Metabolisme dan diet

Apa itu Metabolisme?

Metabolisme adalah proses badan untuk menukarkan kalori daripada makanan kepada tenaga. Keperluan kalori atau tenaga setiap orang berbeza-beza mengikut gaya hidup masing-masing. Contohnya lelaki dewasa yang aktif yang berusia antara 20-39 tahan dengan seberat 55 kilogram memerlukan 2,530 kalori sehari, manakala wanita dewasa sederhana aktif pula memerlukan 2,000 kalori sehari. Jika anda tidak aktif, keperluan tenaga harian adalah jauh lebih rendah.


Semakin tinggi metabolisme, semakin mudah proses penurunan berat badan berlaku. Kali ni kakyan nak sharekan cara-cara untuk tingkatkan metabolisme tubuh badan kita. Jom review satu-satu.


1.Memperbanyakkan minum air sejuk


Tahukah anda?
Seseorang yang mengambil minuman sejuk berbanding minuman yang bergula lebih berjaya dalam proses penurunan berat badan. Hal ini adalah kerana minuman bergula mempunyai kalori yang tinggi. 


Kesan pembakaran kalori juga lebih tinggi jika anda minum air sejuk kerana badan anda akan menggunakan tenaga untuk memanaskan suhu badan.

Kajian juga menunjukkan minum 0.5 liter air dapat meningkatkan metabolisme sebanyak 10-30 % selama kira-kira satu jam.

Pengambilan air yang kerap juga boleh membantu mengenyangkan perut anda. Satu kajian terhadap orang dewasa yang berlebihan berat membuktikan mereka yang minum setengah liter air sebelum makan kehilangan lebih 44% berat berbanding mereka yang tidak berbuat sedemikian.


2. Lakukan latihan intensiti tinggi (HIIT)




High-Intensity Interval Training(HIIT) melibatkan gerakan yang sangat kuat dan cepat. Ia dapat membantu lebih banyak kalori dan meningkatkan kadar metabolisme anda walaupun setelah selesai senaman.

Satu kajian pada lelaki muda yang terlebih berat badan membuktikan setelah 12 minggu melakukan HIIT lemak yang dapat dibuang ialah 2 kg dan lemak perut sebanyak 17 %.



Anda boleh search  di Youtube senaman HIIT, dan yang bestnya tentang HIIT ni anda boleh buat senaman tersebut di rumah sendiri.




3. Memperbanyakkan berdiri

Duduk terlalu banyak adalah tidak elok untuk kesihatan anda.


Pakar kesihatan menyebutkan ia sebagai 'cara merokok terbaru'. Ini kerana duduk dalam jangka masa panjang membakar sangat sedikit kalori dan boleh menyebabkan penambahan berat badan.

Malah, berdiri di waktu petang di tempat kerja boleh membakar 174 kalori berbanding duduk sahaja. Jika anda bekerja sebagai kerani, programmer yang mana memang kerja menghadap laptop je boleh lah cuba berdiri dalam tempoh yang singkat untuk memecahkan tempoh masa yang anda habiskan dengan duduk sahaja.



4. Minum Teh Hijau

Teh Hijau dapat meningkatkan metabolisme sebanyak 4-5 %. Tea ini membantu untuk menukar sedikit lemak yang terkumpul dalam badan kita untuk jadi lemak acid yang bebas, yang mana meningkatkan pembakaran lemak sebanyak 10-17%


Teh hijau juga mempunyai kalori yang sangat rendah bagus untuk penurunan berat badan dan memberikan berat yang statik.


5. Makan makanan pedas

Lada memngandungi capsaicin bahan yang dapat meningkatkan metabolisme anda. Satu kajian ke atas capsaicin dalam kuantiti yang sesuai, menunjukkan makan lada boleh membakar lebih kalori sekitar 10 kalori per hidangan. Lebih 6.5 tahun, ia boleh disimpulkan sebagai pengurangan berat badan sebanyak  0.5 kg untuk purata berat lelaki.


6. Dapatkan tidur yang cukup

Kekurangan tidur dikaitkan dengan sebab utama risiko untuk dapat obesiti. Ini adalah kerana kekurangan tidur membawa kesan yang negatif pada metabolisme badan kita. Kekurangan tidur juga dikaitkan dengan peningkatan kadar gula dalam darah yang boleh meningkatkan risiko yang lebih tinggi untuk di mendapat diabetis jenis 2.

Kekurangan tidur juga boleh meningkatkan hormon kelaparan(ghrelin) dan mengurangkan hormon kenyang(leptin). Disebabkan itu orang yang kurang tidur cepat berasa lapar dan sangat susah untuk menurunkan berat badan.

7. Memperbanyakkan pengambilan protein

Memperbanyakkan protein dalam hidangan dapat meningkatkan metoblisme and untuk beberapa jam. Ia juga dapat membantu anda untuk merasa lebih kenyang dan mengelakkan anda terlebih makan.


Makan lebih protein juga boleh mengurangkan penurunan metablosime yang serong dikatikan dengan pengurangan lemak. Ini kerana ia membantu untuk mengekalkan otot. Protein bermanfaat untuk membantu membakar kalori sehingga 35 %



Tahukah anda?

Energizing Soy Protein atau dikenali sebagai ESP Shaklee adalah produk yang berasaskan soya yang mengandungi protin. Kebaikan ESP Shaklee sebagai sumber protein terbaik:



Shaklee mengambill anisiatif untuk menghasilkan supplemen yang berasaskan daripada sumber tumbuhan seperti kacang soya. Ini adalah kerana kacang soya mengandungi  9 jenis amino asid yang lengkap untuk keperluan badan manusia. Kebaikan protein tumbuhan yang tiada dalam protein haiwan adalah isoflavon. ESP Shaklee adalah sumber soya yang tidak diubahsuai secara ginetik, tiada hormon tambahan untuk bantu mempercepatkan pertumbuhan.

Soya yang terdapat didalam ESP Shaklee diproses dengan menggunakan air untuk mengekalkan keaslian isoflavon soya seperti genistein dan daidzen berbanding jenama lain yang menggunakan alcohol untuk membasuh soya.

ESP Shaklee mempunyai glisemik indek yang rendah jadi ia akan member tenaga dalam jangka masa yang panjang tanpa meningkatkan kandungan gula dalam darah.


Nak tahu lebih lanjut tentang ESP Shaklee? boleh hubungi kakyan di butiran berikut. 


KakYan (1268629)
FB : Nur Aznayanti Mohamad Nor
Page : Shaklee By Kakyan
Instagram :shakleebykakyan
Phone : 014 622 0496

0 comments:

Post a Comment