Frasa 'eat clean' jadi fofular kebelakangan ini, sejak bermacam penyakit didiagnos pada orang Malaysia. Ramai mula mendapat kesedaran untuk mula menjaga makan sejak dari muda lagi. Eat clean adalah cara pemakanan yang memfokuskan pada makanan yang sihat cukup semua nutrisi. Yang bestnya tak tinggalkan nasi macam certain diet plan. Jadi, cara pemakanan ni menarik ramai rakyat Malaysia untuk mencuba kerana pemilihan makanan tidak terlalu strict,  makan enjoy-enjoy  pun boleh kurus tauuu. Cuma kena ikut beberapa guidelines lah untuk pastikan makanan yang kita makan, betul -betul sihat dan segar.
Eat clean tidak memfokuskan kepada jumlah kalori yang kena ambil, protin dan lemak , tapi lebih kepada mengurangkan makanan proses dan memaksimakan makanan yang segar yang memberikan nutrisi yang sangat bagus. 
 Artikel kali ni kakyan nak beri 10 tips untuk amalkan eat clean ni. Check this out. 
1. Melebihkan sayur dan buah-buahan
Sayur dan buah-buahan merupakan makanan sihat yang tidak boleh disangkal lagi. Ia penuh dengan fiber, vitamin, mineral dan jisim tumbuhan yang membantu melawan keradangan dan melindungi sel daripada rosak.


Tambahan pula, banyak kajian dapat mengkaitkan dengan mengambil lebih buah-buahan dan sayur-sayuran dapat mengurangkan risiko kanser, penyakit hati dan penyakit lain.
Buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar makanan yang sangat sesuai untuk pengamalan eat clean terutamanya yang mengambil selepas basuh dan bersihkan sejurus selepas memetiknya. 
2. Limitkan pengambilan makanan berproses
Makanan berproses memang bertentangan dengan gaya pemakanan eat clean kerana ia telah diubah suai, ditambah bahan tambahan yang melarikan nutrien asal makanan tersebut.

Kebanyakan daripada makanan berproses telah kehilangan sedikit daripada fiber dan nutrien makanan tersebut, malah sudah di tambah gula, bahan kimia dan bahan-bahan yang tidak sihat dalam proses pemprosesan. Makanan berproses boleh menyebabkan keradangan dan memberi risiko yang tinggi untuk penyakit jantung.
Walaupun bahan yang tidak sihat tidak ditambah ke dalam makanan berproses tersebut. Tetapi, makanan tersebut tetap kekurangan banyak nutrisi berbanding makanan yang segar.  Makanan berproses juga menggunakan kurang tenaga untuk penghadaman dan penyerapan berbanding makanan yang segar, membuatkan menjadi punca berat badan naik lama-kelamaan.
3. Baca label
Walaupun eat clean menggunakan bahan yang segar, tetapi ada beberapa jenis makanan yang berpek boleh disertakan. Contohnya, kekacang, daging yang sudah dipek dan makanan-makanan lain.

Sangat penting untuk kita baca label untuk pastikan tidak terdapat sebarang bahan tambahan yang tidak sihat. Contohnya, banyak kekacang yang di panggang dengan minyak sayur yang mana boleh mendedahkan ia kepada kerosakan berkaitan haba.
Contoh yang lain, campuran salad yang dijual segar yang mudah terus untuk makan dapat jimatkan masa untuk masak. Tetapi, pastikan baca label bahan-bahan untuk mengelakkan sebarang bahan tambahan, terutamanya pada sos salad yang selalunya disertakan bersama.
4. Jadikan air mineral minuman utama anda
Air mineral adalah air yang paling sihat dan natural yang boleh anda minum. Tiada bahan tambahan, gula atau bahan lain yang meragukan. Air juga menjadi punca utama untuk mengelakkan hidrasi. Tambahan pula, minum air yang banyak dapat membantu anda mencapai berat badan yang sihat.
Air manis pula sering dikaitkan dengan diabetes, obesiti dan penyakit yang lain. Air buah juga boleh menyebabkn masalah yang sama kerana ia mengandungi jumlah gula yang tinggi. Minuman ini snagat-sangat perlu dielakkan terutamanya bagi mereka yang mengamalkan eat clean.

Kopi dan tea kosong juga merupakan pilihan yang bagus kerana ia membekalkan beberapa kesihatan untuk badan kita, tetapi bagi mereka yang sensitif dengan kafein dinasihatkan untuk ambil dalam jumlah yang sangat sedikit.
5.Elakkan minyak sayuran
Minyak sayuran dan margarine tidak memenuhi kriteria dalam pengalaman makanan sihat. Ia dihasilkan dengan mengeluarkan minyak dari biji dan sayur-sayuran menggunakan bahan kimia, menjadikannya ia makanan yang diproses dengan kadar yang tinggi.

Ia juga mengandungi asid lemak omega-6 yang sangat tinggi, yang mana sering dikaitkan dengan keradangan dan peningkatan risiko penambahan berat badan dan penyakit jantung. Di samping itu, struktur kimia di dalam minyak ini menjadikan mereka mudah terdedah kepada kerosakan , terutamanya di bawah keadaan haba yang tinggi atau pendedahan kepada udara.
Sesetengah marjerin masih mengandungi lemak trans sintetik juga, walaupun banyak pengeluar makanan telah membuang lemak itu daripada bahan utama kerana masalah kesihatan.
Pilih minyak yang melalui proses pemprosesan yang minimum dan memberi manfaat kesihatan yang paling besar, seperti minyak kelapa dara tambahan, minyak zaitun dan mentega dari lembu yang diberi makan rumput.

Kakyan harap tips-tips kat atas ni dapat memberikan jalan yang jelas untuk memulakan cara pemakanan yang sihat. Jika anda ikut tips-tips ni insyaAllah proses penurunan berat badan akan jadi lebih mudah, dan kesihatan badan dapat dijaga pada tahap optimum.
Mengamalkan pemakanan yang sihat adalah gaya hidup, bukan jalan pantas untuk membetulkan sistem dalam badan kita yang sudah beberapa tahun rosak akibat cara pemakanan yang tidak betul.
Semoga tips-tips di atas bermanfaat untuk anda semua!

Nak tahu lebih lanjut tentang ESP Shaklee? boleh hubungi kakyan di butiran berikut. 

KakYan (1268629)
FB : Nur Aznayanti Mohamad Nor
Page : Shaklee By Kakyan
Instagram :shakleebykakyan
Phone : 014 622 0496

Sebelum ni seluar kegemaran anda senang je pakai, tapi haritu cuba dah tak muat. Macam biasa je kan situasi ini berlaku? Kebanyakan orang dewasa mengalami "Gejala Berat" yang sangat ditakuti, yang mana nombor di skala penimbang semakin besar hari demi hari.


Tahukah anda? hanya dengan cara anda membuat  beberapa perubahan pada gaya hidup anda, lebih mudah untuk menghalang berat badan daripada terus bertambah, bukan setakat tu, anda juga boleh hilang beberapa kg berat badan dengan cara ubah gaya hidup sahaja. Seronoknyaa..


Terdapat beberapa punca kebanyakan orang dewasa lebih mudah berat badannya bertambah berbanding orang yang lebih muda..Pertamanya, semakin meningkat usia anda, badan anda semakin perlahan bekerja.. Ia juga menyebabkan komposisi badan semakin perlahan, memperlahankan jumlah pembakaran kalori otot dan menggantikan ia dengan lemak.

Keduanya, kebanyakan orang dewasa semakin kurang aktif  pada aktiviti harian tetapi jumlah pengambilan makanan semakin banyak kuantitinya berbanding semasa muda. Kombinasi faktor umur, kurang senaman dan selera makan menjadi antara sebab kita melalui "Gejala Berat" yang ditakuti.


Disini kakyan nak kongsikan beberapa tips untuk mengelakkan berat badan berterusan meningkat.
Baca dan hadam elok-elok ya!


1. Bina otot

Salah satu cara untuk stop daripada berat badan naik bagai di pam pam ialah dengan tingkatkan metabolism melalui cara pertingkatkan otot. Pakar menyarankan untuk melakukan latihan kekuatan beberapa kali seminggu untuk mengekalkan dan membina otot. Dengan melakukan aktiviti senaman yang kerap, anda boleh dapat lebih banyak kalori dalam makanan harian tanpa menambah berat badan, dengan syarat anda memilih kalori dengan bijak.


2. Buang Tabiat Buruk 

Beberapa kesalahan kebiasaan yang boleh menyebabkan pertambahan berat badan adalah:

  • Tidak melakukan aktiviti fizikal
  • Makan di hadapan tv/laptop/handphone
  • Skip breakfast
  • Waktu makan tidak teratur
  • Menghabiskan makanan anak-anak
  • Makan terlalu banyak karbo yang ringan (roti putih) dan tidak cukup protein

Kenalpasti di mana dalam senarai kat atas ni yang selalu anda buat, dan cari cara untuk kawal pengambilan kalori anda. Jika anda penggemar makanan manis, tak jadi masalah.. Cuma ambil dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Mengambil makanan sihat tidak bermaksud kena ikut jadual makanan yang sangat ketat, tapi kawal setiap makanan yang masuk dalam mulut anda.

Pakar mengesyorkan untuk makan dalam waktu yang teratur, ambil tahu tentang kalori setiap makanan dan JANGAN SKIP BREAKFAST anda.


3. Buat perubahan kecil

Untuk mengelakkan penambahan berat badan secara kerap, anda perlu buat perubahan yang kecil dalam hidup anda. Cuba tambah 2000 langkah setiap hari dalam rutin gaya hidup anda. Buat senaman ringan 2-3 kali seminggu. Kurangkan 100 kalori dalam pengambilan makanan anda setiap hari.


Kesihatan kita bergantung 70 % pada pengambilan makanan kita, 30% sahaja daripada senaman. Kawal pengambilan makanan anda untuk mengelakkan mudarat yang besar di hari kemudian nanti. Kita juga boleh ikhtiar dengan cara mengambil Supplemen yang betul. 


Shaklee sendiri ada menyediakan formula set kurus untuk membantu anda mengawal kesihatan dalaman organ anda. Dalam set ini terdapat 3 mekanisme yang mana bantu Membakar, Membuang dan Membina otot anda. 





Nak tahu lebih lanjut tentang ESP Shaklee? boleh hubungi kakyan di butiran berikut. 

KakYan (1268629)
FB : Nur Aznayanti Mohamad Nor
Page : Shaklee By Kakyan
Instagram :shakleebykakyan
Phone : 014 622 0496




Apa itu Metabolisme?

Metabolisme adalah proses badan untuk menukarkan kalori daripada makanan kepada tenaga. Keperluan kalori atau tenaga setiap orang berbeza-beza mengikut gaya hidup masing-masing. Contohnya lelaki dewasa yang aktif yang berusia antara 20-39 tahan dengan seberat 55 kilogram memerlukan 2,530 kalori sehari, manakala wanita dewasa sederhana aktif pula memerlukan 2,000 kalori sehari. Jika anda tidak aktif, keperluan tenaga harian adalah jauh lebih rendah.


Semakin tinggi metabolisme, semakin mudah proses penurunan berat badan berlaku. Kali ni kakyan nak sharekan cara-cara untuk tingkatkan metabolisme tubuh badan kita. Jom review satu-satu.


1.Memperbanyakkan minum air sejuk


Tahukah anda?
Seseorang yang mengambil minuman sejuk berbanding minuman yang bergula lebih berjaya dalam proses penurunan berat badan. Hal ini adalah kerana minuman bergula mempunyai kalori yang tinggi. 


Kesan pembakaran kalori juga lebih tinggi jika anda minum air sejuk kerana badan anda akan menggunakan tenaga untuk memanaskan suhu badan.

Kajian juga menunjukkan minum 0.5 liter air dapat meningkatkan metabolisme sebanyak 10-30 % selama kira-kira satu jam.

Pengambilan air yang kerap juga boleh membantu mengenyangkan perut anda. Satu kajian terhadap orang dewasa yang berlebihan berat membuktikan mereka yang minum setengah liter air sebelum makan kehilangan lebih 44% berat berbanding mereka yang tidak berbuat sedemikian.


2. Lakukan latihan intensiti tinggi (HIIT)




High-Intensity Interval Training(HIIT) melibatkan gerakan yang sangat kuat dan cepat. Ia dapat membantu lebih banyak kalori dan meningkatkan kadar metabolisme anda walaupun setelah selesai senaman.

Satu kajian pada lelaki muda yang terlebih berat badan membuktikan setelah 12 minggu melakukan HIIT lemak yang dapat dibuang ialah 2 kg dan lemak perut sebanyak 17 %.



Anda boleh search  di Youtube senaman HIIT, dan yang bestnya tentang HIIT ni anda boleh buat senaman tersebut di rumah sendiri.




3. Memperbanyakkan berdiri

Duduk terlalu banyak adalah tidak elok untuk kesihatan anda.


Pakar kesihatan menyebutkan ia sebagai 'cara merokok terbaru'. Ini kerana duduk dalam jangka masa panjang membakar sangat sedikit kalori dan boleh menyebabkan penambahan berat badan.

Malah, berdiri di waktu petang di tempat kerja boleh membakar 174 kalori berbanding duduk sahaja. Jika anda bekerja sebagai kerani, programmer yang mana memang kerja menghadap laptop je boleh lah cuba berdiri dalam tempoh yang singkat untuk memecahkan tempoh masa yang anda habiskan dengan duduk sahaja.



4. Minum Teh Hijau

Teh Hijau dapat meningkatkan metabolisme sebanyak 4-5 %. Tea ini membantu untuk menukar sedikit lemak yang terkumpul dalam badan kita untuk jadi lemak acid yang bebas, yang mana meningkatkan pembakaran lemak sebanyak 10-17%


Teh hijau juga mempunyai kalori yang sangat rendah bagus untuk penurunan berat badan dan memberikan berat yang statik.


5. Makan makanan pedas

Lada memngandungi capsaicin bahan yang dapat meningkatkan metabolisme anda. Satu kajian ke atas capsaicin dalam kuantiti yang sesuai, menunjukkan makan lada boleh membakar lebih kalori sekitar 10 kalori per hidangan. Lebih 6.5 tahun, ia boleh disimpulkan sebagai pengurangan berat badan sebanyak  0.5 kg untuk purata berat lelaki.


6. Dapatkan tidur yang cukup

Kekurangan tidur dikaitkan dengan sebab utama risiko untuk dapat obesiti. Ini adalah kerana kekurangan tidur membawa kesan yang negatif pada metabolisme badan kita. Kekurangan tidur juga dikaitkan dengan peningkatan kadar gula dalam darah yang boleh meningkatkan risiko yang lebih tinggi untuk di mendapat diabetis jenis 2.

Kekurangan tidur juga boleh meningkatkan hormon kelaparan(ghrelin) dan mengurangkan hormon kenyang(leptin). Disebabkan itu orang yang kurang tidur cepat berasa lapar dan sangat susah untuk menurunkan berat badan.

7. Memperbanyakkan pengambilan protein

Memperbanyakkan protein dalam hidangan dapat meningkatkan metoblisme and untuk beberapa jam. Ia juga dapat membantu anda untuk merasa lebih kenyang dan mengelakkan anda terlebih makan.


Makan lebih protein juga boleh mengurangkan penurunan metablosime yang serong dikatikan dengan pengurangan lemak. Ini kerana ia membantu untuk mengekalkan otot. Protein bermanfaat untuk membantu membakar kalori sehingga 35 %



Tahukah anda?

Energizing Soy Protein atau dikenali sebagai ESP Shaklee adalah produk yang berasaskan soya yang mengandungi protin. Kebaikan ESP Shaklee sebagai sumber protein terbaik:



Shaklee mengambill anisiatif untuk menghasilkan supplemen yang berasaskan daripada sumber tumbuhan seperti kacang soya. Ini adalah kerana kacang soya mengandungi  9 jenis amino asid yang lengkap untuk keperluan badan manusia. Kebaikan protein tumbuhan yang tiada dalam protein haiwan adalah isoflavon. ESP Shaklee adalah sumber soya yang tidak diubahsuai secara ginetik, tiada hormon tambahan untuk bantu mempercepatkan pertumbuhan.

Soya yang terdapat didalam ESP Shaklee diproses dengan menggunakan air untuk mengekalkan keaslian isoflavon soya seperti genistein dan daidzen berbanding jenama lain yang menggunakan alcohol untuk membasuh soya.

ESP Shaklee mempunyai glisemik indek yang rendah jadi ia akan member tenaga dalam jangka masa yang panjang tanpa meningkatkan kandungan gula dalam darah.


Nak tahu lebih lanjut tentang ESP Shaklee? boleh hubungi kakyan di butiran berikut. 


KakYan (1268629)
FB : Nur Aznayanti Mohamad Nor
Page : Shaklee By Kakyan
Instagram :shakleebykakyan
Phone : 014 622 0496
Pada zaman sekarang ni ramai pilih cara kurus yang mudah dan cepat berbanding cara yang selamat dan sihat. Disebabkan tu lah ramai yang kurus dalam tempoh yang sekejap je, dan cepat naik semula berat badan tapi lebih gemuk dari sebelum diet. Sayang lah kan? penat je makan kawal, buat senaman tapi kejap je dah naik badan semula.


Kat sini kakyan nak share beberapa tips untuk kurus dengan cara mudah tapi sihat. Meh baca.


1. Ubah gaya hidup anda.


kredit http://tazkirah.net

Ramai orang yang nak kurus terus stop makan nasi, sanggup berlapar. Tapi sebenarnya apa yang perlu kita buat adalah, tukar gaya hidup kita. Kita bebas makan apa sahaja tapi dengan cara yang terkawal. Ubah gaya hidup kita, kalau sebelum ni tak pernah bersenam dalam seminggu, cuba bersenam yang ringan-ringan pun tak apa. Sedikit-sedikit tingkatkan rutin, kalau sebelum ni seminggu Squat 10 kali je, naikkan jadi 15 dan seterusnya.


Kalau sebelum ni makan apa sahaja yang kita suka, pantang tekak teringin. Mulakan ambil tahu kalori dalam setiap makanan yang kita ambil. Pengambilan kalori bagi setiap tubuh manusia berbeza, boleh semak kalori intake di website http://nusaybahanuwar.com/ilmu-kurus-1m-jom-kira-bmi-bmr-dan-dcr/.

2. Kurangkan makan di luar dan restoren.

kredit http://sportyjuice.com


Kenapa kakyan tulis kurangkan makan di luar? sebabnya makan kat luar kita tak tahu ingredient setiap makanan yang masuk dalam perut kita. Biasakan memasak, yang simple-simple pun takpe, yang penting kenyang. Amalkan makan suku-suku -separuh, nasi dan lauk suku, sayur separuh.

Dan, kalau nak juga makan kat luar, pilih makanan yang sedikit jumlah kalorinya, kalau nak order nasi, pastikan ada orang lain yang willing untuk kongsi dengan anda. Air elakkan air manis kalau boleh, kalau nak order, air suam atau air limau tanpa gula. Kurangkan gula dalam minuman, lebihkan manis dalam senyuman. Hehe

3. Jangan tinggalkan sarapan

Sarapan sangat penting bagi semua orang sebab itu lah akan menentukan pengambilan makan
an kita sepanjang hari, jika awal pagi kita dah skip sarapan kita, otak kita akan alert untuk makan tengahari dalam jumlah yang banyak sebab perut masih kosong. Sarapan tak perlu berat-berat, ambil yang ringkas seperti oat, pisang, bijirin dan protein macam ESP Shaklee  pun dah settle untuk pagi tu.

4. Jauhi 'jajan'

kredit https://www.superhealthykids.com

Zaman kanak-kanak memang seronok lah menghadap jajan ni semua, dah besar pun kalau pergi 7 -eleven tu rajin je tangan mencapai. Kadang-kadang kita rasa makanan ni tak banyak pun kalori sebab tak mengenyangkan pun. Duduk-duduk tengok tv ngap-ngap telan, kalau kat office buat kerja buka laci capai coklat buat kerja ngunyah-ngunyah.

Hakikatnya, makanan yang tak mengenyangkan ni lah banyak kalorinya. Kalau teringin sangat nak makan, makan sedikit je. Lebih tu bagi orang lain, haa dapat pahala sedekah kan...Untuk tukar tabiat mengunyah time buat kerja atau tengok TV tu, boleh ganti dengan buah buahan. Lebih sihat dan berkhasiat.

5. Pengambilan Supplemen yang betul.

Zaman sekarang proses penghasilan buah-buahan dan sayur-sayuran tak sebaik zaman dulu. Nutrisi dalam buah-buahan juga dah berkurang jika dibandingkan dengan zaman dulu, jadinya cara yang terbaik untuk top up kekurangan tersebut adalah dengan cara pengambilan supplemen yang betul. 

Dalam usaha pengurang berat badan yang sihat dan mudah, pengambilan supplemen sangat penting supaya badan kita dilengkapi dengan nutrien-nutrien yang diperlukan, juga untuk mengawal sistem pemakanan harian kita.

Supplemen yang kakyan nak suggest adalah supplemen SHAKLEE. Apa yang best tentang supplemen Shaklee ni, ia dibuat daripada 100% herba yang tidak akan memudaratkan hatta satu pun dari sel tubuh badan manusia. 

Supplemen untuk kurus yang Shaklee tawarkan memberi anda 3 mekanisme untuk pengurangan berat badan, iaitu 3B, BAKAR, BUANG BINA. 

BAKAR


Lecithin dan Omega Guard bertindak sebagai agen pembakar lemak, mereka akan membantu untuk proses memecahkan dan menguraikan lemak-lemak yang tidak bagus di organ-organ badan anda.


BUANG



Alfafa Complex dan Herb Lax bertindak sebagai agen membuang dan mendetox. Ia membantu membersihkan usus dimana semua toksin lemak dan lendir melekat di dinding usus dengan cara membuang air besar. Alfafa bertindak sebagai fiber untuk membawa keluar lemak-lemak yang dipecahkan oleh Lecithin dan Omega Guard.

BINA

ESP mengandungi protein yang membantu dalam proses mengurangkan berat badan dan mengawal selera makan selain membekalkan tenaga sepanjang hari. Cinch MilkShake  meningkatan metabolisma badan serta mengandungi Leucine untuk membantu mengekalkan otot semasa proses penurunan berat badan. Ia juga digunakan sebagai meal replacement untuk memotong beratus-ratus nilai pengambilan kalori harian.



Untuk mendapatkan set kurus Shaklee ini boleh direct terus dengan kakyan dengan tekan link ni,
www.wasap.my/60146220496 atau boleh ngintai-ngintai fb kakyan  : https://www.facebook.com/shakleebykakyan/.


Sekian untuk post kalini, feel free to share it.


Shaklee Independent Distributor


KakYan (1268629)
FB : Nur Aznayanti Mohamad Nor
Page : Shaklee By Kakyan
Instagram :shakleebykakyan
Phone : 014 622 0496


Gembira bagai nak melompat-lompat, bila naik penimbang berat turun 1 kg, 1 kg je pun tapi seronoknya macam turun 10 kg.
Mana tak nya, sebelum ni diet kena ikat perut sungguh-sungguh baru turun berat badan, ni makan macam biasa tapi cuma kurangkan kuantiti je dah turun 1kg. Rasa macam fall in love  berkali kali dengan set yang kakyan consume.

Oh ye kakyan consume Set Kurus Shaklee yang basic, which is Alfafa dan Lecithin, dan oh ya ada ESP. Kakyan ambil basic set je tau, dan minggu ni memang kakyan takde masa nak buat senaman, nak jogging pun hujan je. Jadinya memang bergantung pada supplemen dan eat clean semata-mata lah. Yeahh..




Ok kali ni kakyan nak cerita mengenai set kurus shaklee yang best tu, ambil set basic pun boleh turun berat badan bayangkan kalau ambil full set, fuhh...confirm sebelum raya dah boleh tukar size yang lebih mengecik. Seronoklah nak beraya khenn..



Tadaaaa.... inilah dia Set Kurus Shaklee..


Dalam set ini, terdapat 3 step yang perlu dilalui supaya kita kurus dan sihat. Orang sekarang ni ramai nak kurus, tapi terlupa untuk selit sihat sama. Untuk Set Shaklee ni, ia lengkap untuk kurus dan sihatt



Step yang terlibat ialah 3B iaitu BAKAR, BUANG, dan BINA

1. BAKAR

Makanan berlemak memang kita suka sangat ambil kan, jadi banyak la lemak-lemak terkumpul dalam badan kalau kita tak bersenam. Rajin ke kita nak bersenam? Jadi, daripada lemak tu tersimpan dalam badan, baik kita bakor je lemak tu. Bukan bagus pun lemak tu, banyak bawak penyakit je. Jadi, inilah fungsinya kita ambil OMEGA GUARD atau LECITHIN untuk menguraikan lemak tersebut menjadi molekul yang lebih kecil supaya ia mudah disingkirkan.

2. BUANG

Bahan yang kita tak perlukan dalam usus atau badan haruslah disingkirkan supaya nutrien yang kita ambik mudah diserap. Jadi inilah fungsinya HERB-LAX atau ALFALFA untuk singkirkan toksin dan mencuci usus. Ia juga menyingkirkan lemak-lemak yang telah diuraikan.


3. BINA

Untuk kurus, penting untuk kita membina semula otot-otot supaya metabolisma badan meningkat dan tiada masalah gemuk semula lepas kurus nanti. ESP atau CINCH SHAKE adalah sumber protein terbaik untuk membina sel-sel otot kita. Nanti takdelah menggeleber je otot kita bila lemak dah disingkirkan nanti.



Apa-apa pun, supplemen apa pun yang paling penting sekali ialah jaga makan, rugi beli suplemen mahal-mahal tapi makan mentekedarah orang kampung kata. Makan gaya sihat, consume supplemen ikut cara yang betul insyaAllah apa yang kita idamkan akan dapat.


Oh ya kalau sesiapa berminat untuk cuba Set Kurus Shaklee ni boleh contact Kakyan ya!

Shaklee Independent Distributor


KakYan (1268629)
FB : Nur Aznayanti Mohamad Nor
Page : Shaklee By Kakyan
Instagram :shakleebykakyan
Phone : 014 622 0496

Perempuan memang tak boleh dipisahkan dari topik kurus dan cantik kan? kalau scroll dekat Facebook, memang banyak sangat tips-tips cantik guna produk semulajadinya lah, guna produk yang dicadangkan beli dari Drugstore lah. Berkenaan kurus pun punyalah banyak orang bagi tips-tips kurus dalam facebook. Memang sifat peribadi perempuan nak jaga benda-benda tu. Bukan untuk ditayang pada umum, tapi lebih pada kepuasan diri sendiri. Ye dok?


Macam kakyan sendiri memang banyak sangat cuba tips-tips yang dicadangkan. Mana yang orang bagi tips semua nak cuba. Macam zaman-zaman Universiti dulu, consume satu produk ni. Memang loose banyak lah KG, tapi zaman tu memang kakyan berjalan kaki dari Kolej(tempat penginapan) ke fakulti tu, dengan bukit, tangganya lagi. Memang berpeluh lah kalau sampai kelas tu.

Tapi bila pindah Jasin, pergi mana-mana semua naik kereta. Memang bertepu lah lemak tu taknak susut, naik kelas pon naik lif. Haha. So memang naik dengan jayanya lah berat tu, Tambah pulak masa tu kakyan dah tak consume produk tu sebab tak mampu sebab student masa belajar dulu memang tak cukup lah duit, dengan assignmentnya lagi.

Kakyan juga pernah buat diet A****, yang ni pun memang lost banyak KG jugak. Tapi siapa boleh tahan hari-hari makan telur. Rasa macam lemah sangat time diet tu. And then bila stop je, berat naik dengan cepat dan banyak KG naik. Time diet lost 4 kg contohnya, naik sampai 6 kg. Fuhh..

Bila difikir-fikir, semua diet yang kakyan buat memang tak sihat, sebab dulu mindset, diet je tak boleh makan nasi. Makan kuantiti sikit. Tapi sebenarnya salah apa yang kakyan mindset tu. Tu lah bila Kak Zu kenalkan kakyan dengan produk Shaklee, mulanya kakyan tak percaya. Macam mana boleh kurus dengan hanya makan supplement, tapi nasi semua boleh makan. Tapi dalam tak percaya tu, kakyan buat juga research, macam tertarik dengan produk Shaklee.

So, kakyan contact Kak Zu nak try set basic detox, sebab nak beli fullset berpeluh juga dahi. So bermula lah journey detox kakyan. Kakyan buat program detox seminggu, memang shaklee sediakan meal plan untuk sepanjang seminggu tu. Time tu memang seronok lah, badan rasa ringan, tak banyak lost tapi orang tegur nampak makin susut. Sejak tu jatuh cinta dengan set Detox Shaklee.


So,

Apa itu Set Detox Shaklee?

Set Detox Shaklee ni, supplement yang termasuk dalam set ni ialah,
Alfafa, Herb Lax, Dtx, Vivix dan Peppermint Ginger Plus.


Apa yang best tentang set detox ni ialah produknya sendiri. Apa yang kakyan suka pasal Shaklee ni sebab supplement diorang memang 100% bahan semulajadi. Memang tak ragu-ragu untuk gunakan Shaklee lepas kita study betul-betul pasal Shaklee ni.


Ok kakyan nak sharing pasal kebaikan setiap produk dalam set Detox ni.


1. Alfafa


Alfafa ni sejenis tumbuhan yang tinggi nutrien sebab akarnya yang panjang dan dalam dapat menyerap pelbagai mineral. Alfafa ni dia dapat membantu melawan asid yang terjadi akibat toksin yang berlebihan dalam badan dan turut membantu menurunkan berat badan. Cara consume Alfafa ni kena ambil selepas makan tau, macam kakyan sendiri kalau lepas makan telan alfafa ni memang terus lawasa lah pembuangannya tu.


2. Herb Lax


Herb Lax ni memang favourite kakyan, selalu kena ambil sebelum tidur. Esok bangun pagi memang flush habis toksin toksin dalam badan. Kakyan kalau ada job, memang malam sebelum tu tak berani ambil Herb Lax, kalau tak memang ke tandas je lah perginya. Herb Lax ni dia mengandungi Daun Senna tau yang berfungi untuk mengelakkan sembeli dan sangat bagus untuk kesihatan usus dan lancarkan sistem pencernaan. Kalau bahasa geng-geng shaklee kami panggil Herb-Lax ni julap. Haha


3. DTX Complex


DTX ni fungsi utama dia untuk detox hati, tahu tak kat hati kita ni pun ada lemak-lemak yang melekat kat situ. Bila ada lemak-lemak selaput hati kita penat jadinya dia nak kerja. So DTX ni menagndungi Milk Thistle yang memang sejak turun temurun digunakan secara semulajadi untuk detox hati. DTX ni bantu untuk menyingkirkan toksin dari hari dengan lebih efisyien dan merangsang pertumbuhan semula hati yang rosak.


4. Peppermint Ginger Plus


Macam namanya, dalam Peppermint Ginger Plus ni ada daun pudina dan halia. Bertujuan untuk menghilangkan angin dan kembung perut. Dalam peppermint ni juga ada jintan manis dan bunga lawang. Memang lengkap lah dengan bahan-bahan tradisional yang berfungsi untul mengurangkan angin di usus dan perut untuk melancarkan proses penghadaman.


5.Vivix


Vivix ni pula mengandungi anggur Muscadine iaitu sejenis polyphenol yang tinggi antioksida dan energy booster yang hebat. Semasa detox, Vivix membantu untuk beri tenaga pada sel untuk membaik pulih kesan toksin yang merosakkan badan dan beri tenaga untuk menyahtoksin dengan lebih efisyen




Jadi memang sangat-sangat best set detox Shaklee ni, kalau dulu fikir diet nak kurus je. Tapi sekarang boleh ubah mindset untuk kurus dan sihat. Makan apa-apa supplemen pon kalau tak bersukan sangat susah untuk turunkan berat badan tu. Kakyan pun sedang usaha untuk istiqomah bersukan, tak perlu yang berat-berat 30 minit sehari pun dah cukup.

Oh ya kalau sesiap berminat untuk cuba Set Detox Shaklee ni boleh contact Kakyan ya!

Shaklee Independent Distributor

KakYan (1268629)
FB : Nur Aznayanti Mohamad Nor
Phone : 014 622 0496


Jumpa lagi dalam post akan datang!

"Yanti, 9 & 10 Mac Free tak?"

Dengan soalan tersebut bermula lah journey kakyan mula melibatkan diri secara tidak langsung dengan Shaklee, niat asalnya nak teman Kak Zulaikha ni coaching anak buah dia kat KL, banyak lah agenda yang tersenarai dalam niat kami ke KL ni. Antara yang paling utama ni untuk attend Master Celebration event. Terkebil-kebil lah seorang Aznayanti yang tak tahu apa-apa pasal Shaklee. So this event lebih kepada meraikan distributor yang dah rank up ke title Master, dan diraikan lah dengan event sebegini. 

Benda first yang tertarik bila Kak Zu sebut nak pergi MasCel (Master Celebration) ni sebab tempatnyaaaa... Sebab before ni ada survey-survey untuk short escape kat situ, tapi plan tukar pergi ke tempat lain. So im super excited nak pergi tempat tu sebenarnya. Teruk kan? haha. Bila dah sampai tu memang fokus lah dengar and hadam event yang Shaklee buat ni. Dan bila dengar perkongsian daripada Master-Master memang ada perasaan lain yang berbisik " Yanti, kau kena ubah hidup kau". Bukan pasal duit semata, tapi masa tu banyak jugak share pasal sihat cara Shaklee, hidup cara Shaklee. 


Sepanjang perjalanan balik ke Muar, memang kakyan berfikir je. Fikir masak-masak. Sebut kat Kak Zu nak fikir balik nanti. Tapi esoknya je dah nekad nak start bisnes Shaklee. Sebab, ada big why yang kena kejar. Kak Zu of course terkejut, semalam cakap nak fikir, harini terus confirm nak start. The greatest chance kalau tak grab, takut terlepas ke tempat lain.


So, welcome to Shaklee World Aznayanti, this bussines bukan pasal duit semata. Semoga berjaya spread the healthy style to many people in this world.










Love, kakyan
Finallyyyyyy, tersedar daripada mimpi yang sangat panjang. Bangun bangun daripada tidur terus tulis blog. Dasyat tak? haha..


Ok, sejak beberapa hari ni minat menulis tu datang membuak-buak. Then terfikir, "eh aku ada blog lah, why not hidupkan balik blog ni" Then tadaaaaa, here i am. Mencuba untuk menulis semula.


Jadi kita start sharing pada post kali ni, mengenai 'Dream', Cita-cita, impian etc etc



Memandangkan dah masuk tahun baru, usia kakyan pon dah 25 which not too young lagi dah. Impian dan cita-cita dah start susun untuk lebih kemas dan bermanfaat untuk masa depan.

Kalau dulu, time zaman zaman sekolah tudung kelepet, kain singkat kalau ditanya tentang cita-cita, impian. Of koz akan jawab, nak kereta besor, rumah besor, kerja gaji besor semua yang besor besor lah. Jawapan yang tipikal lah kan. Tapi bila  dah mula memasuki alam dewasa ni kena start muhasabah diri. Apa sebenarnya yang  kita nak capai dalam hidup kita ni. Lebih memfokuskan secara detail, dan susun cara nak capai impian tu. Bukan setakat kata-kata tanpa perancangan yang tersusun.



                                                

Impian kakyan sekarang lebih kepada keluarga, nak mak abah kita senang, bukannya mereka susah. Tapi dari sudut kewangan nampak diorang tak berapa stabil lagi, nampak kesusahan mereka lagi. Gaji kakyan sekarang ni memang tak cukup nak hulur. Sob sob. Then, kalau boleh nak bagi mak sihat macam dulu, bermaksud bagi mak makanan yang sihat. Belikan makanan tambahan yang boleh sembuhkan sakit lutut mak. Impian tu lama dah, pernah bagi mak makanan tambahan, tapi tak dapat nak consistant sebab income tak berapa mengizinkan. Sedih tengok mak simpan bakinya dalam peti ais tak berusik, sebab sayang takut habis. Huaaaa... Semoga dikurniakan rezeki untuk beri yang terbaik buat mak abah.


Yang keduanya impian kakyan, nak travel merata negara. Sebab travel walaupun dalam negara pun dah buat kakyan rasa sangat puas. Kalau sekarang ni memang dalam negara je yang boleh, sebabnya namaku tersenarai dalam senarai hitam PTPTN. Sebelum merata negara dijejaki, nak settlekan dulu hutang PTPTN ni, nak bebas hutang PTPTN. Doakan deh, semoga setiap impian ini diletakkan pada tempat yang betul, dengan cara yang betul dilaksanakan.


Tak salah bermimpi, tapi bermimpilah dengan tubuh bekerja keras laksanakan cara untuk capai mimpi tu, Sekiann semoga bermanfaat.



Love, Yanti