Tips menghentikan berat badan daripada terus naik.


Sebelum ni seluar kegemaran anda senang je pakai, tapi haritu cuba dah tak muat. Macam biasa je kan situasi ini berlaku? Kebanyakan orang dewasa mengalami "Gejala Berat" yang sangat ditakuti, yang mana nombor di skala penimbang semakin besar hari demi hari.


Tahukah anda? hanya dengan cara anda membuat  beberapa perubahan pada gaya hidup anda, lebih mudah untuk menghalang berat badan daripada terus bertambah, bukan setakat tu, anda juga boleh hilang beberapa kg berat badan dengan cara ubah gaya hidup sahaja. Seronoknyaa..


Terdapat beberapa punca kebanyakan orang dewasa lebih mudah berat badannya bertambah berbanding orang yang lebih muda..Pertamanya, semakin meningkat usia anda, badan anda semakin perlahan bekerja.. Ia juga menyebabkan komposisi badan semakin perlahan, memperlahankan jumlah pembakaran kalori otot dan menggantikan ia dengan lemak.

Keduanya, kebanyakan orang dewasa semakin kurang aktif  pada aktiviti harian tetapi jumlah pengambilan makanan semakin banyak kuantitinya berbanding semasa muda. Kombinasi faktor umur, kurang senaman dan selera makan menjadi antara sebab kita melalui "Gejala Berat" yang ditakuti.


Disini kakyan nak kongsikan beberapa tips untuk mengelakkan berat badan berterusan meningkat.
Baca dan hadam elok-elok ya!


1. Bina otot

Salah satu cara untuk stop daripada berat badan naik bagai di pam pam ialah dengan tingkatkan metabolism melalui cara pertingkatkan otot. Pakar menyarankan untuk melakukan latihan kekuatan beberapa kali seminggu untuk mengekalkan dan membina otot. Dengan melakukan aktiviti senaman yang kerap, anda boleh dapat lebih banyak kalori dalam makanan harian tanpa menambah berat badan, dengan syarat anda memilih kalori dengan bijak.


2. Buang Tabiat Buruk 

Beberapa kesalahan kebiasaan yang boleh menyebabkan pertambahan berat badan adalah:

  • Tidak melakukan aktiviti fizikal
  • Makan di hadapan tv/laptop/handphone
  • Skip breakfast
  • Waktu makan tidak teratur
  • Menghabiskan makanan anak-anak
  • Makan terlalu banyak karbo yang ringan (roti putih) dan tidak cukup protein

Kenalpasti di mana dalam senarai kat atas ni yang selalu anda buat, dan cari cara untuk kawal pengambilan kalori anda. Jika anda penggemar makanan manis, tak jadi masalah.. Cuma ambil dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Mengambil makanan sihat tidak bermaksud kena ikut jadual makanan yang sangat ketat, tapi kawal setiap makanan yang masuk dalam mulut anda.

Pakar mengesyorkan untuk makan dalam waktu yang teratur, ambil tahu tentang kalori setiap makanan dan JANGAN SKIP BREAKFAST anda.


3. Buat perubahan kecil

Untuk mengelakkan penambahan berat badan secara kerap, anda perlu buat perubahan yang kecil dalam hidup anda. Cuba tambah 2000 langkah setiap hari dalam rutin gaya hidup anda. Buat senaman ringan 2-3 kali seminggu. Kurangkan 100 kalori dalam pengambilan makanan anda setiap hari.


Kesihatan kita bergantung 70 % pada pengambilan makanan kita, 30% sahaja daripada senaman. Kawal pengambilan makanan anda untuk mengelakkan mudarat yang besar di hari kemudian nanti. Kita juga boleh ikhtiar dengan cara mengambil Supplemen yang betul. 


Shaklee sendiri ada menyediakan formula set kurus untuk membantu anda mengawal kesihatan dalaman organ anda. Dalam set ini terdapat 3 mekanisme yang mana bantu Membakar, Membuang dan Membina otot anda. 





Nak tahu lebih lanjut tentang ESP Shaklee? boleh hubungi kakyan di butiran berikut. 

KakYan (1268629)
FB : Nur Aznayanti Mohamad Nor
Page : Shaklee By Kakyan
Instagram :shakleebykakyan
Phone : 014 622 0496




0 comments:

Post a Comment