3) FOKUS DAN STEADY

Walaupun makanan bersusun depan mata, set kan dalam minda makanan yang penting kita nak fokuskan. Of course lah makanan yang berkhasiat kan? Jangan fokus pada makanan-makanan yang ringan-ringan. Sebab mindset kita, bila makanan tu kecik mula lah nak makan banyak-banyak. Hakikatnya kat situ kita dah rugi pengambilan kalori yang kita boleh ambil. Lebih baik ambil makanan yang sedikit berat, tapi dalam jumlah yang terkawal. Bila kita dah kenyang, tak mahu dah pandang makanan lain kan?

4) AIR SUAM

Potong selera makan anda cepat-cepat dengan minum air suam. Dengan minum air suam, perut kita cepat kenyang. Jadi takde lah nak jamah-jamah makanan lain dah, Dah boleh fokus untuk terawih pulak kan?


Sentiasa ingatkan diri kita jangan curang dengan diet sendiri, disiplin dalam berdiet sangat penting. Barulah boleh cantik bergaya di hari raya kan. Semoga bermanfaat tips di atas.




Artikel berkaitan:

Obesiti merupakan keadaan badan bila mana lemak badan terlalu berlebihan terkumpul dalam badan seseorang lalu menyebabkan kesihatan mereka terjejas. Indikator yang menentukan seseorang tu obes atau dalam keadaan badan yang normal adalah melalui kiraan BMI mereka. Anda boleh semak BMI anda di sini. Jika BMI anda lebih dari 30, anda merupakan salah seorang yang ditahap Obes. 

Obesiti boleh menyebabkan seseorang mengalami tempoh gelap dalam hidup mereka sehinggalah mereka keluar dari kelompok obesiti tersebut. Kali ni kakyan nak kongsikan kesan obesiti terhadap tubuh badan manusia. 

1) DIABETES

Penyakit yang popular sering dikaitkan dengan obesiti adalah penyakit diabetes atau kencing manis. Pengambilan gula yang berlebihan dan malas bersenam lebih memudahkan seseorang terdedah kepada banyak risiko penyakit. Gula turut menjadi punca seseorang terkena penyakit kencing manis tahap dua. iaitu melibatkan kegagalan ginjal, tulang rapuh, hati, kemurungan dan boleh dikaitkan dengan tumor darah.

2) SAKIT JANTUNG

Tahukah anda di jantung kita juga terdapat lemak yang menyaluti yang jika terlalu tebal boleh menyebabkan tubuh badan kita tidak dapat oksigen yang mencukupi. 

Seseorang yang mengalami obes, meletakkan diri mereka dalam bahaya kerana terlalu dekat dengan risiko penyakit seperti serangan jantung, mati mengejut, dan sakit dada. Mereka yang mempunyai berat badan berlebihan juga mempunyai peratus yang tinggi untuk dapat penyakit tekanan darah tinggi.

3) KANSER

Golongan obesiti juga mempunyai risiko yang tinggi terhadap pelbagai jenis kanser, seperti kanser perut, prostat, buah pinggang dan kanser payudara. 

4) TEKANAN PERASAAN

Seseorang yang obesiti juga mempunyai kemungkinan mengalami tekanan perasaan kerana sering diejek dan di pandang rendah. Mereka juga menganggap diri mereka tidak menarik lalu menyebabkan kurang keyakinan kepada diri. Hal ini menyebabkan mereka mengalami depresi. Mental Markus M (2002) menyatakan kesan sampingan obesiti termasuklah gangguan kesihatan mental. 


CARA PENCEGAHAN

Jelas, obesiti bukanlah penyakit yang berada di tahap normal, tapi ia menyebabkan kesan yang amat buruk. Kita haruslah mengelakkan kita berada di golongan mereka yang obes. Untuk cara pencegahan obesiti, anda boleh klik di link bawah ni. 

Cara Atasi Obesiti 
Atasi Obesiti Dengan Cara Mudah

Semoga dipermudahkan urusan anda keluar dari kelompok mereka yang obesiti. 



Kakyan dah beberapa kali pergi Cameron Highland, tapi tak pernah rasa jemu. Nasib baik lah jauh dari Muar, kalau dekat rasanya hari hari naik.wehee. Paling suka sebab suasana sejuk kat sana, walaupun sebenarnya kakyan tak boleh terlampau sejuk nanti mula lah naik gatal-gatal. Tapi tetap kesukaan juga.

Ok kali ni kakyan nak kongsikan beberapa tips untuk sesiapa yang nak pergi Cameron Highland. Sebab sebenarnya percaya atau tidak, ada di kalangan kita yang tak pernah jejakkan kaki kat sana, kalau jejak pun pergi dengan rombongan sekolah tak dapat nak explore semua tempat.

Ok jom baca!

1) BIJAK PILIH TARIKH

Sepanjang kakyan pernah naik Cameron, semua tarikh ok je, cuma tahun ni salah pilih tarikh, pergi masa cuti raya cina. Ya ampun stressnya Allah je tahu. Rasanya 80% spend atas jalan je masa tu. Boleh hilanglah mood nak bercuti tu.

Jadi kalau nak pergi elakkan cuti-cuti umum dan cuti sekolah. Pergi weekend selepas cuti sekolah pun ok. Ramai orang, tapi tak delah sampai kereta atas jalan tu tak bergerak langsung.

2) NAIK TOL SIMPANG PULAI

Masa mula-mula menceburi bidang pengcameronan ni. Aha. Memang naik selalunya dari tol Tapah. Sebab ikut je abah kakyan. Tapi bila dah besor ni, mula study dari review orang. Baru tahu seeloknya naik dari Tol Simpang Pulai, memang agak jauh. Tapi jalannya lebih elok dan kita boleh kejar breakfast dekat teh Boh Sungei Palas. Apa tu Teh Boh Sungei Palas? Haa satgi kakyan cerita ya.

3) PILIH HOTEL YANG STRATEGIK

Ni serious kena pertimbangkan hat ni, jangan main book je. Tengok dulu hotel/homestay tu area mana. Kakyan pergi dua kali menginap, dua-dua dapat tempat yang line hp tak berapa ok. Agak stress lah di situ sebab kita bercuti of course nak update gambar lah, nak kongsi dengan orang kan.

Pilih hotel berdasarkan review dengan orang, sebab kadang-kadang kalau melalui apps, tak berapa clear homestay tu area mana.

4) MAKAN MAKAN MAKAN

Kat Cameron untuk makan tengahari, kakyan tak jumpa lagi tempat makan yang popular dan sedap. Selalunya main redah je mana-mana.

Bagi sesiapa yang travel memang bajet terlebih, boleh lah rasa steambot kat Cameron, sejuk-sejuk makan steambot memang melayang lah. 😜

5) TEMPAT MENARIK

🏕 Teh Boh Sungei Palas Plantation

Ok tempat ni sesiapa yang pernah tengok cerita Ombak Rindu, mesti tertanya-tanya kan kat mana dia berlakon. Teh Boh Sungei Palas ni agak tersorok tempatnya. Jalan nak masuk pun tak berapa perasan, sebab ada construction dekat simpang tu, dan jalan tak bertar.

Tapi once dah masuk, memang wajib berhenti tepi untuk ambil gambar dekat ladang teh tu, jalan masuk dia agak challenging juga lah. Kena steady dan drive carefully je.

Untuk bergambar kat area sini, memang kena parkir kereta tepi, cari area yang lapang. Sebabnya jalan dia sempit sikit

 Route to the teh house upstair, kalau bawa mak-mak yang dah sakit lutut, memang mena encourage depa. Jalan perlahan-lahan. Sebab tangga dia tinggi juga tu


Boleh pekena teh, kek, roti sambil menikmati pemandangan yang sangat mahal. Untuk breakfast sesuai lah, tapi agak mahal. Kena asing duit siap-siap untuk pergi sini

🏕Lavendar Farm

Lavendar Farm ni tempat dia memang kena mindset untuk ambil gambar dan aiskrim!. Ada bayaran tiket masuk dalam 7-10 ringgit satu kepala, kalau rasa tak berbaloi tak payah pergi pun takpe. Tapi rugilah sebab tak dapat bergambar dengan Lavendar.



Must try, aiskrim Lavendar! Ada yang tak kena dengan tekak, tapi kakyan ok je. Sedap je kat tekak kakyan ni. 

Nyummeh

🏕Big Red Farm Strawberry

Kat sini, sesiapa yang nak rasa pick strawberry boleh cuba kat sini. Tapi kakyan cadangkan takpayah pick, nanti beli kat kea farm je. Sebab bila petik sendiri, harga macam tak berbaloi sebab mahal. Kalau nak beli sayur boleh kat sini.



Makanan kat sini pub best, must try wafer dengan ice blended Strawberry dia. Memang sangat sedap, dah balik kemain terkenang-kenang.


🏕YZ farm

YZ farm ni di area Taman Sedia. Kalau tengok review jarang orang sebut tentang YZ farm ni, tapi kakyan paling suka pergi sini sebab ada kopi strawberry dan tea strawberry. Paling favourite. Diorang siap jual 3in1 untuk bawa balik sekali. Memang wajib borong.



Latest ni kakyan pergi, baru tahu kat sini juga ada jual Paten Gulai Tempoyak, dan rasa dia sangat sedap macam dekat Temerloh. Boleh lunch sekali kat sini.


🏕Pasar Malam Cameron Highland

Kalau dulu pasar malam area Brinchang, tapi sekarang untuk elakkan kesesakan depa alih letak dekat area Cameron Jaya.

Must try dekat Pasar Malam ni, sayur goreng tepung. Kena beli yang fresh baru keluar kuali, kalau tak liat nak makan. Dan kena cuba bakso gergasi. Puas makan, bebola besar gedabak.



🏕MARDI

Yang ni biasa lah kan semua pernah pergi, dalam pada sibuk ambil gambar. Boleh belajar banyak jenis bunga dengan sayur kat sini. Tiket masuk RM5. 

Bunga-bunga kat sini cantik dan unik, design bangunan kat sini pun terasa macam kat oberseaa je. 


🏕Nasi Lemak Abang Strawberry

Pernah viral nasi lemak ni, sebab guna sambal strawberry. Untuk yang kali pertama pergi dan nak rasa, boleh lah pergi. Dekat area Yz Farm tu juga. 



Rasa dia unik, tapi tak kena dengan tekak kakyan. Rasa nak bergaduh nak habiskan nasi lemak tu.. haha

🏕Kea Farm

Shopping time! Haa kalau boleh kat Cameron ni tahan nafsu, dekat tempat lain nampak strawberry ke, jagung ke, teh ke.. Jangan beli, walaupun kat pasar malam. Beli dekat Kea Farm je. 

Sebabnya kat sini lah dijual dengan harga borong. Jagung kena beli dekat area dalam sikit, sebelah kedai pokok Cactus, situ memang viral dia dedahkan Jagung Mutiara asli vs yang fake. 

Must try makanan kat sini Kambing Golek, jual betul betul kat tepi jalan selekoh. Dengan aiskrim strawberry, kedai dia berhadapan dengan kedai Kambing Golek ni. Dekat area jual pokok Cactus yang colourful




🏕Lata Iskandar

Lepas dah settle semua, masa untuk pulang! Kalau nak balik, kakyan cadangkan lalu tapah, sebabnya boleh singgah dekat Lata Iskandar ni. Kalau nak mandi-mandi pun boleh, tapi kena hati-hati lah. Sebab atas pengawasan sendiri.


Dekat sini pun ada jual kraftangan dari sekitar penduduk orang asli kat sini. Kalau berkenan boleh lah beli, sebab dah tak jumpa kedai dah nak balik nanti. 

6) TENTATIF 

kakyan lebih suka perjalanan terancang, jadi memang selalunya buat tentatif setiap kali travel. Takde lah nanti nak cancel-cancel, nak blur blur kan. Ni kakyan kongsikan tentatif yang anda boleh gunakan. 


🏕 Tentatif Cameron Highland🏕

🎊 17 Februari (Sabtu)🎊

8.00 pagi     :  Teh Boh Sungai Palas 
10.00 pagi.   :  Lavendar Farm
10.45  pagi   :  Big Red Farm + cactus farm
1.15 petang  :  Nasi Lemak Abang Strawberry
2.15 petang  :   Check In Hotel
4.15 petang  :   YZ Agro Farm 
6.30 petang :   Pasar Malam Brinchang
9.00 malam  :   Balik Hotel 
11.00 malam  :   Tidurrrr

🎊 18 Februari 2018 (Ahad) 🎊

10.00 pagi : Check Out Hotel / Sarapan
11.00 pagi  : MARDI
12.30 tghari  :Taman sedia
1.30 petang : Kea Farm

Oh ya, untuk kakyan sendiri dah menghadap syurga makanan dengan keadaan sejuk yang buat kakyan gatal-gatal. Benda-benda ni perkara yang wajib kakyan bawak. Takde lah spoil je mood kan.
 Lecithin dan Alfafa untuk detox sepanjang travel
Herbal Blend bantu hilangkan gatal-gatal

Nak order boleh tekan je link ni ya. 


Terima kasih membaca, semoga bermanfaat!