"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (Surah An-Nur:31)
Kenapa kita nak membantah lagi?
Yeah saya admit, dulu pun saya macam tu..bila saya fikir-fikir balik, saya tak dapat nak fikir kenapa saya tak tutup aurat dengan sempurna dulu...takde sebab yang nyata... semuanya sebab Syaitan yang berjaya mempengaruhi saya, dan mungkin saya tak berapa nak didedahkan dengan peringatan-peringatan penting berkaitan menutup aurat...
Kepala
Menutup aurat tu which is melabuhkan tudung menutupi dada, menutupi dada, menutupi dada...kenapa saya taip sampai tiga kali? sebab saya rasa benda ni penting....menutupi dada tu senang kan? katakanlah pakai handsock dengan stokin tu panas, rimas...tapi pakai tudung menutupi dada tak de lah merimaskan pon kan? so apa lagi yang nak di bahaskan? tudung perempuan semua sama, at least bidang 45, kenapa ada yang pakai melabuhkan di bahagian dada? and ada pulak sengaja pin tinggi di bahu? kepada siapa nak ditayangkan?
Tak perlu pakai tudung labuh bidang 60, 45 pun dah memadai...dan janganlah sengaja mewujudkan bonggol ketika pakai tudung, rambut tu boleh disimpul rapi tanpa mengikat tinggi tinggi kan?
“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”–hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-
Nauzubillah min zalik, tak kan sebab bonggol tu kalian mahu menempah tempat ke neraka, benda mudah tak perlu disukarkan..
Aurat di tangan
Semua pun dah tahu, bahagian tapak tangan kita tu je yang bukan aurat..dah elok cantik manis pakai baju lengan panjang, tak moh lah tarik ke atas lengan baju tu..aurat lah yunkk..^^, mungkin betul panas..tapi cuba biasakan diri biarkan ia tak ditarik, percayalah akan terbiasa tak lama lagi...macam mana nak terbiasa kalau kalian tak try..ye dok?
Kaki comel
Kesian kaki comel kita tu berbelang-belang kan dek sebab pakai slipar then terdedah dekat matahari..apa kata pakai stokin, confirm dah tak berbelang dah kaki kita..elok je tertutup dalam stokin...mesti comel nanti!
Apa yang Allah perintahkan tu, tak pernah menyusahkan...setiap benda ada hikmahnya...contoh?
- Kalian pergi masjid, dan nak sembahyang jemaah..tapi telekung yang disediakan sudah tiada.. tak pe, pakaian kalian dah lengkap untuk dibawa solat
- Keluar pergi mall dengan kawan-kawan, ada sekumpulan lelaki lepak, percayalah kalian tidak akan dikacaunya...
- Lelaki dengan sendirinya menjaga batas dengan anda, no touching-touching.
Nak dibandingkan dengan mujahidah yang bertempur di medan perang, apalah kita ?
So, kita berjihadlah menjadi muslimah sejati, tiada istilah pintu hati belum terbuka... kalau ditakdirkan anda mati esok? sempat tak nak menutup aurat? oh ya sempatlah ketika dikapankan... tapi bukan itu yang kita mahu kan?sooo..
AYUH MENUTUP AURAT!
STOKIN MAHAL!
HANDSOCK MAHAL!
JUBAH MAHAL!
TUDUNG MAHAL!
NIQAB MAHAL!
bersabarlah sayang, jangan pernah merungut sebab SYURGA ITU MAHAL! tapi kita kekal didalam sana...^^
Sincerely from my heart to my sayang-sayang..
NAMN
Salam
0 comments:
Post a Comment