New Year, New Dream, New Achievement

Finallyyyyyy, tersedar daripada mimpi yang sangat panjang. Bangun bangun daripada tidur terus tulis blog. Dasyat tak? haha..


Ok, sejak beberapa hari ni minat menulis tu datang membuak-buak. Then terfikir, "eh aku ada blog lah, why not hidupkan balik blog ni" Then tadaaaaa, here i am. Mencuba untuk menulis semula.


Jadi kita start sharing pada post kali ni, mengenai 'Dream', Cita-cita, impian etc etc



Memandangkan dah masuk tahun baru, usia kakyan pon dah 25 which not too young lagi dah. Impian dan cita-cita dah start susun untuk lebih kemas dan bermanfaat untuk masa depan.

Kalau dulu, time zaman zaman sekolah tudung kelepet, kain singkat kalau ditanya tentang cita-cita, impian. Of koz akan jawab, nak kereta besor, rumah besor, kerja gaji besor semua yang besor besor lah. Jawapan yang tipikal lah kan. Tapi bila  dah mula memasuki alam dewasa ni kena start muhasabah diri. Apa sebenarnya yang  kita nak capai dalam hidup kita ni. Lebih memfokuskan secara detail, dan susun cara nak capai impian tu. Bukan setakat kata-kata tanpa perancangan yang tersusun.



                                                

Impian kakyan sekarang lebih kepada keluarga, nak mak abah kita senang, bukannya mereka susah. Tapi dari sudut kewangan nampak diorang tak berapa stabil lagi, nampak kesusahan mereka lagi. Gaji kakyan sekarang ni memang tak cukup nak hulur. Sob sob. Then, kalau boleh nak bagi mak sihat macam dulu, bermaksud bagi mak makanan yang sihat. Belikan makanan tambahan yang boleh sembuhkan sakit lutut mak. Impian tu lama dah, pernah bagi mak makanan tambahan, tapi tak dapat nak consistant sebab income tak berapa mengizinkan. Sedih tengok mak simpan bakinya dalam peti ais tak berusik, sebab sayang takut habis. Huaaaa... Semoga dikurniakan rezeki untuk beri yang terbaik buat mak abah.


Yang keduanya impian kakyan, nak travel merata negara. Sebab travel walaupun dalam negara pun dah buat kakyan rasa sangat puas. Kalau sekarang ni memang dalam negara je yang boleh, sebabnya namaku tersenarai dalam senarai hitam PTPTN. Sebelum merata negara dijejaki, nak settlekan dulu hutang PTPTN ni, nak bebas hutang PTPTN. Doakan deh, semoga setiap impian ini diletakkan pada tempat yang betul, dengan cara yang betul dilaksanakan.


Tak salah bermimpi, tapi bermimpilah dengan tubuh bekerja keras laksanakan cara untuk capai mimpi tu, Sekiann semoga bermanfaat.



Love, Yanti

0 comments:

Post a Comment