Genap seminggu beraya macam baru tersedar dari mimpi yang panjang geng-geng diet kan? Masa ni lah mula rasa menyesal tu datang, terbayang makanan-makanan yang dihadam ke dalam perut dalam tempoh seminggu beraya haritu bukan sekadar makanan, tapi terpamer sekali dengan angka-angka jumlah kalori yang tinggi. Woahaa. Dasyat betul imaginasi. Puasa turun 5kg, beraya naik 5 kg. So, sama je sebenarnya berat macam sebelum berpuasa. Isk isk.
Sudah, berhentilah bermuram durja, sekarang masanya untuk anda cepat-cepat ambil step untuk u-turn balik masuk dalam track diet anda. Jom kakyan kongsikan tips untuk pastikan diet anda kembali dalam track yang betul, kembalikan balik keyakinan diri anda masa raya pertama haritu.
1) Puasa Enam Yok!
Tips ini sebaik-baik tips untuk permulaan semula diet anda. Kalau bulan puasa boleh turunkan berat badan anda dalam jumlah yang banyak, jadi why not kita repeat balik diet dengan cara berpuasa. Pahala dapat, turunkan berat badan pun dapat. Bijak kan?
2) Mula, Jangan Tangguh
Bila dalam musim raya ni, memang bersusun alasan selagi boleh susun untuk elakkan pemakanan yang sihat dan gaya hidup yang sihat. Kan? Tapi sebenarnya kunci kepada semua alasan-alasan tersebut adalah dengan cara mula. 7 hari tinggal senaman, 7 hari tinggal makanan sihat memang susah lah nak mula kan. Tapi once kita dah start rutin harian kita sebelum raya, lebih mudah untuk kita teruskan dan maju untuk capai berat badan idaman. Yeah
3) Cari Geng Loss Weight
Kadang-kadang proses penurunan kelihatan lebih mudah bila anda mempunyai kawan yang sama-sama push diri untuk turunkan berat badan. Anda boleh risik-risik kawan anda yang nampak proses penurunan berat badan mereka yang boleh bersaing secara sihat dengan anda. Boleh update progress masing-masing setiap minggu. At least kalau anda mula frust sebab berat badan tak turun, takde lah anda terus give up.
4) Set semula target anda.
Kalau sebelum ni target penurunan berat badan anda tetapkan terlalu besar jumlahnya, anda boleh mula setkan semula penurunan mengikut minggu. Jangan tetapkan terlalu besar jumlah kg tetapkan sedikit tapi konsisten penurunannya setiap minggu, Itu lebih cemerlang!
5) Grocery Shopping Time!
Percaya atau tak, kalau anda nak mulakan balik diet anda pergi ke pasaraya dan mulakan pilih bahan untuk projek eat clean anda. Eh perempuan dan shopping tak dapat dipisahkan kan? Dengan syarat sebelum anda masuk pasaraya dah set kat kepala, nak beli bahan masak untuk diet. Jadi tak delah sampai merepek TER ambil coklat lah, jajan lah kan? Perkara paling penting semestinya sayur lah kan. Yummss
Cepat atau lambat bukan tu yang jadi kepentingan. yang paling penting dalam proses penurunan berat badan adalah konsisten. Jangan hari ni makan telur semata-mata, tapi esok makan kambing golek seekor. Sia sia namanya tu. Enjoy dalam diet anda, jangan stress kalau berat badan tak turun, jangan tengok pada angka, tapi tengok pada inchloss. Selamat Kembali On Track!
Artikel Berkaitan:
Cara Mudah Mulakan Amalan 'Eat Clean'
Perut Kempis dengan Cara Mudah dan Pantas
Tips Kurus dan Kekalkan Otot dengan Mudah
Cara Elakkan Kulit Menggelebeh Selepas Kurus
Artikel Berkaitan:
Cara Mudah Mulakan Amalan 'Eat Clean'
Perut Kempis dengan Cara Mudah dan Pantas
Tips Kurus dan Kekalkan Otot dengan Mudah
Cara Elakkan Kulit Menggelebeh Selepas Kurus
0 comments:
Post a Comment