Frasa 'eat clean' jadi fofular kebelakangan ini, sejak bermacam penyakit didiagnos pada orang Malaysia. Ramai mula mendapat kesedaran untuk mula menjaga makan sejak dari muda lagi. Eat clean adalah cara pemakanan yang memfokuskan pada makanan yang sihat cukup semua nutrisi. Yang bestnya tak tinggalkan nasi macam certain diet plan. Jadi, cara pemakanan ni menarik ramai rakyat Malaysia untuk mencuba kerana pemilihan makanan tidak terlalu strict, makan enjoy-enjoy pun boleh kurus tauuu. Cuma kena ikut beberapa guidelines lah untuk pastikan makanan yang kita makan, betul -betul sihat dan segar.
Eat clean tidak memfokuskan kepada jumlah kalori yang kena ambil, protin dan lemak , tapi lebih kepada mengurangkan makanan proses dan memaksimakan makanan yang segar yang memberikan nutrisi yang sangat bagus.
Artikel kali ni kakyan nak beri 10 tips untuk amalkan eat clean ni. Check this out.
1. Melebihkan sayur dan buah-buahan
Sayur dan buah-buahan merupakan makanan sihat yang tidak boleh disangkal lagi. Ia penuh dengan fiber, vitamin, mineral dan jisim tumbuhan yang membantu melawan keradangan dan melindungi sel daripada rosak.
Tambahan pula, banyak kajian dapat mengkaitkan dengan mengambil lebih buah-buahan dan sayur-sayuran dapat mengurangkan risiko kanser, penyakit hati dan penyakit lain.
Buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar makanan yang sangat sesuai untuk pengamalan eat clean terutamanya yang mengambil selepas basuh dan bersihkan sejurus selepas memetiknya.
2. Limitkan pengambilan makanan berproses
Makanan berproses memang bertentangan dengan gaya pemakanan eat clean kerana ia telah diubah suai, ditambah bahan tambahan yang melarikan nutrien asal makanan tersebut.
Kebanyakan daripada makanan berproses telah kehilangan sedikit daripada fiber dan nutrien makanan tersebut, malah sudah di tambah gula, bahan kimia dan bahan-bahan yang tidak sihat dalam proses pemprosesan. Makanan berproses boleh menyebabkan keradangan dan memberi risiko yang tinggi untuk penyakit jantung.
Walaupun bahan yang tidak sihat tidak ditambah ke dalam makanan berproses tersebut. Tetapi, makanan tersebut tetap kekurangan banyak nutrisi berbanding makanan yang segar. Makanan berproses juga menggunakan kurang tenaga untuk penghadaman dan penyerapan berbanding makanan yang segar, membuatkan menjadi punca berat badan naik lama-kelamaan.
3. Baca label
Walaupun eat clean menggunakan bahan yang segar, tetapi ada beberapa jenis makanan yang berpek boleh disertakan. Contohnya, kekacang, daging yang sudah dipek dan makanan-makanan lain.
Sangat penting untuk kita baca label untuk pastikan tidak terdapat sebarang bahan tambahan yang tidak sihat. Contohnya, banyak kekacang yang di panggang dengan minyak sayur yang mana boleh mendedahkan ia kepada kerosakan berkaitan haba.
Contoh yang lain, campuran salad yang dijual segar yang mudah terus untuk makan dapat jimatkan masa untuk masak. Tetapi, pastikan baca label bahan-bahan untuk mengelakkan sebarang bahan tambahan, terutamanya pada sos salad yang selalunya disertakan bersama.
4. Jadikan air mineral minuman utama anda
Air mineral adalah air yang paling sihat dan natural yang boleh anda minum. Tiada bahan tambahan, gula atau bahan lain yang meragukan. Air juga menjadi punca utama untuk mengelakkan hidrasi. Tambahan pula, minum air yang banyak dapat membantu anda mencapai berat badan yang sihat.
Air manis pula sering dikaitkan dengan diabetes, obesiti dan penyakit yang lain. Air buah juga boleh menyebabkn masalah yang sama kerana ia mengandungi jumlah gula yang tinggi. Minuman ini snagat-sangat perlu dielakkan terutamanya bagi mereka yang mengamalkan eat clean.
Kopi dan tea kosong juga merupakan pilihan yang bagus kerana ia membekalkan beberapa kesihatan untuk badan kita, tetapi bagi mereka yang sensitif dengan kafein dinasihatkan untuk ambil dalam jumlah yang sangat sedikit.
5.Elakkan minyak sayuran
Minyak sayuran dan margarine tidak memenuhi kriteria dalam pengalaman makanan sihat. Ia dihasilkan dengan mengeluarkan minyak dari biji dan sayur-sayuran menggunakan bahan kimia, menjadikannya ia makanan yang diproses dengan kadar yang tinggi.
Ia juga mengandungi asid lemak omega-6 yang sangat tinggi, yang mana sering dikaitkan dengan keradangan dan peningkatan risiko penambahan berat badan dan penyakit jantung. Di samping itu, struktur kimia di dalam minyak ini menjadikan mereka mudah terdedah kepada kerosakan , terutamanya di bawah keadaan haba yang tinggi atau pendedahan kepada udara.
Sesetengah marjerin masih mengandungi lemak trans sintetik juga, walaupun banyak pengeluar makanan telah membuang lemak itu daripada bahan utama kerana masalah kesihatan.
Pilih minyak yang melalui proses pemprosesan yang minimum dan memberi manfaat kesihatan yang paling besar, seperti minyak kelapa dara tambahan, minyak zaitun dan mentega dari lembu yang diberi makan rumput.
Kakyan harap tips-tips kat atas ni dapat memberikan jalan yang jelas untuk memulakan cara pemakanan yang sihat. Jika anda ikut tips-tips ni insyaAllah proses penurunan berat badan akan jadi lebih mudah, dan kesihatan badan dapat dijaga pada tahap optimum.
Mengamalkan pemakanan yang sihat adalah gaya hidup, bukan jalan pantas untuk membetulkan sistem dalam badan kita yang sudah beberapa tahun rosak akibat cara pemakanan yang tidak betul.
Semoga tips-tips di atas bermanfaat untuk anda semua!
Nak tahu lebih lanjut tentang ESP Shaklee? boleh hubungi kakyan di butiran berikut.
KakYan (1268629)
FB : Nur Aznayanti Mohamad Nor
Page : Shaklee By Kakyan
Instagram :shakleebykakyan
Phone : 014 622 0496
0 comments:
Post a Comment