Cadangan 5 menu diet ringkas bagi wanita yang bekerja

Kakyan perasan, ramai ibu-ibu yang berkerja atau wanita-wanita yang sibuk sepanjang hari rasa diet itu sangat menyusahkan. Nak kena bangun pagi masak, leceh lah, ngantok lah. Nak kurus kena lah disiplin kan, kalau kita disiplin inshaAllah mudah untuk kurangkan berat badan tu.  


Sebenarnya makanan diet ni makanan yang paling ringkas, takde santan, tak perlu minyak, takperlu garam. Letak atas api, godak-godak, siap. 

Ok jadi artikel kali ni kakyan nak kongsikan cadangan menu ringkas yang ibu-ibu ataupun wanita-wanita yang bekerja boleh buat untuk memastikan makanan yang sihat dan berkualiti dapat masuk dalam perut kita, sekaligus bantu untuk pastikan diet kita di atas landasan yang betul.
Ayuh!

1. Sup ayam+ sup sayur 


Ayamku tenggelam di lautan cinta. eheh

Menu ni setakat ni paling kakyan suka, sebab sangat mudah nak buat. Ayam dah siapkan untuk stok seminggu, sayur carik-carik je. Sementara rebus ayam, kita boleh iron baju, kemas beg, blend ESP.

Sayur kita masukkan, sayur bayam boleh, kangkung boleh, tambah brokoli, cauliflower, carrot. 

Letak api perlahan, pergi mandi. Siap-siap. Settle.

2. Ayam Grill + Sayur Masak Stim




Ok untuk ni agak renyah sikit, tapi sangat berkhasiat. 

Ok ambil dada ayam, letak garam sikit, serbuk cili, lada sulah. Kemudian letak olive oil untuk grill dalam kuali non-stick. Tinggalkan. Pergi mandi. Lepas mandi settle. 

Sayur pun, stimkan je dalam kuali. Agak-agak dah layu tu keluarkan. 

3. Salad + Ayam Popcorn


Ok ni pun paling senang, cuma ayam tu kena goreng dulu kecil-kecil. Guna minyak olive oil ye. Asingkan, 

Salad, baby tomato, lada benggala, timun potong sesuai untuk makan, basuh kemudian letakkan dalam bekas. Campurkan ayam yang dah digoreng tadi. 

Nak lagi sedap, makan dengan mayonis. Mayonis beli yang jenama Kewpie ye.

4. Tomyam + Sayur Goreng



Yang tomyam ni masak guna paste yang jual kat kedai, tapi jangan letak semua. Masak macam biasa, cuma letak garam dalam kuantiti yang sangat sedikit. Biar ada rasa-rasa tomyam gitu je. Kalau rasa tak sempat nak masak pagi, boleh masak malam sebelum. Pagi tinggal panaskan je.

Sayur goreng macam biasa, bawang kurangkan. Guna Olive oil dalam kuantiti yang sangat minima.

5. Sup ayam  + telur + sayur


Untuk menu ni pun paling ringkas, semua masuk dalam satu periuk. Rebuskan ayam, dah mendidik masukkan telur. Kemudian masukkan sayur. Mendidih, rasa ok. Tutup api. Senang.



Untuk menu  kat atas ni, wajib Suku-suku-separuh ya, ayam masak dalam kuantiti suku, sayur separuh. Oki?

Sebenarnya selagi mana kita ni beralasan, sangat susah untuk turunkan berat badan. Jadi perkara pertama yang kena tanam rapat-rapat dalam fikiran bila nak diet, adalah Disiplin.


Untuk kakyan sendiri, kakyan amalkan suku-suku separuh, bersenam dan pengambilan supplemen yang betul. Di sini kakyan ada sharekan supplemen yang kakyan ambil.

Setakat tu perkongsian kakyan untuk artikel kali ni. Sudi kongsikan makanan diet anda yang paling ringkas? komen di bawah ya!

Terima kasih kerana membaca, semoga bermanfaat!



0 comments:

Post a Comment