Cara Elakkan Kulit Menggelebeh Selepas Kurus

Siapa tak suka apabila dapat berat badan yang diidam-idamkan betul tak? Setelah berbulan-bulan berusaha akhirnya dapat capai. Tapiii, rasa stress bila tengok badan sendiri menggelebeh walaupun dah kurus. Ramai orang terlupa untuk fikirkan perkara ini, ataupun langsung tak menjangka perkara ini akan berlaku. 


Jom baca cara untuk elakkan kulit menggelebeh dan tidak kendur selepas anda kurus. 

1) Kira keperluan kalori seharian dalam diet anda.

Ramai orang yang tak sedar tentang perkara ini, mereka mengamalkan diet yang hentam kromo, asalkan tidak makan nasi, ia dikira diet. Tapi sebenarnya badan kita mempunyai pengambilan kalori mengikut keperluan badan masing-masing.

Ianya sangat penting untuk anda ambil tahu jumlah keperluan kalori anda dalam sehari, supaya metabolisme badan anda tidak menurun dengan mendadak, lalu menyukarkan proses penurunan berat badan. Anda boleh kira kalori keperluan anda di website susuSejat ni. Scroll hingga ke bawah sekali, anda akan jumpa paparan ini.



2) Pastikan makanan yang diambil seimbang dengan protein, serat dan juga karbohidrat.

Pengambilan protein perlu diambil dalam kadar yang banyak, tapi perlu dikawal. Jika terlebih boleh menyebabkan mudarat pada diri sendiri dan merosakkan buah pinggang anda. 

3) Guna Krim Penegang Sambil Mengurut

Krim penengang juga boleh mengelakkan badan anda kendur dalam proses penurunan berat badan anda. Jika anda melakukan sapuan urutan yang betul dan menggunakan krim penegang yang mengandungi  Vitamin E, Vitamin A, Aloe Vera dan herba-herba. Jom ikut cara urut yang betul, supaya dapat kesan yang lebih berkesan.

Sumber : Pinterest

4) Elakkan Penurunan Berat Badan yang Drastik

Kulit merupakan organ terbesar yang ada pada badan manusia. Jika anda menurunkan berat badan secara drastic, ia akan membuatkan anda kelihatan huduh sebab kulit semua menggelebeh. Jadi, anda perlu turunkan berat badan secara sedikit tapi konsisten barulah kulit anda tidak akan terkejut dek kerana kehilangan lemaknya secara mendadak.


Untuk mendapat tubuh badan idaman, perlukan banyak pengorbanan dan masa. Orang yang disiplin dah sabar insyaAllah dapat hasil yang mantop. Kakyan juga ada kongsikan alternatif untuk pastikan otot kita kekal dalam kita berdiet. Boleh rujuk artikel ini --->  Tips Kurus dan Kekalkan Otot dengan Cara Yang Mudah. Selamat beramal!

0 comments:

Post a Comment