Dakwah it's true way of life

How are you my beloved sahabat? alhamdulillah...kalau sihat... :)

Minggu ni usrah saya pasal kepentingan berdakwah dan diselitkan dengan topik yang berkait rapat iaitu Amar Maaruf Nahi Munkar....

Dakwah ni bahasa senangnya mengajar, mengajak atau menyeru lebih mendalam kepada islam....

contohnya begini je lah

"Esok puasa jom"
"Jom solat, masuk waktu dah ni"
"Jangan lah buat macam tu, tak baik lah"

Nampak macam biasa kita buat, tapi tu sebenarnya satu usaha untuk kite berdakwah...it's simple right?
Tak semestinya nak berdakwah ni kena pakai jubah warna hitam, tudung hitam , berpurdah...bawa al-quran dan memulakan ayat dengan

 "Ingatlah wahai manusia, sesungguhnya kau harus puasa pada esok hari, kerana itu merupakan sunnah nabi"

Takut orang yang mendengarnya jadik makin menjauhi kita, no no no..thats not the way, dakwah tu universal asalkan masih berteraskan al-Quran dan as-sunnah...

Kenapa kita perlu berdakwah?

Sebab ia merupakan sunnah Rasulullah s.a.w. Rasulullah dulu berdakwah selama 23 tahun..
Sampaikan Rasulullah.s.aw pernah berpesan, Ø¨Ù„غوا Ø¹Ù†ÙŠ ولو آية "Sampaikanlah dariku walau satu ayat" nak menunjukkan betapa pentingnya dakwah tu dan nak menunjukkan dakwah tu kita boleh buat dengan cara yang mudah.

Bila berdakwah ni, expectation kita mestilah mereka menerima apa yang kita sampaikan tu..tapi andai kata mereka tidak menerima pun ia tak menjadi masalah.. sebab Allah tidak tanya kenapa mereka tidak terima dakwah kita..tetapi Allah akan tanya adakah kita sampaikan dakwah tu..which is tanggungjawab semua orang islam.

Dalam usaha berdakwah, janganlah fikir semuanya sentiasa akan manis sebab Rasulullah s.a.w semasa berdakwah pun banyak halangan..kita ni apa lagi? kita ni tak sekuat nabi, tapi tahap kesabaran tu mesti sentiasa di kawal..

Uslub berdakwah tak semestinya mesti kat masjid, islam tu universal..kat mana-mana pun boleh berdakwah.. tambah pula lagi sekarang merata laman sosial which is memudahkan untuk daíe -daie untuk menyampaikan. Contoh medium nya, facebook, youtube... tapi bila kita nak buat benda baik, memang orang ni iri hati ataupun mereka berprasangka buruk dengan kita..kita jangan cepat melatah bahkan ambil sifat Rasulullah s.a.w yang sentiasa tenang walaupun dicaci, diherdik..

"Aku tak perfect, belum masanya untuk aku berdakwah"

Kalau semua manusia menunggu menjadi sempurna sebelum menyampaikan dakwah, maka tak berkembanglah islam tu.. sebab tiada manusia yang perfect.. Sebab tu kita selarikan sambil menyempurnakan diri kita, sambil kita berdakwah...berdakwah buat cara yang paling kita mampu...sentiasa percayakan yang Allah sentiasa bersama dengan kita..insyaAllah jalan dipermudahkan..



Berdakwah tu tanggungjawab orang islam. Adakah kita sudah berdakwah? tepuk dada tanya hati... ^^


Thanks for reading

With love,
NAMN
Salam.

0 comments:

Post a Comment