Belek-belek badan, saat ternampak selulit stress terus datang. Wanita mana yang sukakan selulit ni kan, rasa cacat pemandangan. Dalam artikel yang lepas kakyan ada kongsikan tentang selulit yang perlu anda tahu. 


Untuk artikel kali ini kakyan nak kongsikan tentang cara untuk hilangkan selulit dengan cepat dan selamat. Tahukah anda, vitamin Shaklee juga bantu untuk menghilangkan selulit dengan mudah. Jom kakyan kongsikan.


ESP Shaklee


Protein sangat diperlukan oleh badan untuk memperbaiki tisu yang rosak dan membina tisu yang baru. Setiap satu sel dalam badan anda memerlukan protein untuk mengekalkan keberadaannya. Protein juga adalah bahan utama yang boleh menggantikan sel yang sudah lama atau sel yang dah mati.

Apabila anda mengambil protein, semasa proses pencernaan ia akan memecahkan ia  menjadi bentuk asid amino yang mengalir melalui darah dan dibawa ke seluruh badan. Sel badan anda akan memilih asid amino yang diperlukan mengikut fungsi berikut iaitu untuk membina tisu baru badan, untuk antibodi, hormon, enzim dan sel-sel darah.

Kandungan protein yang terbaik dalam ESP dapat membantu membina sel kulit yang baru dengan lebih cantik dan gebu. Ia boleh menggantikan sel kulit yang telah mati.


Testimoni ESP hilangkan Selulit






Pastikan anda kurangkan pengambilan kafein kerana ia boleh menyebabkan badan mudah untuk dehidrasi yang boleh menyebabkan air berkurangan dalam badan. Pastikan juga bekalan zink di dalam badan mencukupi kerana jika kurang ia akan membantu untuk terhasilnya selulit.






Jadi tunggu apa lagi? Order sekarang. Hanya satu klik sahaja lagi.

Klik ikon di bawah ni untuk order
👇👇👇




KakYan (1268629)
FB : Nur Aznayanti Mohamad Nor
Page : Shaklee By Kakyan
Instagram :shakleebykakyan

Phone : 014 622 0496




Antara kegusaran seorang wanita apabila timbulnya selulit pada beberapa bahagian badan, seperti perut. peha, lengan dan belakang pinggang. Berkata tentang selulit biasanya ia sering dikaitkan dengan kesan mengandung, dan ia akan muncul selepas melahirkan anak. Tapi tahukah anda, perempuan yang belum kahwin juga boleh muncul selulit ni? 


Ok selulit ni merupakan kumpulan lemak yang selalunya terjadi dekat lengan dan perut. Selulit ni selalunya terjadi sebab adanya toksin yang banyak dalam badan yang memusnahkan struktur kollagen dan elastin dalam lapisan kulit. Untuk wanita normal, selulit ni selalu terjadi kerana pertambahan berat badan  yang berpunca daripada tidak menjaga makan dan tidak bersenam. 


Punca Terjadinya Selulit

1. Ambil makanan yang terlalu pedas : Pengambilan makan yang pedas juga boleh mengakibatkan selulit terbentuk kerana toksin yang dihasilkan berkumpul di kelenjar lemak.

2. Tidak cukup rehat dan stress: Apabila anda rasa stress, kelenjar anda juga akan tertekan dan menyebabkan ia menghalang pelancaran pembuangan bahan tidak diperlukan tubuh.

3.  Ambil makanan terlebih seperti gula, mentega, lemak haiwan dan garam.

4. Pengambilan kafein yang kerap dan duduk lama di kerusi juga menyebabkan aliran darah tidak berjalan dengan lancar maka memudahkan pembentukan selulit.

5. Perubahan hormon estrogen.


Makanan yang Menyebabkan Selulit

1. Makanan yang berunsurkan coklat
2. Daging proses
3. Mayonis
4. Sos - Cili/ Tomato / Tiram
5. Gula-gula
6. Pisang
7. Produk berasaskan tepung


Makanan yang Dapat Mengelakkan  Selulit

1. Air Mineral

2. Jeruk

3. Nenas

4. Lobak Merah

5. Kerang

6. Ikan

7. Susu rendah lemak



Masalah selulit ini tak dapat dihilangkan apabila anda sudah kurus, kerana ia lemak yang terkumpul mempunyai cara lain untuk menghilangkannya. Selulit tidak memberi kesan buruk kepada tubuh badan, tapi dengan adanya boleh menyebabkan empunya badan merasa kurang keyakinan diri.  Mencegah lebih baik dari merawat, mulai sekarang jagalah pemakanan dan gaya hidup anda supaya selulit tidak dapat memunculkan diri.  


Artikel Berkaitan:

Cara Mudah Mulakan Amalan 'Eat Clean'
Perut Kempis dengan Cara Mudah dan Pantas
Tips Kurus dan Kekalkan Otot dengan Mudah




Jika anda nak turunkan berat badan dan kekal fit, salah satu cara untuk membantu anda adalah dengan menggunakan smartphone anda. Sekarang ni dah banyak aplikasi yang boleh bantu anda keep track  pengambilan kalori dan pembakaran kalori untuk mencapai target penurunan berat badan anda dan kekalkan gaya hidup yang sihat.

Jika anda pengguna android, terdapat banyak aplikasi percuma yang ada dalam Playstore  untuk menurunkan berat badan. Terdapat 5 aplikasi yang terbaik untuk turunkan berat badan anda. 


1. MyFitnessPal



MyFitnessPal antara aplikasi yang popular untuk pengiraan kalori yang dapat membantu anda susun semula pengambilan makanan dan minuman, dan juga untuk senaman. Aplikasi ini menyediakan lebih 6 million data makanan yang membolehkan anda cari secara manual ataupun scan barcode . Ia akan terus paparkan jumlah kalori yang terdapat dalam makanan tersebut, dan berikan anda jumlah kalori yang berbaki untuk anda ambil pada hari tersebut. Ia juga boleh rekod jumlah air yang anda sudah ambil pada hari tersebut.

Untuk pertama kali menggunakan aplikasi ini, anda akan dikehendaki untuk masukkan beberapa info tentang diri anda termasuk tarikh lahir, tinggi dan berat, target berat badan dan berapa banyak kg anda ingin turunkan setiap minggu.


2. Run Distance Tracker



Aplikasi ini juga sangat bagus untuk rekod exercise anda setiap hari. Aplikasi ini merekodkan info seperti, jarak anda larian anda, masa larian anda, dan jumlah kalori yang dibakar. Ia juga membolehkan anda lihat rekod larian anda secara purata, sangat bagus untuk anda buat perbandingan larian anda perbaiki masa larian contohnya.



3. 30 Days Fitness Challenge


Bagi yang ingin hasil penurunan berat badan lebih cepat, anda boleh muat turun aplikasi ini dan mulakan workout anda dari dalam rumah sahaja.

Aplikasi ini menawarkan lima jenis workout iaitu,  Full Body Workout, Abs Workout, Butt Workout, Arm Workout dan Leg workout. Untuk mereka yang masih mempunyai badan yang berisi, kakyan cadangkan untuk ambil Full Body Workout untuk pecahkan lemak di setiap inci badan.

Mulakan workout anda dengan Easy Plan 1 dan ikut jadual yang ditetapkan hingga selesai Hard Plan 2. Aplikasi ini juga membolehkan anda masukkan berat badan anda terkini, dan ia akan paparkan graf penurunan berat badan anda untuk dianalisis.




3 Aplikasi ini sangat basic untuk rekod pemakanan anda, rekod info larian anda, dan terakhir rekod info workout anda. Aplikasi ini boleh menjadi salah satu cara untuk bantu anda menurunkan berat badan dengan berjaya. Perkara paling penting sekali adalah disiplin, anda disiplin, anda jaga makan, anda bersenam. InsyaAllah anda semakin melangkah ke berat badan idaman anda. 


Anda juga boleh amalkan supplemen untuk membantu pembakaran lemak lebih cepat, dan bantu anda mendapatkan nutrisi yang sesuai untuk menurunkan berat badan. Anda boleh baca di sini : 

Cara Pengambilan Vitamin Kurus Yang Betul


Semoga perkongsian ini dapat membantu anda menurunkan berat badan dengan lebih tersusun. Selamat mencuba!


Pengambilan vitamin untuk badan kita mempunyai cara pemakanan yang berlainan mengikut masalah yang kita hadapi. Sebab itulah pentingnya untuk membeli vitamin Shaklee terutamanya daripada Pengedar Shaklee yang Sah dan mendapat consultant secara direct. 

Ada beberapa pengamal Shaklee yang baru nak cuba consume vitamin ni memilih cara untuk membeli produk Shaklee daripada aplikasi niaga online yang terdapat di Malaysia sekarang ni, contohnya di Lazada ataupun Shoppe. Ya, vitamin-vitamin ni ada dijual di platform-platform itu, malah dijual dengan harga jauh lebih murah. Tapi bagaimana anda boleh jamin vitamin tersebut masih berkualiti? Tahukah anda, cara penyimpanan vitamin yang salah boleh menjejaskan kebaikan pada setiap vitamin. 


Penting untuk anda membeli produk Shaklee daripada pengedar yang Sah, ia bukan sahaja dapat membantu anda untuk mendapatkan khidmat mengenai vitamin tersebut, tapi yang lebih penting, vitamin tersebut disimpan dengan cara penyimpanan yang betul dan dijamin selamat. Ada satu kes, customer whatsapp pengedar Shaklee sebab sebelum ni dia beli Vivix daripada aplikasi online dan dapat vitamin itu mempunyai rasa seperti sirap walhal Vivix mempunyai rasa yang masam sebab diperbuat daripada Anggur Muscadine. Perkara inilah yang menggusarkan pengedar Shaklee sebab pertamanya rugi duit sebab tersalah beli produk, dan yang paling penting takut memberi kesan yang buruk pada tubuh badan kita.


Ok untuk artikel kali ni, kakyan nak kongsikan tentang cara untuk makan vitamin kurus Shaklee dengan cara yang betul.  Cara yang kakyan kongsikan ini adalah untuk mereka yang tiada masalah penyakit lain, untuk mereka yang mempunyai history sakit sebelum ini, boleh contact kakyan terus untuk mendapatkan consultant cara pengambilan yang betul.

SET KURUS SHAKLEE

Dalam set kurus Shaklee mempunyai 6 jenis vitamin iaitu vitamin Omega Guard, Lecithin, Alfafa Complex, Herb Lax, ESP Soy Protein dan Cinch Shake Mix.

Omega Guard dan Lecithin bertindak sebagai agen membakar.
Alfafa Complex dan Herb Lax sebagai agen mendetox.
ESP dan Cinch Shake Mix sebagai agen membina.

OMEGA GUARD




Untuk omega guard waktu sesuai untuk anda mengambilnya adalah pada waktu pagi selepas sarapan. Anda boleh ambil 3 biji setiap hari.


LECITHIN 



Bagi yang baru pertama kali nak mula seeloknya dimulakan dengan dos yang sedikit dahulu, iaitu 2-4 biji sehari. 2 biji sebelum sarapan dan 2 biji sebelum makan malam. Apabila badan anda dah serasi boleh tambahkan dos jadi 3 biji sebelum sarapan dan 3 biji sebelum makan malam.


ALFAFA COMPLEX



Maksimum pengambilan Alfafa adalah 10 biji sehari, cara pengambilan yang betul adalah 5 biji selepas sarapan dan 5 biji sebelum tidur. Sebagai permulaan, seeloknya diambil dengan dos yang sedikit dahulu

HERB LAX




Untuk tujuan kuruskan berat badan, dos terbaik adalah dengan mengambil 4 biji setiap 2 hari. Ia akan bertindak setelah 6 hingga ke 12 jam diambil. Herb Lax adalah 'julap' Shaklee, ia akan membersihkan usus anda selepas pengambilan, jadi seeloknya elakkan mengambil ia jika terdapat hari yang penting keesokan harinya. 

ESP




Cara pengambilan ESP Shaklee adalah 1 sudu 3x sehari, ataupun ambil sekali je waktu sarapan dengan dos 3 sudu. Ia akan membekalkan anda kenyang berpanjangan dan membantu membekalkan protein pada badan anda. Anda juga boleh bancuh ia bersaa buah-buahan seperti mangga, buah naga ataupun pisang.

CINCH SHAKE MIX


Untuk mendapatkan berat badan yang ideal, cara terbaik adalah dengan bancuh 2 sudu cinch setiap hari, sama juga macam ESP, anda boleh bancuh dengan buah-buahan kegemaran anda. 




Jadi tunggu apa lagi? Order sekarang. Hanya satu klik sahaja lagi.

Klik ikon di bawah ni untuk order
👇👇👇




KakYan (1268629)
FB : Nur Aznayanti Mohamad Nor
Page : Shaklee By Kakyan
Instagram :shakleebykakyan

Phone : 014 622 0496
"Pinggang kurus macam kerengga, double chin tetap teguh disitu"

Siapa alami situasi di atas ni. Seronok apabila dapat berat badan idaman, bila tengok kat cermin badan dah susut tapi tengok tang muka masih tak hilang double chin bawah dagu. Stress!

Haa, beberapa hari ni kakyan terjumpa satu tips untuk kuruskan muka dengan senaman yang mudah. Tips ni dikongsikan oleh pengguna Twitter, @soulusiMY. Jom kakyan kongsikan dengan anda.


1) The Kiss

Step ini perlu dilakukan dengan posisi badan anda berdiri kemudian kepala didongakkan ke atas sambil memandang siling. Muncungkan bibir anda seolah-olah anda ingin mencium siling selama lima saat. Relaks dan tegakkan semula kepala anda. Ulang step ini sebanyak 15 kali.




2) Stick It Out

Halakan muka anda ke arah depan dan buka mulut anda seluas-luasnya. Jelirkan lidah perlahan-lahan dalam kiraan lima. Masukkan semula lidah anda dalam kiraan lima juga, ulang step tersebut sebanyak 10 kali.



3) Jaw Jut

Dongakkan kepala anda sehingga memandang siling. Tolakkan rahang bawah anda ke depan sehingga terasa tegang di bawah dagu. Tolakkan rahang tersebut dengan kiraan sehingga 10. Ulang step tersebut sebanyak 10 kali.



4) Neck Roll

Berdiri tegak dan tundukkan kepala sehingga dagu anda mencecah dada. Pusingkan kepala anda ke arah kanan perlahan-lahan dalam kiraan 5, kembalikan kepala ke kedudukan asal, dan pusingkan kepala anda pula ke arah kiri juga dalam kiraan 5. Ulangi step tersebut dalam masa 30 saat.




5) Tongue On Teeth

Berdiri tegak dan bukakan mulut anda seluas-luasnya, selitkan hujung lidah anda di belakang barisan gigi bawah anda. Tarik nafas melalui mulut dan hembuskan nafas sambil buat bunyi 'hah', lakukan step tersebut selama satu minit. Relaks dan ulang sekali lagi.



6) Chin Slap

Berdiri tegak, tegakkan kepala menghala ke depan. Tampar bawah dagu anda dengan belakang tangan anda secara perlahan-lahan. Lakukan dalam masa 30 saat.




7) In and Out

Bentukkan kedua tangan anda seperti V dan letakkan ibu jari pada hujung rahang. Pastikan jari lain berada di sebelah pipi dan tolakkan muka ke hadapan dengan perlahan-lahan. Biarkan selama 30 saat dan tolak semula ke belakang. Ulang step ini sehingga tiga kali,



8) Laying Lifts

Baringkan badan anda di tempat yang rata. Angkat kepala anda perlahan-lahan sehingga dagu mencecah dada. Biarkan ia selama 10 saat, dan kembalikan kepala pada sisi asal . Ulangi step tersebut sebanyak dua kali.





Jom cuba step-step kat atas ni, badan kurus, muka kurus. Baru ngam kan? Selamat mencuba!


Antara perkara yang menjadi kegusaran para gadis mahupun jejaka apabila terpaksa kawal makan di bulan Syawal. Terbayang kat pikiran rendang, lemang, ketupat, lodeh fuhh, mana boleh nak tinggalkan semua tu. Tu belum termasuk kuih raya yang muncul sebulan sekali je dalam setahun, tart, semperit, almond london. Nangis kat bucu katil tak dapat terima kenyataan tu. 


Tambah pula dengan kata-kata pujukan daripada makcik-makcik, "Raya setahun sekali je, rugi kalau diet dalam bulan raya ni". Bertambah goyah keimanan sang pen-DIET. Woahaa. Hilang semua ingatan tentang susah payah berdiet masa bulan Ramadan, terus tukar misi daripada #misikuruskanbadansebelumraya kepada #misiburumakananraya. Eh, hakikat apa yang kakyan cerita ni tau, bukan auta. Hehe

Ok kali ni kakyan nak kongsikan tips untuk anda kekal kurus dalam bulan Syawal, moga boleh dijadikan rujukan supaya tidak tersasar jauh beribu batu eh!

1) Pilih Yang Paling Suka

Melangkah masuk je beraya ke rumah pak sedara, belum sempat letak punggung pak sedara dah ajak terus ke meja makan. Tengok atas meja makan bersusun makanan wajib raya. Bersabar. Tips pertama: Pilih Makanan Yang Paling Anda Suka atau Teringin. Kalau ikutkan tekak memang semua nak sumbat sebab semua pun setahun sekali je dapat berjumpa. Tapi selit lah kan sedikit ingatan tentang diet juga. Dah pilih makanan anda terus fokus makan makanan tu, jangan toleh-toleh. Siap makan terus ke dapur basuh pinggan dan terus ke ruang tamu. Fuh settle. Diet selamat. 

2) Sediakan Bekalan Air Mineral

Perkara yang paling mustahil akan disediakan di setiap rumah-rumah adalah air mineral. Beraya setiap rumah haa penuh atas meja air bermacam macam warna, serupa macam warna pelangi dah. Hakikatnya tu semua minuman yang tinggi gulanya, tambah-tabah kaau air berkarbonat. Memang sedap minum, tambah pula letak ais. Tapi kalau sukat gulanya, menangis lemak-lemak dalam badan anda. Jadi cara paling jimat dan selamat bawa air mineral siap-siap. Kalau dalam kereta sediakan air mineral botol besar untuk bekalan dalam sepanjang hari, dan sediakan air mineral botol kecil dalam beg, boleh minum masa beraya nanti. 

3) Elakkan Kuah Dalam Makanan. 

Makanan yang paling tak boleh elak semasa beraya sudah tentulah makanan berkuah macam rendang, kari dan lodeh kan. Makan lauk ni dengan nasi himpit penuh kuah satu pinggan memang sedap, tapi kalorinya berdouble-double. Penyelesaian terbaik adalah dengan ambil lauk tanpa kuah, kalau macam lodeh ambil kuah sedikit je, lebihkan banyak sayuran. Pengambilan kalori seharian lebih mudah untuk dikawal.

4) Alas Perut Sebelum Beraya

Ramai orang bila nak pergi beraya tu terus taknak bersarapan contohnya, alasannya sebab nak makan kat rumah yang nak raya nanti. Sebenarnya lebih bijak kalau kita ambil sarapan atau makanan sebelum kita keluar rumah, paling terbaik kalau ambil sarapan makanan yang berasaskan protein, boleh buat perut kita kenyang siap-siap. Takde lah nanti kat beraya kita bedal semua makanan sebab kelaparan kan? Sarapan terbaik untuk diet anda, anda boleh tengok di artikel ini.


Jom kekal kurus di bulan syawal, jaga makan dan amalkan hidup sihat! Selamat mencuba.


Genap seminggu beraya macam baru tersedar dari mimpi yang panjang geng-geng diet kan? Masa ni lah mula rasa menyesal tu datang, terbayang makanan-makanan yang dihadam ke dalam perut dalam tempoh seminggu beraya haritu bukan sekadar makanan, tapi terpamer sekali dengan angka-angka jumlah kalori yang tinggi. Woahaa. Dasyat betul imaginasi. Puasa turun 5kg, beraya naik 5 kg. So, sama je sebenarnya berat macam sebelum berpuasa. Isk isk.


Sudah, berhentilah bermuram durja, sekarang masanya untuk anda cepat-cepat ambil step untuk u-turn balik masuk dalam track diet anda. Jom kakyan kongsikan tips untuk pastikan diet anda kembali dalam track yang betul, kembalikan balik keyakinan diri anda masa raya pertama haritu.

1) Puasa Enam Yok!

Tips ini sebaik-baik tips untuk permulaan semula diet anda. Kalau bulan puasa boleh turunkan berat badan anda dalam jumlah yang banyak, jadi why not kita repeat balik diet dengan cara berpuasa. Pahala dapat, turunkan berat badan pun dapat. Bijak kan?

2) Mula, Jangan Tangguh

Bila dalam musim raya ni, memang bersusun alasan selagi boleh susun untuk elakkan pemakanan yang sihat dan gaya hidup yang sihat. Kan? Tapi sebenarnya kunci kepada semua alasan-alasan tersebut adalah dengan cara mula. 7 hari tinggal senaman, 7 hari tinggal makanan sihat memang susah lah nak mula kan. Tapi once kita dah start rutin harian kita sebelum raya, lebih mudah untuk kita teruskan dan maju untuk capai berat badan idaman. Yeah

3) Cari Geng Loss Weight

Kadang-kadang proses penurunan kelihatan lebih mudah bila anda mempunyai kawan yang sama-sama push diri untuk turunkan berat badan. Anda boleh risik-risik kawan anda yang nampak proses penurunan berat badan mereka yang boleh bersaing secara sihat dengan anda. Boleh update progress masing-masing setiap minggu. At least kalau anda mula frust sebab berat badan tak turun, takde lah anda terus give up. 

4) Set semula target anda.

Kalau sebelum ni target penurunan berat badan anda tetapkan terlalu besar jumlahnya, anda boleh mula setkan semula penurunan mengikut minggu. Jangan tetapkan terlalu besar jumlah kg tetapkan sedikit tapi konsisten penurunannya setiap minggu, Itu lebih cemerlang!


5) Grocery Shopping Time!

Percaya atau tak, kalau anda nak mulakan balik diet anda pergi ke pasaraya dan mulakan pilih bahan untuk projek eat clean anda. Eh perempuan dan shopping tak dapat dipisahkan kan? Dengan syarat sebelum anda masuk pasaraya dah set kat kepala, nak beli bahan masak untuk diet. Jadi tak delah sampai merepek TER ambil coklat lah, jajan lah kan? Perkara paling penting semestinya sayur lah kan. Yummss


Cepat atau lambat bukan tu yang jadi kepentingan. yang paling penting dalam proses penurunan berat badan adalah konsisten. Jangan hari ni makan telur semata-mata, tapi esok makan kambing golek seekor. Sia sia namanya tu. Enjoy dalam diet anda, jangan stress kalau berat badan tak turun, jangan tengok pada angka, tapi tengok pada inchloss. Selamat Kembali On Track!


Artikel Berkaitan:

Cara Mudah Mulakan Amalan 'Eat Clean'
Perut Kempis dengan Cara Mudah dan Pantas
Tips Kurus dan Kekalkan Otot dengan Mudah
Cara Elakkan Kulit Menggelebeh Selepas Kurus




Siapa tak suka apabila dapat berat badan yang diidam-idamkan betul tak? Setelah berbulan-bulan berusaha akhirnya dapat capai. Tapiii, rasa stress bila tengok badan sendiri menggelebeh walaupun dah kurus. Ramai orang terlupa untuk fikirkan perkara ini, ataupun langsung tak menjangka perkara ini akan berlaku. 


Jom baca cara untuk elakkan kulit menggelebeh dan tidak kendur selepas anda kurus. 

1) Kira keperluan kalori seharian dalam diet anda.

Ramai orang yang tak sedar tentang perkara ini, mereka mengamalkan diet yang hentam kromo, asalkan tidak makan nasi, ia dikira diet. Tapi sebenarnya badan kita mempunyai pengambilan kalori mengikut keperluan badan masing-masing.

Ianya sangat penting untuk anda ambil tahu jumlah keperluan kalori anda dalam sehari, supaya metabolisme badan anda tidak menurun dengan mendadak, lalu menyukarkan proses penurunan berat badan. Anda boleh kira kalori keperluan anda di website susuSejat ni. Scroll hingga ke bawah sekali, anda akan jumpa paparan ini.



2) Pastikan makanan yang diambil seimbang dengan protein, serat dan juga karbohidrat.

Pengambilan protein perlu diambil dalam kadar yang banyak, tapi perlu dikawal. Jika terlebih boleh menyebabkan mudarat pada diri sendiri dan merosakkan buah pinggang anda. 

3) Guna Krim Penegang Sambil Mengurut

Krim penengang juga boleh mengelakkan badan anda kendur dalam proses penurunan berat badan anda. Jika anda melakukan sapuan urutan yang betul dan menggunakan krim penegang yang mengandungi  Vitamin E, Vitamin A, Aloe Vera dan herba-herba. Jom ikut cara urut yang betul, supaya dapat kesan yang lebih berkesan.

Sumber : Pinterest

4) Elakkan Penurunan Berat Badan yang Drastik

Kulit merupakan organ terbesar yang ada pada badan manusia. Jika anda menurunkan berat badan secara drastic, ia akan membuatkan anda kelihatan huduh sebab kulit semua menggelebeh. Jadi, anda perlu turunkan berat badan secara sedikit tapi konsisten barulah kulit anda tidak akan terkejut dek kerana kehilangan lemaknya secara mendadak.


Untuk mendapat tubuh badan idaman, perlukan banyak pengorbanan dan masa. Orang yang disiplin dah sabar insyaAllah dapat hasil yang mantop. Kakyan juga ada kongsikan alternatif untuk pastikan otot kita kekal dalam kita berdiet. Boleh rujuk artikel ini --->  Tips Kurus dan Kekalkan Otot dengan Cara Yang Mudah. Selamat beramal!