Apa itu set Detox Shaklee?

Perempuan memang tak boleh dipisahkan dari topik kurus dan cantik kan? kalau scroll dekat Facebook, memang banyak sangat tips-tips cantik guna produk semulajadinya lah, guna produk yang dicadangkan beli dari Drugstore lah. Berkenaan kurus pun punyalah banyak orang bagi tips-tips kurus dalam facebook. Memang sifat peribadi perempuan nak jaga benda-benda tu. Bukan untuk ditayang pada umum, tapi lebih pada kepuasan diri sendiri. Ye dok?


Macam kakyan sendiri memang banyak sangat cuba tips-tips yang dicadangkan. Mana yang orang bagi tips semua nak cuba. Macam zaman-zaman Universiti dulu, consume satu produk ni. Memang loose banyak lah KG, tapi zaman tu memang kakyan berjalan kaki dari Kolej(tempat penginapan) ke fakulti tu, dengan bukit, tangganya lagi. Memang berpeluh lah kalau sampai kelas tu.

Tapi bila pindah Jasin, pergi mana-mana semua naik kereta. Memang bertepu lah lemak tu taknak susut, naik kelas pon naik lif. Haha. So memang naik dengan jayanya lah berat tu, Tambah pulak masa tu kakyan dah tak consume produk tu sebab tak mampu sebab student masa belajar dulu memang tak cukup lah duit, dengan assignmentnya lagi.

Kakyan juga pernah buat diet A****, yang ni pun memang lost banyak KG jugak. Tapi siapa boleh tahan hari-hari makan telur. Rasa macam lemah sangat time diet tu. And then bila stop je, berat naik dengan cepat dan banyak KG naik. Time diet lost 4 kg contohnya, naik sampai 6 kg. Fuhh..

Bila difikir-fikir, semua diet yang kakyan buat memang tak sihat, sebab dulu mindset, diet je tak boleh makan nasi. Makan kuantiti sikit. Tapi sebenarnya salah apa yang kakyan mindset tu. Tu lah bila Kak Zu kenalkan kakyan dengan produk Shaklee, mulanya kakyan tak percaya. Macam mana boleh kurus dengan hanya makan supplement, tapi nasi semua boleh makan. Tapi dalam tak percaya tu, kakyan buat juga research, macam tertarik dengan produk Shaklee.

So, kakyan contact Kak Zu nak try set basic detox, sebab nak beli fullset berpeluh juga dahi. So bermula lah journey detox kakyan. Kakyan buat program detox seminggu, memang shaklee sediakan meal plan untuk sepanjang seminggu tu. Time tu memang seronok lah, badan rasa ringan, tak banyak lost tapi orang tegur nampak makin susut. Sejak tu jatuh cinta dengan set Detox Shaklee.


So,

Apa itu Set Detox Shaklee?

Set Detox Shaklee ni, supplement yang termasuk dalam set ni ialah,
Alfafa, Herb Lax, Dtx, Vivix dan Peppermint Ginger Plus.


Apa yang best tentang set detox ni ialah produknya sendiri. Apa yang kakyan suka pasal Shaklee ni sebab supplement diorang memang 100% bahan semulajadi. Memang tak ragu-ragu untuk gunakan Shaklee lepas kita study betul-betul pasal Shaklee ni.


Ok kakyan nak sharing pasal kebaikan setiap produk dalam set Detox ni.


1. Alfafa


Alfafa ni sejenis tumbuhan yang tinggi nutrien sebab akarnya yang panjang dan dalam dapat menyerap pelbagai mineral. Alfafa ni dia dapat membantu melawan asid yang terjadi akibat toksin yang berlebihan dalam badan dan turut membantu menurunkan berat badan. Cara consume Alfafa ni kena ambil selepas makan tau, macam kakyan sendiri kalau lepas makan telan alfafa ni memang terus lawasa lah pembuangannya tu.


2. Herb Lax


Herb Lax ni memang favourite kakyan, selalu kena ambil sebelum tidur. Esok bangun pagi memang flush habis toksin toksin dalam badan. Kakyan kalau ada job, memang malam sebelum tu tak berani ambil Herb Lax, kalau tak memang ke tandas je lah perginya. Herb Lax ni dia mengandungi Daun Senna tau yang berfungi untuk mengelakkan sembeli dan sangat bagus untuk kesihatan usus dan lancarkan sistem pencernaan. Kalau bahasa geng-geng shaklee kami panggil Herb-Lax ni julap. Haha


3. DTX Complex


DTX ni fungsi utama dia untuk detox hati, tahu tak kat hati kita ni pun ada lemak-lemak yang melekat kat situ. Bila ada lemak-lemak selaput hati kita penat jadinya dia nak kerja. So DTX ni menagndungi Milk Thistle yang memang sejak turun temurun digunakan secara semulajadi untuk detox hati. DTX ni bantu untuk menyingkirkan toksin dari hari dengan lebih efisyien dan merangsang pertumbuhan semula hati yang rosak.


4. Peppermint Ginger Plus


Macam namanya, dalam Peppermint Ginger Plus ni ada daun pudina dan halia. Bertujuan untuk menghilangkan angin dan kembung perut. Dalam peppermint ni juga ada jintan manis dan bunga lawang. Memang lengkap lah dengan bahan-bahan tradisional yang berfungsi untul mengurangkan angin di usus dan perut untuk melancarkan proses penghadaman.


5.Vivix


Vivix ni pula mengandungi anggur Muscadine iaitu sejenis polyphenol yang tinggi antioksida dan energy booster yang hebat. Semasa detox, Vivix membantu untuk beri tenaga pada sel untuk membaik pulih kesan toksin yang merosakkan badan dan beri tenaga untuk menyahtoksin dengan lebih efisyen




Jadi memang sangat-sangat best set detox Shaklee ni, kalau dulu fikir diet nak kurus je. Tapi sekarang boleh ubah mindset untuk kurus dan sihat. Makan apa-apa supplemen pon kalau tak bersukan sangat susah untuk turunkan berat badan tu. Kakyan pun sedang usaha untuk istiqomah bersukan, tak perlu yang berat-berat 30 minit sehari pun dah cukup.

Oh ya kalau sesiap berminat untuk cuba Set Detox Shaklee ni boleh contact Kakyan ya!

Shaklee Independent Distributor

KakYan (1268629)
FB : Nur Aznayanti Mohamad Nor
Phone : 014 622 0496


Jumpa lagi dalam post akan datang!

0 comments:

Post a Comment